Geng Budak Malas ^^

Monday, October 24, 2011

Motor GP di Sepang

 

Alohaa...
Akhirnya ada gak masa update.....fuhhh
Orang dah sampai bulan aku baru merangkak-merangkak nak buat cerita pasal ni, terima kasih pada tenet kolej saya yang sangat 'laju ni'. Ok, lupakan pasal tenet kolej ni, kita start cite okeys...

Emmm, sabtu and ahad lepas macam biasa lah aku dengan gigih nya menjadi pekerja Pan Pacific , (majikan yang tersayang) dengan jaya nya. Niat dihati nak join kerja kat Motor GP tahun ni nak tengok Rossi menang lagi. Nak beli tiket sendiri , emmm macam biasa lah tunggu den kayo dululah jawab nye, kalo nak tunggu orang bagi tiket free sampai kucing bertanduk belom tentu dapatkan. Yelah der, kalo nak tengok aku nak tengok tempat VIP je, sebab tu tak lepas-lepas tengok pakai duit sendiri....kikiki. Over ko jahhh =P

Dalam gigih kerja sabtu and ahad nak tengok dorang-dorang race Live, emmm apa boleh buat baru 1 lap kot accident yang agak teruk berlaku, time tu aku tengah tengok ekot tv kat paddock tu, fuhhh nasib baik aku tak tengok Live, kalo tak boleh trauma aku kot. Aku dah tak boleh tengok langgar-langgar ni, malumlah lemah semangat la kate kan. Apa boleh buat ajal penunggang Honda, Marco Simoncelli kat Litar Sepang ,selepas dia terjatuh, kepala dia pulak kena langgar dua pelumba lain. Tahziah pada keluarga si mati.

Lepas accident tu, game dorang stopkan sekejap. Aku pon pegi la solat dulu time-time ada masa terluang tukan. Aku balik solat, tengok-tengok game tak sambung balik, pelik la gak kan takkan sebab accident dorang tak sambung-sambung. Tunggu punya tunggu , penonton pon dah terjerik-jerit panggil nama Rossi segala bagai. Tup-tup dorang kate cancel, memang mengamuk la penonton kan. Yela bayar mahal-mahal , tunggu dari pagi sampai ke pukul 4 nak tengok kategori GP, cancel pulak. Tapi yang aku tak berkenan nye bila dorang start baling-baling sampah kat litar nak tunjuk protes. Aku yang tengok dari peddock (tempat makan untuk orang-orang yang bayar ribu-raban) dah macam hujan sampah pulak. Malu pulak kat orang luar tengok 'sifat-sifat' orang Malaysia ni. Penganjur pon salah kot, patot bagi lah tau accident tu menyebabkan kematian. So, dorang faham la kalo cancel mengejut cam gitukan. Takder la dorang balik marah-marah kan.

Kuasa Allah kita tak tau kan, ni masa dia, time kita ntah bila and macam mana. Bila fikir pasal mati ni, takot pulak. Tak cukup lagi rasa nya bekalan nak bawak pegi sane...ermmmm

Kali ni tak banyak sangat amek gambar, tak der mood. 

lain kali jangan hias meja pakai bunga ros putih, dah macam majlis berkabung dah

thanks for read ^^

2 comments: