Geng Budak Malas ^^

Sunday, August 28, 2011

Beza antara SUKA, , SAYANG dan CINTA

Saat kamu MENYUKAI seseorang , kamu ingin memilikinya untuk keegoanmu sendiri.
Saat kamu MENYAYANGI seseorang, kamu ingin sekali membuatnya bahagia dan bukan untuk dirimu sendiri.
Saat kamu MENCINTAI seseorang, kamu akan melakukan apapun untuk kebahagiaannya walaupun kamu harus mengorbankan jiwamu.

Saat kamu menyukai seseorang dan berada disisinya maka kau akan bertanya,"Bolehkah aku menciummu?"
Saat kau menyayangi seseorang dan berada disisinya maka kau akan bertanya,"Bolehkah aku memelukmu?"
Saat kamu mencintai seseorang dan berada disisinya maka kau akan menggenggam erat tangannya...

SUKA adalah saat ia menangis, kamu akan berkata "Sudahlah, jangan menangis."
SAYANG adalah saat ia menangis dan kamu akan menangis bersamanya.
CINTA adalah saat ia menangis dan kamu akan membiarkannya menangis di bahumu sambil berkata, "Mari kita selesaikan masalah ini bersama-sama. "

SUKA adalah saat kamu melihatnya kamu akan berkata,"Ia sangat cantik/tampan dan menawan."
SAYANG adalah saat kamu melihatnya kamu akan melihatnya dari hatimu dan bukan matamu.
CINTA adalah saat kamu melihatnya kamu akan berkata,"Buatku dia adalah anugerah terindah yang pernah Tuhan berikan padaku.."

Pada saat orang yang kamu SUKA menyakitimu,maka kamu akan marah dan tidak mahu lagi bicara dengannya.
Pada saat orang yang kamu SAYANG menyakiti hatimu, kamu akan menangis untuknya.
Pada saat orang yang kamu CINTAI menyakitimu, kamu akan berkata,"Tak mengapa dia hanya tidak tahu yang dia lakukan."

Pada saat kamu suka padanya, kamu akan MEMAKSANYA untuk menyukaimu.
Pada saat kamu sayang padanya, kamu akan MEMBIARKANNYA MEMILIH.
Pada saat kamu cinta padanya, kamu akan selalu MENANTINYA dengan setia dan tulus...

SUKA adalah kamu akan menemaninya bila itu menguntungkan.
SAYANG adalah kamu akan menemaninya di saat dia memerlukan.
CINTA adalah kamu akan menemaninya tidak peduli bagaimana pun keadaanmu.

SUKA adalah hal yang menuntut.
SAYANG adalah hal memberi dan menerima.
CINTA adalah hal yang memberi dengan rela.

p/s-suka, sayang atau cinta?? korang jela yg tahu apa yang korang rasa.... jangan tetipu dengan perasaan sendiri..


OR


p/s- so... korang rasa korang yang mana?? pikir-pikir-pikr....haha
thanks for read ....

Saturday, August 27, 2011

Cara Buat Doodle

Assalam korang-korang

Hari ni aku nak tunjuk cara-cara buat doodle menggunakan PhotoScape. Kepada yang tak de PhotoScape korang download sini ok.
Kalau korang ekot step-step ni insyaAllah jadilah doodle korang, korang pandailah ekot kreatif tangan korang ok ^^


2. Then tekan menu ok

3. Lepas korang dah tekan menu tu korang pilih new photo. Untuk saiz tu untuk width: 400 and height :500. Tak yah besar-besar sangat tak pe untuk buat doodle korang je pon ^^


4. Untuk buat doodle korang boleh pilih bentuk kat simbol or dekat tempat shape biase. Aku suka pakai simbol sebenar nya, lebih banyak pilihan. Tapi ekot kreatif korang la yer

5. Bentuk ni aku pilih kat simbol untuk jadikan sebagai bentuk muka. Korang boleh pilih bentuk bulat pon boleh untuk muka.

