This entry I just nak ceritakan sedikit pasal backpacker hotel di Kota Kinabalu Sabah. Pada korang-korang yang nak jalan-jalan di Sabah tapi dengan bajet cost aku nasihatkan korang bermalam di backpacker hotel or just dekat homestay je. Tapi bagi gadis-gadis kalau awak-awak nak tidur di backpacker hotel pastikan tempat tu selamat dan kalau boleh korang tidur ramai-ramai la kan baru rasa selamat sikit...huhuhu.
Oklah, time aku pergi Sabah hari tu kitaorang tidur di X-Plorer Backpackers masa kat Kota Kinabalu, sampai-sampai je kat KK malam tu terus kitaorang tidur sana. Actually kita orang ingat nak tengok-tengok dulu kat situ, kalau tempat tu selesa kitaorang nak book untuk malam ketiga kitaorang kat Sabah tapi kalau tak selesa , we decide nak cari tempat lain je. Memandangkan tempat tu agak selesa , bersih dan selamat so kitaorang buat keputusan untuk stay lagi kat situ. Yang tak bestnya bila, untuk malam pertama tu kitaorang book bilik lain tapi dapat bilik lain tapi nasib baiklah harga bilik tu sama so bukan masalah besar sangat la kan. So pada korang-korang jangan risau la k, tempat ni selamat and harga dia pun boleh tahan murah gak. Tempat makan korang jangan risau, korang jalan kaki pun boleh sebab kat area-area situ ada jual makanan muslim.
kalau korang nak tahu lebih lanjut boleh terjah website dorang X-Plorer Backpakers
MALAM PERTAMA
ni tempat lepak kalau nak online, kat sini dalam bilik tak dapat tenet so kalo nak dapat wifi kena lepak kat sini la
lorong untuk ke bilik
sila abaikan bilik yang bersepah tu yer
di tempat check in
Untuk malam pertama dorang bagi kitaorang bilik yang ada satu katil double daker and satu lagi katil queen , untuk bilik ni tak ada toilet dalam bilik so kena share toilet la jawabnya. Harga untuk bilik ni RM 68
MALAM KEDUA
katil bawah
tangga ke loteng
tempat tidur tingkat atas, ada dua tilam single
Untuk malam kedua ni, kitaorang mintak bilik loteng and toilet kat dalam, so harga dia agak mahal sikit. Tapi tak adalah mahal sangat la kan, sesuai la dengan harga.
Kalau korang nak jalan-jalan area Kundasang and Ranau and tengah cari lagi tempat tidur di Ranau, rajin-rajin la baca entry aku yang lepas yer pasal Homestay di Ranau.
Harga bilik utk malam kedua tu berapa yer ? and max berapa org utk bilik tu ?
ReplyDeleteRM90 tak silapnye..... agak-agak bleh msuk 5 orng , tapi kalau nak smbat lagi bleh rasenye, tapi takot tak selesa la plk .....
Deletesalam
ReplyDeletesaya ingin ke sabah pada tahun depan. xplorer backpacker nih mmg ok ke or camner ??
bagi saya memang okay. tapi tak sesuai untuk keluarga la kot. Untuk bilik murah dan selesa kalau pergi secara backpakers memang sesuai
DeleteTapi yang harga RM 90 lebih tu toilet pun ada kat dalam. bilik pun agak besar. Nak tidur dengan family pun tak pe rasa nya ^^
ReplyDelete