Geng Budak Malas ^^

Tuesday, March 17, 2015

Sweet Tree Ampang (Makanan Korea Halal di Malaysia)

Assalamualaikum ....
Rasa lama sangat Cik Ezny tak update blog pasal jalan-jalan and makan-makan. Sebenarnya lama dah Cik Ezny pergi Sweet Tree ni, sebulan lepas. Memory pun macam nak terpadam je. Sebelum terpadam betul baik Cik Ezny abadikan dalam blog bersepah Cik Ezny ni.

Ceritanya my sister, teringin sangat makan makanan korea. So kitaorang pun gigih mencari dekat pakcik Google. And terjumpalah restoran makanan korea di Ampang namanya Sweet Tree. Nak cari makanan Korea yang Halal susah juga kan. Jangan risau dekat sini makanan dia Halal. Dengar cerita owner dia Islam.

Sweetree Restaurant - The Halal Korean Food In Malaysia

No13 ,L-1.2, Jalan Ampang Putra
Taman Putra Sulaiman
68000 Ampang, Selangor


Banyak-banyak cakap pun tak guna, jom kita melawat sekitar Sweet Tree ni. Hiasan dia memang cantik okay. Tenang je bila masuk dalam. Masa kitaorang datang tu dah malam, orang memang ramai sampai tak ada tempat duduk Cik Ezny rasa kalau nak datang better datang masa orang tak ramai kot, siang ke. Baru dapat menikmati suasana sikit....hehe

Dekat sini ada surau dekat tingkat tiga, kalau yang nak solat tu boleh la tumpang surau dorang. Kat sana dorang ada letak pakaian tradisonal dorang dengan hiasan-hiasan tradisional. Kalau nak tangkap-tangkap gambar fefelling perempuan korea boleh la try pakai Hambok .

Overall , Cik Ezny puas hati dengan layanan dorang. Pelayan pun okay , ramah je. Tapi mungkin masa kitaorang datang tu masa orang ramai, lama sangat tunggu makanan. Orang sebelah dah dapat makanan kitaorang ada makanan tak sampai lagi. Mungkin tertinggal order. Tak pelah. Yang penting makanan dia sedap, kena dengan selera Cik Ezny. Untuk tanda minta maaf , pihak restoran bagi secawan Coffea kat kitaorang. Okaylah kan .



















 


 dapat juga Cik Ezny rasa Topoki.... kena dengan selera







yeahh....coffea free ^^



Bila nak balik tu, owner dia orang Korea tegur kitaorang. Ramah jugak dia, dia tanya dah jalan-jalan dalam restoran dia ke. Dia nak bawak kitaorang pusing-pusing, tapi dah lewat sangat dah pukul 12 malam dah masa tu. Dah mengantuk. Next time yer En Owner ... Tapi yang tak boleh blah boleh pulak dia tanya aku pernah dah ke datang restoran dia. Aku katalah first time. Boleh pulak dia tak percaya , dia kata macam pernah nampak sebelum ni. "Adoiii, siapa pulak muka macam aku nehh!!".

Okay.... setakat ni jelah my entry. Harap bagi manfaat kepada yang memerlukan. Kepada teragak-agak nak datang, datang jelah, tak rugi pun.... hehehe

Adios ^^


No comments:

Post a Comment