6. Taraaa, siap dah.... kalau korang perasan aku just guna bentuk bulat and bentuk2 lain kat tempat shape dan simbol. Dah jumpa bentuk-bentuk ni semua korang gabung-gabung kan bentuk tu semua, and pilih la warna-warna yang sesuai ok ^^

p/s- Gud Luck... Semoge berjaya ok ^^

Jom Belajar Bahasa Cina


Assalam korang-korang

Tiba-tiba pulak hari ni nak ajak korang-korang belajar bahasa cina la....jom-jom kita belajar sama-sama.
Tengah melancong kat alam maya tadi terjumpa pulak this website, web ni korang boleh download free bahasa apa korang nak belajar, macam-macam bahasa ada....tekan sini
Korang pilih la bahasa yang korang nak.... setakat ni oklah, sebab dia ader cara sebutan so korang boleh la ekot macam budak 2 tahun belajar bercakap....hohoho. Lidah tergeliat adalah perkara biasa... enjoy learning okeys korang-korang ^.^

Jom tengok sikit apa yang aku dah belajar....hoyeahh

  • Selamat Petang - wanshang hao
  • Selamat Pagi - zaoshang hao
  • Selamat tinggal/bye - zaijian
  • Awak apa khabar? - ni hao ma?
  • saya khabar baik, dan awak? - wo hen hao ,nin ne?

Banyak lagi sebenar nya, tapi maleh la nak isi semua... korang nak tahu banyak-banyak korang try download ok, kalo korang tak mau bahasa cina, korang pilih la bahasa korea ke, bahasa jepun ke, suka hati korang la .... Free Language Learning

p/s- tak salah nak tambah ilmu kan... ^^


Friday, August 26, 2011

My Doodle

Assalam korang-korang

Sehari dua ni aku semangat betol buat doodle, maklumlah baru belajar kan...huhu. Yang expert pakai photoshop dorang buat doodle pakai benda alah tu, tapi aku takda software tu so aku nak buat doodle ni just pakai photoScape je. Tapi boleh la, setakat ni puas hati...hehehe. Jom tengok hasil nye....Jeng3 !!!!
*
*
*
*
*
*
*
*
*

yang ni my first doodle... simple je

yang second comel la ckit...hohoho. maaf terpuji diri sendiri pulak. Tampar mau


doodle ni aku buat khas untuk kak uda and abang aziz the sweet couple.... request by abang aziz

p/s-nak memimprove kan lagi my skills.... hoyeah...jelez tengok doodle orang lain comel je, aku punya muka cam tak siap , tapi yang penting usaha sendiri ...kan kawan2 ^^

Tuesday, August 23, 2011

Kad Raya Tahun Ni

Assalam korang-korang

Yeeyeee.... dah nak raya!!!! hoyeahh. Hari ni puasa yang ke-23 makna nya lagi 6 hari lagi kita nak raya....
Rasa macam nak hantar kad raya la pulak...hehe

Yela2 tau awal lagi tapi dah tak sabar dah nak upload kat sini.
So... aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan batin kepada semua umat Islam terutama kepada keluarga dan kawan-kawan ^^

Iklan Zaman Dulu-Dulu

Assalam korang2

Korang-korang pernah tengok iklan zaman dulu-dulu tak??
Aku terjumpa benda2 ni semua time jalan-jalan..... and terasa cam nak share gan korang2 je... enjoyyy k :)



p/s-ada yang lama, baru wujud yang baru.... so, yang lama jangan dilupakan tapi hendaklah dikenang.... cheeewahhh!!! gojeess gitu :P
tq baca...

Sunday, August 21, 2011

Buka Puasa dengan dorang!!!!

Assalam korang2

21 hari bulan makna nya dah 21 hari dah kita berpuasa rupa nya, tinggal lagi seminggu lebih kurang... then dah raya. Dah puasa lama-lama ni baru semalam berkesempatan buka puasa dengan geng-geng brutal sekolah dulu.heheeh. Brutal la sangat. Yan pon baru balik Malaysia, cuti dia pon sekejap je , sooo....ni la masa nya paw dia barang-barang dari New Zealand hoyeahh. Kitaorang buka puasa dekat ChiKing je, dia macam KFC lebih kurang tapi murah sikit. Kedai baru bukak kan, so kitaorng serbu situ jela nak rasa kan.

