Geng Budak Malas ^^

Monday, February 27, 2012

Terjah rumah budak ezny !!!

halop habry bady.....
hamboi-hamboi kalau terjah menerjah ni cepat je korang yer..huhu
hari ni aku nak jemput korang-korang menerjah my house at kolej ni. Nothing special, cantik pon tak , kalau korang masuk pon maybe dah serik dah nak masuk balik tapi ini lah tempat aku berteduh sampai aku dapat my degree akhir tahun depan. Oklah jomm terjah, shhhh. Jangan bising-bising

Terjah Time

 tempat lepak tengok vanilla chocolate , hehe =P


 our dapur, oklah tu rumah bujang

 
 pakcik dapur , penyelamat bila aku kebuluran .... hehe, sayang dia ^^

 tempat budak ezny beradu

 tempat study, sila buat-buat tak nampak tudung yang bersepah-sepah disitu

 cermin hadiah my besday yang ke 20

i told u nothing special tapi still not bad kan, siapa kata Legenda tak bagus, aku suke apa =.=' LOL (bodek je lebih budak ni) bagi ku "hostel ku istana ku"....hohoho. Nak selesa balik rumah mak ayah la wehhh...hehe. dddddddddddaaaaaa. Tiba-tiba rindu rumah ...hurmm . MAKKK!!!! nini nak balik minggu depan tau

Latihan Tempatan 12/2/1012

Halopp, lama dah tak update. Tak ada mood meh , sob-sob rasa macam mau nanges Management Accounting susah kot,  pening nak faham . Ni masalah aku ke, masalah lecture ke or masalah orang yang cipta subject Management Accounting ni???hayaakkk =.=' Aku rasa yang ketiga tu betoi. Siapa lah orang tu yer. Hurmmm, menyusahkan aku jer. Cuba lah ajar aku ABC ke, 1+1 ke , senang sikit aku nak belajar sambil tidor berdengkur-dengkur.e dengki tak bagi aku depat A. Takpelah tu bak kata pepatah orang dolu-dolu izni diyana tidak pernah mengalah sebelum memcuba....yeahhhh, mau poyo jap.hehehe. Aku bising kat sini pon bukan dapat apa pon, pergi belajar rerajin baru lah senang subject tu an..an..an..ann.

Oklah, sebelum aku mengarut-ngarut lagi aku nak cerita kat korang aku pergi latihan tempatan minggu ni , heaaa...HEAAA...HEAAAA muka dah itam hoooyeeeaaa!!!!! walaupun aku tahu takde siape yang baca blog ni tapi aku nak cerita gak, nak buat konon-konon aku ni hot+ meletop+ femes memes= aku perasan, hohohoho (gelak ala-ala chin chan time nak mintak penampor). Minggu ini latihan kat kem tu berkawad je dari pagi sampai ke petang tekak pon dah sakit dah jerit 'kiri kanan kiri' , kepala pon dah sakit kena jemur tengah panas , kaki pon dah naik lenguh kawad berjam-jam. Tapi aku rasa belajar kawad time ni best kot , selalu nye aku tak suka sangat kawad  tapi time tu cam best pulak maybe cara Sarjan tu ajar kot. Dah lah jom tengok gambar pulak...ngeh, ngeh, ngeh

GAMBO




p/s- entry lame baru nak publish, lama dah rupe nye dia menyorok kat draft tu...huhu

Menawan Gunung Angsi =o=

 
 pemandangan atas gunung


Halopp abry bady ^^
monday no class, hoyeahh. Semalam 26/2/2012 aku dapat melakar sejarah dalam hidop aku dapat menawan Gunung Angsi ....yeahhhh!!!!! (seronok banget sehhh). Nasib baik kem buat latihan rekreasi naik Gunung Angsi minggu ni, kalau tak ntah bila lagi aku nak berkesempatan lepas kat atas tu.Memandangkan Gunung Angsi salah satu gunung dalam list yang aku wajib daki sebelum habis belajar at Negeri Sembilan ni, so luckily aku join wataniah (oh man, i cannot stop smiling ^-^ ). Next time nak try Gunung Datuk and Gunung Tok Wan pulak, dulu naik bukit broga tak berkesempatan nak naik Gunung Tok Wan, hurmmm. takpelah tu.

Back to Gunung Angsi, kalau nak naik Gunung Angsi ni tak silap aku ada 3 jalan, start dari jalan lama pergi Kuala Pilah or dari Hulu Bendul n satu lagi aku tak pasti. Kitaorang semalam naik ekot tepi jalan lama nak pergi Kuala Pilah,  kat situ awal-awal pendakian agak curam dan licin so kena hati-hati sikit, tapi bila dah sampai atas cikit tu banyak jalan rata tapi jalan dia agak sempit tapi still tak susah sangat. Dari kaki gunung nak sampai ke puncak ambil masa dalam 2 jam hingga 2  jam setengah lebih kurang kalau banyak rehat ,tapi kalau jenis fitness mantap macam The Rock  tak sampai 2 jam dah sampai kot, huhu. 

