Geng Budak Malas ^^

Saturday, September 28, 2013

Bukit Broga,Semenyih 2013

Assalamualaikum ...

Alhamdulillah program Mendaki Bukit Broga di Semenyih anjuran PMI (Persatuan Mahasiswa Islam) College Universty Linton berjalan dengan jayanya . Esok pergi Melaka pulak untuk program Rehlah kat Pantai Puteri. Belum habis gegar kaki turun bukit Broga esok nak berlepas ke Melaka pula. Fuhh, berpeluh. Tapi yang penting semua program memberi manfaat.... terutama program Rehlah. To those yang tak tahu apa itu Rehlah, Rehlah ni macam Rehat sambil Berkelah senang cerita picnic la tapi yang Islamic punya. Kalau berkelapangan masa aku masukkan aktiviti-aktiviti kitaoarang kat sana esok.

Okay, back to Broga. Bukit Broga juga dikenali sebagai Broga Hill terletak di Semenyih Selangor. Dah dua kali dah aku datang sini, masa first time aku pergi hari tu masa 2011 , untuk baca entry aku pergi Broga dulu baca sini. Kat situ aku bagi sikit tip-tip nak mendaki la kononnya. Pada yang tak tahu kat mana Bukit Broga ni tapi korang nak pergi, jangan segan silu tanya aunty Google Maps okay. Malu bertanya sesat jalan.....

Oraite jom layan gambar....

BROGA HILL












Makanan Rohani

Pengajaran hari ini , aku rasa awesome quote untuk aplikasikan dalam hidup kita. "Masa itu Tarbiyyah" , betul sangatkan... masa yang mendisiplinkan kita dan masa juga mencerminkan diri kita dan masa juga boleh menjadi guru kita. Sebab itu dalam Islam sangat menekankan kepentingan masa. Always remember guys Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara.

Wasalam.....

Monday, September 23, 2013

Gorek Bay , Mersing

Assalamualaikum.....

Alhamdulillah setelah sekian lama keluarga MSD (Muhammed Said Dolah- arwah aki I ) nak buat hari keluarga akhirnya jadi walaupun tak semua dapat join sebab ada hal dan tanggungjawab yang lagi penting. Tapi tak apalah janji program jalan dengan jayanya. Kitaorang tidur kat sana hari tu 3 hari 2 malam. Kitaorang amek 12 bilik.

Honestly bila my mom kata nak buat dekat Teluk Gorek kat Mersing, aku macam risau gak okay ke tak tempat dia, tempat tidur okay ke, pantai dia cantik ke. Yelahkan kitaorang tak pernah pergi sana , karang buatnya tempat tak okay haru pula jadinya kan. Tapi Alhamdulillah Gorek Bay Resort ni okay, pantai cantik, bilik pun selesa berpatutan dengan harga RM 100 satu malam tu.

Pada korang-korang yang nak bercuti dengan keluarga atau nak buat family day, aku rasa tempat ni memang sesuai. Sebabnya kat sini korang bebas nak masak sendiri , barulah ada felling picnic tu kan. Pantai dia tak dalam sangat sebab dia teluk so memang kena berjalan jauh la kalau nak pergi tempat dalam tu, tu pun takat pinggang je. Memang sesuai untuk bawa budak, so mak ayah tak payah risau anak pergi tempat dalam sebab pantai dia memang tak dalam. Tapi pagi-pagi air dia pasang pulak, dekat gigi air je pun dah sampai pinggang, so budak-budak remaja macam I ni suka lah berendam time ni. Barulah best....huhuhu. Kat sini kalau uolls nak buat hari keluarga and nak buat aktiviti sukaneka memang ada tempat, so jangan risau okay.

Okaylah jom tengok gambar....