Pepon coklat dari New Zealand sedap bangat sehhh...mau lagi, mau lagi...mau lagi...hehehe. Thanks Yan ingat kat kami-kami , sayang ko sangat2. :)
ole2 dari New Zealand
kami-kami semua....sayang korang ketat2...muahhh

baby saya yang permalu :P

Lepas jumpa kawan-kawan baru lah dapat jumpa budak busuk ni.... hoyeahhh

Friday, August 19, 2011

My Top 5 Febret Vlogger


Ape itu Vlog??? (yang dah tahu senyap yer...hehehe)
korang tau tak? korang tau tak? Tak tau ek?? Meh datang dekat ckit aku nak bagitau ape itu Vlog... chewahhh cam expert je, What The Booooo.....
Vlog ni cam Blog la cume beza nya dorang2 ni wat pakai video terutama Youtube.... ada pahamm??

Here the list of Top 5 Vloggers febret aku....jeng3

Tempat pertama- Ryan
opcoz la Ryan....Teehee
Maybe dia punya penyampaian kreatif and bersahaja soooo cute loh, walaupon sometimes video dia tak da motif but boleh la nak layan time2 gah bosan kan.... ade la gak benda boleh wat gelak. so rajin-rajin la korang pegi nigahiga's channel okeys.Teehee , seriously i like damn much when he say that word.



Yang kedua- matluthfi90
jeng3.... My Malaysia most febret vlogger is matluthfi la sapa lagi. Jangan korang kate korang tak kenal dia, nampak sangat korang ni....korang ni.... korang ni...arggg suka ati korang la nak jadi apa kalo tak kenal dia, janji dia febret aku. Jejaka made from Kedah ni seyesly aku habaq kat hampa semua dia lawak gila. Dia tak cakap lagi, aku tengok muke dia yang toye tapi cute tu boleh wat aku gelak. Video lebih pada kesedaran, pasai tu cek suka dia..... lambang remaja yang unggul gitu...hahaah (terlebih sudeh.... matluthfi tak belanja ko pon yang ko puji dia lebih2 ni wat pa??)- emmmm, baikkk ^^'


Yang Ketiga- Anwar Hadi
jantungku dapdipdup dapdipdup..... okeyss fine, aku je syok sendiri. So just go to inianwarhadi channel at Youtube okeys, korang tatap la dia puas2 . This mamat pon from Kedah gak, maybe orang Kedah di bornkan to be a Vlogger kot. Video dia aku rasa lebih pasal isu semasa kot, kebanyakkan video dia in English. And bile dia speaking, wa kata sama lu, memang style. Anwar Hadi..... will u married me??? hahaha, aku tau da jawapan dia......'NO!!!!'-emmmm, baikkk (hambek ko sebijik) :(. Peace upon to you.....


Yang Keempat- Maria Elena
ermmm...haaa...urhhhh....urmmm.....oooo.....ehhhhhh.aku tak tau nak kate apa la....huhu.
okeyss... aku cite gak yer, this akak... akak ke?? kire akak la kan umur dia dalam 23 somethings and i'm still sweet 20, hohoho. Okeys, dia ni kire style la, pakai tudung pon berbagai-bagai, aku kalo try pon maybe boleh tercekik leher. Pepon style dia nice but sometimes bile korang watching her videos korang mesti cakap dalam ati korang , perlu ke wat muke cam gitu?? huhuhu, but coz dia selalu wat muke cam gitu la dia femes kan... okeys kakMaria Elena, terus kan usaha and biakan orang nak kate ape janji you selesa okeys. assalamualaikum tak jawab dosa , jawab sayang.


Yang kelima-Aiman Azlan
hehehe, this vlogger aku rasa okeys coz video aiman azlan ni kalo korang tengok lebih kepada dakwah and kesedaran. So, bile tengok video dia ni kire dapat la ilmu gak actually , cara dia berdakwah pon bukan cara yang berat but secara sempoi, lawak dan mudah diterima...pepon terbaek untuk umo cam dia... teruskan friend kerja dakwah anda... adioss. say What!!!!!


p/s- nak try skali la wat vlog nanti, tngok de bakat tak....huhuhu. Maybe for next...next or next entry....okeys la korang2, thnx 4 reading.... luvvv u alllzzz. muahhh ^.^