Apa yang aku dapat bawa balik dari Gunung Angsi kali ni
1. Dapat penat
2. Dapat minum air bukit (serius freshh, derr)
3. Kaki cramp 
4. Dapat peluh yang mencurah-curah
5. Dapat bawak balik kenangan dan kepuasan untuk diingati (poyo ayat, yewww )

PICTURE TIME !!!!!
 otw ke Gunung Angsi

 Rehat jap

 ni air bukit tau bukan air longkang , dan ia selamat untuk diminum, hehe

 amek air bukit buat bekal, macam air baru keluar dari peti ^^

 pemandangan otw naik ke puncak


 choki-choki peneman perjalanan...hihihi

 makanan atas puncak 

 senyum sampai ke pipi, mencerminkan rasa gembira dihati...hohoho :P

with mereka-mereka ^^


tak tahu nak tinggalkan apa, so aku tinggalkan nama kat atas puncak tu,

Saturday, February 25, 2012

Kelas Senjata

Haloppp abry bady ^^
Hari ni, 25/2/2012 again and again and again aku pergi latihan tempatan wataniah at kem 508 . Macam 2 minggu lepas kitaorang buat latihan kawad je. But today, kitaorang belajar ilmu senjata (M16). Kitaorang diajar macam mana nak cuci senjata, selamatkan senjata , buka senjata, pasang senjata and banyak lagi lah. Boleh tepu lah gak kepala otak aku ni dengan benda-benda tu semua, dari pagi sampai ke petang belajar pasal senjata je. Yes aku pandai pasang senjata macam dalam tv tu....hohoho (hidung kembang kempis kembang kempis). Memang best bagi aku, maybe that why aku masih setia dengan wataniah kot walaupon aku tak minat bahagian tentera sangat ,tapi kadang-kadang aktiviti dia agak menarik. 
Esok kitaorang punya aktiviti mendaki gunung Angsi , mula-mula malas nak pergi untuk hari ahad tapi what to do , aku suka mendaki. Sayang pulak nak lepaskan peluang ni kan, bukan selalu boleh dapat. Pergi pon free, duit pon dapat, makan pon dapat, penat pon opcoz la dapat, tapi yang paling penting aku dapat pengalaman and memory for my dear diary. Selagi aku tinggal kat negeri orang ni kalau boleh semua tempat menarik kat sini aku nak pergi, baru berbaloi berlajar tempat orangkan, walaupon kat negeri sembilan je. hoyeahhh. oklah mahu tidur dulu esok mau bagun awal . Adioss

Just 1 Pic
tak sempat nak amek gambar banyak-banyak

nuna kalau amek gambar selalu kepala separuh, adehhh. hahaha

Friday, February 24, 2012

Running Man ^o^


Halopp-halopp
Owh yeahh, korang pernah tengok running man tak?? Kalau yang tak tahu Running Man tu apa ini salah satu variety show yang femes kat Korea selain Strong Heart , Hello baby or Family Come Here. But honestly aku cakap banyak-banyak variety show Running Man is the BEST!!!!! Tapi aku rasa kat Malaysia Running Man tak berapa femes and tak dikenali sangat kot sebab nya kalau dekat Malaysia Running Man  ditayangkan kat One HD Astro je. Konsep running man ni macam main lari-lari lah , kejar sana-kejar sini dah nama Running Man kan ,huhuhu.Dorang kena selesaikan mission yang diberikan siapa yang dapat selesaikan mission tu dia lah yang menang . Seriously memang super duper kelakar tengok telatah ahli-ahli running man and dorang punya artis jemputan , aku kalau tengok mesti gelak tergolek punya , baru bangun tergolek balik, sakit perot gelak dohh.hahaha. Serius memang lawak sesangat. Kalau korang bosan-bosan tak tahu nak buat apa, aku bagi cadangan try tengok Running Man , memang tak menyesal ^^.
Kalau korang nak tengok online tekan sini , website ni ada dari episode 1 sampai lah yang the latest 


Jom aku kenalkan korag dengan ahli-ahli Running Man, Kalau korang cari yang hensem memang korang tak jumpa kat sini, yang ada pon dah keluar si budak comel Jong Ki. tapi kalau korang dah tengok baru korang tahu dorang ni sangat-sangat cute sebab kesengalan masing-masing ...Enjoyy =)

Yoo Jae Seok (Grasshopper)


Kang Gary (Calm Gary)


Kim Jong Kook (Sparta- lelaki penguasa)



Song Ji-hyo (Ace)



Haha (Pororo)





Lee Kwang Soo (Avatar)


Ji Suk Jin (Big nose)


Monday, February 20, 2012

PICC Putrajaya

Halop-halop, ini enry pendek .. Semalam 19/2/2012, i'm working again with PanPacific but this time at PICC Putrajaya ada event Nestle. Tapi hari ahad dorang setting-setting je, event dia hari isnin.Hari isnin aku tak kerja, maleh takut penat nak pergi kelas nanti. Hari ahad tu dari pagi sampai ke malam lipat napkin je keja nya. Senang memang la senang, tapi kalau melipat 1000 napkin tak ke nak termuntah...huhu. 2 jam yang pertama uhhh heaven nye keje, nak masuk ke 4 jam tangan dah lenguh melipat, bila dah 7 jam melipat!!!!! OH MAN i cant stand anymore do the same thing almost 8 hours. Tapi bagus gak kawen nanti tak payah upah orang lipat napkin, lipat sendiri je. Jimat!!! Maklum lah dapat kelas melipat napkin percuma....kikiki =P. OKlah itu aje . 

