Geng Budak Malas ^^

Sunday, September 16, 2012

Kereta Api Tanah Melayu

kereta api tanah melayu , ehsan pakcik goggle

Hohaaayooo...
wahhh lama dah tak update blog....rindu sama kamu wahai cik blog ^^
Owh ya, please tengok tajuk yer kawan-kawan....yes, yes and yes. Kereta Api Tanah Melayu!!!. Siapa pernah naik sila angkat tangan. Siapa yang pernah naik KTM Komuter jangan gatal-gatal nak angkat tangan yer, Den titik tangan tu nanti, hehehe. Dengan ini budak ezny dengan bangganya angkat tangan tinggi sambil jerit sekuat hati "Saya!Saya!Saya". hehehe. Maaf tergedik la pulak.

Saje nak cerita kat korang, semalam aku balik Pahang naik kereta api. Hoyeahh. First time tu naik kereta api, so silalah faham kalau budak ezny jakun sesangat yer.
For me, kalau nak 'try' naik kereta api boleh la, tapi kalau nak selalu balik Pahang naik train bukan pilihan la kot because nya, train datang and bertolak tak tepat masa. Dan train ke Mentakab ada malam je so tak nak la susahkan my parents jemput kitaorang pukul 4 pagi kan padahal kat tiket kata dijangka sampai pukul 2.10 pagi. Agak jauh masa itu tersasar yer. Hurmm.

Anyways , it is a nice experience and  I enjoyed it. Next time kalau aku nak try naik kereta api lagi, aku nak try tempat duduk yang ada katil punya. Hoyeahh. Tapi agak mahal la, tapi ok la kot untuk pengalaman. Ok da... adios.
Assalamualaikum... ^^



 lepak dulu sementara tunggu train...hayakk

kat kantin train pukul 2 pagi. Ya Allah, mataku...lol 

Saturday, July 21, 2012

Yeee, Ramadhan kembali ^^

Assalamualaikum....

hehehe, korang-korang dah bulan Ramadhan dah kita ni rupanya yer. Alhamdulillah , setelah setahun kita tunggu ,Allah bagi lagi kesempatan pada kita merasa Ramadhan tahun ni kan ^^ . So, apa kata Ramadhan  tahun ni kita buat azam untuk jadi a better Muslim nak??? Siapa kata tahun baru je kita boleh buat azam, time Ramadhan pon boleh gak tau. hehehe.

MY AZAM
1) Memperbanyakkan beribadat

-jangan tinggalkan yang wajib, perbanyakkan amalan sunat dan perbanyakkan membaca al-quran-

2) Jauhkan diri daripada maksiat

 -Sebelum ni kita berkawan bebas antara lelaki dan perempuan, apa kata kita try jaga pergaulan kita untuk menjauhkan diri kita daripada maksiat-

3) Jaga Mata , Telinga dan Mulut



4) Jaga Aurat

-aurat kita, maruah kita-

p/s- ni azam saya puasa ni... korang pulak macam mana??? Jommm, join saya ^^

Friday, July 13, 2012

My Sis akan berkahwin ^^

Assalamualaikum....
hehehe, sudah lama tidak mengupdate blog. Tangan pon sudah keras. Otak pon sudah blur macam mana nak menulis. Tapi hari ni budak ezny nak mengatalkan tangan jugak menulis entry....hohoho.

Yup-yup, my sis dah nak khawin. Means dah nak khawin itu esok la tu maknanya. Wahh, tidak ku sangka , sudah besar rupanya my sis. Walaupon bagi aku dia khawin agak awal dalam umur 23 tahun. But, I know this married will make you to be a 'matang' women. So, I wish Good Luck and congratulation  to both of you for this married. Bertambah satu lah ahli keluarga kami selepas ini, hohoho  =)

Oklah, nak start mengemas rumah balik, adiosss ....

To Mira


Uik mira, benda ni saya nak bagi kat awak . Awak datang hari sabtu ni awak dapat la. Kalau tak saya yang amek....hehe.

Saturday, June 30, 2012

Header Baru Lagi.... ^^

Wahhh, lama betul tak melawat blog ni , maknanya dah satu bulan lebih aku tinggalkan dia seseorang sebab tuan tanah busy buat assignment .... kesian kat dia bersepah-sepah dah. So memandangkan hari ni aku free sikit , so aku nak kemas blog ni buang sampah dan sawang yang bersepah-sepah .

Langkah pertama untuk mengemas, dengan jayanya aku telah menukar header , background and bermacam-macam lagi. Maklumlah untuk menebus rasa bersalah pada my blog sebab tinggalkan dia sesorang, jadi aku pakaikan dia baju yang baru supaya dia sentiasa tersenyum sampai nampak gigi . hehehe

Tanpa membuang masa jom, kita tengok my new blog. Kredit kepada tuan-tuan blog yang buat tutorial untuk membantu patik , hok-hok-hok

1. Pisahkan header dari blog - Amalina Suhaimi
2. Pisahkan sidebar dengan body - Atiynnatyra

 HEADER LAMA


HEADER BARU

Wednesday, May 23, 2012

Felt Craft Wallet ^^

Halop-halop
hoyeahh, akhirnya siap jugak wallet buatan sendiri walaupon tak cantik sebab tak pandai jahit so jahitan tak berapa nak kemas.... hohoho. Tapi takpelah first try and maybe last.... hahaha . =P
Seharian jugak menghadap benda alah ni, uhhh nampak sangat takde keja nak dibuat kat kolej ni, maklumlah orang tengah cuti tapi tak reti-reti nak balik Pahang nilah padahnya. padahal ujian teori Sijil Rendah Silat Cekak tinggal 3 hari tapi aku tak abes baca lagi ..... erggggg.

Oklah malas cakap banyak jom tengok wallet buruk saya.... =.='

Felt Craft Wallet ^^

bahagian hadapan

bahagian belakang





 Keychain HM (Harimau Malaya)

Buat ni time cuti kat Pahang hari tu, nak buat design lain tapi tak jadi, last-last jadi macam ni. Tak kreatif langsung....huhuhu

HM sentiasa dihati.... chewahh ^^