Thursday, August 18, 2011

Sahur.... Sahur....Sahur



Assalam korang2.... Salam Ramadhan ^^
Sedar tak sedar pejam celik, pejam celik dah seminggu dah umat Islam menunaikan fardu Ramadhan, kalo korang2 pejam celik .... pejam celik lagi kot2 nak raya dah uper nye....huhuhu. okeyss, kidding tak de kaitan gan tajok. back to our topic..... emmmm, sahur yer. Setakat seminggu Ramadhan ni dah 2 kali den tak bangun sahur... nak tau sebab nya, huhuhu. opcozla sebab tak boleh bangun.... nasib baik dah baca niat sebelom tido kalo tak satu hal pulak kn.....
emmmm.... we learn from mistake, so cara penyelesaian nya kena jugak mintak jasa baik my mom kejut sahur.... thank you very much kepada pencipta2 telefon,huhuhu....poyo da kau

Kat sini aku nak share somethings gan korang2 baca la yer... tau la memang pon panjang... tapi baca jela okeys :

Sabda Rasulullah s.a.w.: Pemisah (yang membezakan) antara puasa kita dan puasa ahli kitab ialah makan sahur. (Riwayat al-Tirmizi dalam Sunan al-Tirmizi, Kitab al-Shaum, hadis no. 643):
'Ibadat sahur adalah ibadat yang begitu agung sehinggakan Allah melimpahkan rahmat dan malaikat-Nya memohon keampunan bagi orang- orang yang makan sahur.'
-korang nampak tak?? perhh sampai cam tu sekali kan, sebab tulah Nabi s.a.w amat menitikberatkan umatnya bersahur walaupun dengan hanya meminum seteguk air.

Waktu yang terbaik untuk makan sahur adalah lebih kurang sama dengan kadar waktu seseorang
membaca 50 ayat al-Quran iaitu kira-kira 10 hingga 20 minit sebelum azan solat Subuh dikumandangkan.

Sebenarnya, kita dibenarkan bersahur sehingga fajar terbit, iaitu sehingga azan solat Subuh dilaungkan.
Sabda Rasulullah s.a.w.: kamu semua boleh makan dan minum sehingga Ibn Ummi Maktum melaungkan azan kerana
sesungguhnya dia tidak akan melaungkan azan (melainkan) hingga fajar sodiq benar-benar telahterbit. (Riwayat Bukhari dalam Sahih al-Bukhari,Kitab al-Shaum, hadis no. 1919)
-Hadis ini secara tidak langsung membantah pendapat sesetengah pihak yang tidak membenarkan makan dan minum apabila telah masuk waktu imsak. Apatah lagi Allah menegaskan bahawa dibenarkan makan dan minum sehingga terbit fajar, iaitu sehingga azan Subuh sedang dilaungkan. So, lepas imsak tu korang nak minum seteguk dua air lagi tu kira boleh la. Imsakkan lebih kurang cam berjaga-jaga....

Sebenar nya banyak lagi hadis citer pasal sahur ni... tapi aku isi ckit jela untuk share gan korang and for my own information. Karang aku isi banyak2 krang, aku pulak yang tak paham .... so, korang dah nampakkan penting nya bersahur. Moral of da story, bangun la sahur, tak mau malas-malas... tak mau...tak mau

Assalamualaikum.... peace on earth ^^

Post Entri Dalam Blog

Post entri dalam blog merupakan perkara yang paling asas bagi seorang blogger.
Dalam entri korang bole menaip apa yang korang nak sampaikan samada luahan rasa, perkongsian, info dan apa-apa sahaja yang korang nak.

Kalau tidak buka ruangan untuk menaip bagaimana hendak post entri ni kan.:)
Kat sini adalah cara bagaimana korang nak memulakan langkah untuk menaip dalam blog korang.

1. Buka link www.blogger.com (link ini diperlukan setiap kali anda hendak login kepada akaun blogger). Masukkan email dan password anda.

Tutorial Post Entri Dalam Blog

2. Pada paparan muka depan, klik pada 'new post'
Tutorial Post Entri Dalam Blog



3. Masukkan tajuk untuk entri anda dan juga isi kandungan entri anda.(biasa bab ini mengambil masa untuk menaip entri).

Kemudian apabila sudah siap, klik pada button 'publish'
Tutorial Post Entri Dalam Blog


4. Apabila sudah tekan button publish, siap untuk sebuah entri dalam blog anda.:)
Tutorial Post Entri Dalam Blog

  • kalau korang hendak tengok 'rupa' entri korang itu, klik pada 'view post'
  • kalau korang rasa masih ada kekurangan dan hendak edit, klik pada 'edit post'
  • kalau korang hendak menaip entri baru, klik pada 'create a new post' (anda juga boleh mulakan dari awal dengan klik pada 'dashboard' pada bahagian atas-kanan)