PERHATIAN: Entry kali ini mengandungi gambar yang bersepah-sepah, malas nak susun......sekian terima kasih

GOREK BAY RESORT
BILIK



RANDOM



antara keluarga yang join


suka Suki kena dukung di aunty bonda dia....







siap bawa basikal dari Temerloh lagi...terbaik ^^

















p/s: sedekahkan al-fatihah untuk aki saya Muhammed Said bin Dolah. Semoga rohnya ditempatkan bersama-sama orang yang beriman....ameen

Thursday, September 19, 2013

Tempat Menarik di Sabah : Kundasang

Assalamualaikum tuan2 dan puan2....

yeahh!!! akhirnya cik ezny terjumpa juga masa untuk mengupdate blog yang bersepah-sepah ni....
for this entry aku nak cerita and kongsi sikit pasal tempat-tempat menarik di Sabah bagi korang-korang yang nak melancong di negeri di bawah bayu tu....

oraite, aku pergi Sabah 3 Mei sampai 6 Mei tahun ni. Aku pergi 4 hari 3 malam je. Aku pergi sana dengan adik and sepupu aku, sepanjang kitaorang bertiga kat sana , transport kitaorang untuk pergi jalan-jalan, kitaorang naik kereta sewa yang kitaorang dah booked awal-awal dari semenanjung. Time tu apa ke spesis makan semut aku ni sampai boleh tertinggal GPS yang konon-konon nak bawak pergi sana, tapi sebab tak ada GPS memang kitaorang aci redah je dari Kota Kinabalu drive ke Kundasang and Ranau. Tapi sebenarnya tak susah sangat pun jalan pergi sana, ikut je signboard. Kalo korang rasa macam dah sesat tu jangan malu dan segan tanya orang tempatan, InsyaAllah diaorang dengan senang hatinya membantu.

Hayakk....introduction berjela-jela kau jah.
Okay, lets start ^^

KUNDASANG
Perjalanan dari Kota Kinabalu ke Kundasang lebih kurang 1 jam setengah ke dua jam. Tapi time sebelum aku pergi sana aku ada review blog-blog orang, dorang kata perjalanan dorang hampir tiga jam. Aku tak pasti antara dorang lambat atau kitaorang bawa laju sangat. Apa-apa pun kalau korang yang berhajat nak pandu kereta sewa kat sana aku nasihatkan orang yang bawa kereta tu kena ada skill memandu yang tinggi sebab bila dah start kat kaki gunung tu feeling2 jalan cameron hingland and genting highland sikit. Orang-orang kat sana bawa pun boleh tahan laju gak tu yang bahaya sikit. Tapi kalau korang bawa lambat and tak berani nak potong memang korang akan terperangkap dalam jammed la jawabnya. So yang penting pandu dengan cermat okay ^^

1. KINABALU PARK
Kat Kinabalu Park ni tempat betul-betul kat kaki bukit Gunung Kinabalu, so kalau orang nak mendaki Gunung Kinabalu tu kat sini lah. Pemandangan area sini memang cantik tapi time kitaorang datang sini awal pagi lagi so kabus banyak lagi jadi tak dapat lah den nak menikmati pemandangan Gunung Kinabalu. Kalau korang nak tengok pemandangan cantik tengah-tengah hari sikit kabus dah kurang kot .








2. Dairy Farm (DESA)
Yang menariknya dekat Dairy Farm ni aku rasa pemandangan dia cantik , memang terbaik gila, bagi akulah kan tapi tak tau la korang. Kalau nak buat photoshoot kat sini memang sesuai sangat .Tapi pic aku ambil just pakai ipad so tak segah DSLR la kan (Mata keatas tangan dibahu). Yang kedua susu kat sini SEDAP! okay , ni baru nama terbaik dari ladang, fresh tuuu. Yang ketiga kat sini ada lembuuu, yeah !! I dah feeling2 New Zealand tau...hihi


anak lembu yang comel






yeahh!!! lembuuu

kalau korang datang sini, wajib bergambar dengan batu ni okay. Datang sini tak bergambar dengan batu ni umpama pergi Paris tak bergambar dengan eiffel tower. Tengok punyalah hyperbola perumpamaan aku...




3. Kundasang War Memorial
Menarik gak kat sini, kat sini tempat peringatan kepada askar-askar British yang terkorban time perang zaman dolu-dolu kala. Menariknya kat sini ada banyak taman-taman bunga  , ada British Garden, Australia Garden and New Zealand Garden.





Untuk makan area Kundasang ni kitaorang pergi makan dekat KFC je. Baru bukak tu beb, aku nasihatkan makan KFC jelalah kalau korang tak jumpa tempat nak makan . Senang nak cari.