PICTURE-PICTURE




Oh dimanakah mataku????

Dengan jaya nya dapat buat napkin jadi bentuk lilin....Oh yeahh tepuk tangan ^^

Saturday, February 18, 2012

Change The Header Again

hihihi.. aku tukar my header lagi , yang sebelom ni try-try pakai photoshop je nak cuba try. So i make the new one header for my busuk-busuk dear diary. Nampak sangat aku dah terlebih masa ni, huhuhu. Alhamdulillah free sikit jadual time budak-budak ni tengah cuti kalau tak meeting je hari-hari dari siang sampai ke malam. Hoyeahhh enjoyy the wonderful moment . Oklah jom imbau kembali header lama

Header lama
My first header using photoshop, agak ke laut time nak buat transparent , semua jenis tutorial aku search dekat pakcik google . Maklumlah budak baru belajar , so this is my first result. Sorry i cnt use you, but i will remember u 4ever....kuhkuhkuh (poyo je)




Header Baru

Owh yeah the polka dot one, ni semua gara-gara terpengaruh dengan cerita vanilla chocolate la ni. Anyway still not perfect but oklah tu untuk tangan bangku and art blind macam aku ni. Simple je. Simple is me, Me is simple ^^

Forever Alone


Perhhh, tajuk macam orang putus harapan je kan...huhu. Takdelah just want to share kat korang new video from my febret Vlogger Ryan nigahiga. Aku rasa very nice video because tak ramai orang belah sana terutama from Barat yang nak pegang word "forever alone" ni kan. Walaupon dia lain agama dan dia sampaikan dalam bentuk lawak but still ada moral dia selitkan, so tak salah kalau kita amekkan. Dalam Islam pon melarang kita bercintan cintun ni kan , so berkawan lebih baik kot. Hurmm, yang tengah bercinta tu aku doakan korang kekal hingga ke alam perkahwinan ok. Aminn ^^

Boring la cikit-cikit nak tegur kapel tu haram , bukan nak tegur tapi nak memperingatkan diri sendiri sebenarnya tapi apa salah nya yang baik kita ikut kan. Actually aku sedih sangat-sangat bila blogwalking terbaca entry-entry sahabat-sahabat kita yang putus cinta dan dipermainkan. Belum lagi asal gaduh je masukkan kat blog, asal gaduh je masukkan kat blog. Takpelah tu kan, janji korang bahagia. Try our best untuk jauhkan diri dari zina ok,

Oklah, daaa. Entry this time agak berat sikit, enjoyy ^^





Thursday, February 16, 2012

Sungai Tekala Wehhh!!!

Halop-halop...
Hayakkk, kelas cancel lagi, so dipagi hari yang tak berapa nak buta ni aku ada masa nak mengupdate blog sambil kunyah-kunyah my roti bakar sambil minum susu dutch lady low fat, hohoho rasa bahagia nya dunia. Tapi bila nak buat replacement kelas , baru kau tau erti penyesalan...huhu. Back to our cerita, sebenar nya aku lama dah tak berjalan-jalan dengan kawan-kawan reramai rasa nya . Semalam 15.2.2012 aku and our geng wataniah lepak sesama at Sungai Tekala!!!!! Nasib baik tempat dia cantik, best and awesome gak , so berbaloi la gak mendaki tangga yang hampir dengan ketinggian Batu Caves tu.....hurmmm!!! Baik , aku tipu je Batu Caves lagi tinggi, kikiki. Kat sana kitaorang buat BBQ sikit , mandi-mandi and part yang paling best kena serang di monyet-monyet kat sana nak berebut makanan kat kitaorang. Dengan jaya nya monyet-monyet tu dapat curi satu plastik penuh jajan yang kitaorang tak bukak lagi, dasar monyet maleh pergi sekolah!!! Pepon dah rezeki monyet-monyet hari tu kan, redho jeleee. Tapi macam time aku dulu, hujan gak semalam. Tapi nasib baik hujan time kitaorang dah nak kat balik. Kalo tak mesti kejap je mandi...fuhhh nasib baik. Oklah, nak banyak tulis pon den maleh, soooo.... jom tengok gambar...zaaasss

GAMBO

 Say hii 5 to Sungai Tekala ^^

 Dalam Usaha nak buat bara hoyeahh



 My cute twin sister :)

 Seronok korang yer...ehemm, hahaha




 Berlajar beranang dengan my kembar mr mimi


 Tunggu hujan berenti

p/s-hoyeahh, this year aku join kemahiran rendah Silat Cekak, semalam our first class. So far tak penat sangat but baru start kan next kelas akan lebih mencabar....hohoho =.=' , lama tak bersilat. Now back to silat world back, hoyeahh. daaa, have nice day