Ezny is nini

Assalamualaikum

Hey there, yang ni my second blog, blog lame ntah apa ntah problems dia setting dia berubah. Puas dah den cube betolkan, tapi tak jadi jugak....sob3 sedih nye :(
Abes blog lama saya tu, tak sampai setahun pon lagi tapi banyak dah aku berabes masa berkapel dengan blog dulu. Tiba-tiba jadi macam gitu pulak, ada rasa cam putus cinta pon ada ni.... muaaaaaa , siape ada tisu ??? bagi kat kita boleh tak... air mata tak mau berhenti nii....sob3

CUTTTTT!!!!
Ok baik, stop berdrama yer ezny tak ada orang pon nak kesian kat ko tu...ermmmm. Tapi still sedih lagi.Memandangkan yang ni first post , aku just nak kenalkan diri sikit jela. ehemmm3

Nama diberi... rahsia. Umur pulak....rahsia. Tarikh lahir....rahsia. Tempat tinggal ....pon rahsia. Tempat belajar... taknak bagitau la. ^^' (asal la gedik sangat perempuan ni korang kata kn) hahahah.... takde la gurau je tu

NAMA: NOR IZNI DIYANA BT YAHAYA
TARIKH LAHIR:9 JANUARI 1991
ASAL: PAHANG

Tujela kot, yang penting korang kena tau aku ni just super duper simple.... tak suka masalah. Sebab aku tak reti nak selesaikan masalah . Yang lain maybe friendly dan senang nak masuk gan orang....

Sooo.... korang2... dah baca ni.... follow la saya, saya berjanji akan follow korang balik tapi kena tinggalkan links la yer...hehehe

big hug tu u allzzz

Permulaan: Daftar Blogspot

Siapa kata nak jadi blogger susah? Nak buat blog tidak lah sesusah yang korang fikirkan.
Korang ekot step mudah and ringkas ni, sure korang boleh menjadi seorang blogger.... tak percaya?? cuba try ni....

Sebelum memulakan pendaftaran untuk akaun blogspot, korang kenalah ada akaun google dahulu. Akaun lain pun boleh je, tetapi untuk jangka masa panjang, lagi elok kalau korang pakai akaun google memandangkan blogger.com kan google yang punya...hehehe

Kalau korang dah ada akaun google, boleh signin dahulu atau klik kat sini. signin google

Kalau korang belum ada akaun google, sila daftarkan dahulu disini untuk memudahkan proses pendaftaran akaun blogspot.

Berikut adalah langkah-langkah yang diperlukan untuk mendaftar akaun blogspot.

1. Buka link www.blogger.com

2. Apabila paparan sudah keluar, klik pada 'create a blog'
Cara Buat Akaun Blogspot


3. Seterusnya masukkan maklumat yang dikehendaki kemudian klik 'continue'.
Cara Buat Akaun Blogspot


4. Kemudian masukkan blogname dan juga blog address
  • Blog name lebih merujuk kepada trademark sesebuah blog
  • Blog address adalah digunakan oleh pengunjung untuk membuka blog anda. Blog address antara perkara paling penting bagi sesebuah blog.

Cara Buat Akaun Blogspot


5. Pilih template yang korang rasa sesuai, kemudian klik 'continue'
Cara Buat Akaun Blogspot


6. Siap. Korang sudah ada akaun blogspot korang sendiri dan korang boleh mula untuk menaip entri pertama korang.:)
Cara Buat Akaun Blogspot

Happy blogging :)

Wednesday, August 17, 2011

Buang Word Verification di Comment


Orang kata comment dari follower sangat penting bagi sebuah blog, aah memang betol pon. Tapi sedar atau tidak kita buat follower or kawan-kawan blogwalking hilang mood nak tnggal kan jejak kat blog kita. Antara sebab nya kerana kat comment kita ada Word Verification. Kalau korang nak buang senang je... try ni yer

1. Korang pergi kat design ->setting -> Comments

2. Lepas tu korang scroll down sampai jumpa 'Show word verification for comments?'. Then korang tekan no
3. Korang save setting. Siap !!!!