Geng Budak Malas ^^

Friday, June 14, 2013

X-Plorer Backpackers di Kota Kinabalu, Sabah

Assalamualaikum semua.....
This entry I just nak ceritakan sedikit pasal backpacker hotel di Kota Kinabalu Sabah. Pada korang-korang yang nak jalan-jalan di Sabah tapi dengan bajet cost aku nasihatkan korang bermalam di backpacker hotel or just dekat homestay je. Tapi bagi gadis-gadis kalau awak-awak nak tidur di backpacker hotel pastikan tempat tu selamat dan kalau boleh korang tidur ramai-ramai la kan baru rasa selamat sikit...huhuhu.

Oklah, time aku pergi Sabah hari tu kitaorang tidur di X-Plorer Backpackers masa kat Kota Kinabalu, sampai-sampai je kat KK malam tu terus kitaorang tidur sana. Actually kita orang ingat nak tengok-tengok dulu kat situ, kalau tempat tu selesa kitaorang nak book untuk malam ketiga kitaorang kat Sabah tapi kalau tak selesa , we decide nak cari tempat lain je. Memandangkan tempat tu agak selesa , bersih dan selamat so kitaorang buat keputusan untuk stay lagi kat situ. Yang tak bestnya bila, untuk malam pertama tu kitaorang book bilik lain tapi dapat bilik lain tapi nasib baiklah harga bilik tu sama so bukan masalah besar sangat la kan. So pada korang-korang jangan risau la k, tempat ni selamat and harga dia pun boleh tahan murah gak. Tempat makan korang jangan risau, korang jalan kaki pun boleh sebab kat area-area situ ada jual makanan muslim.




kalau korang nak tahu lebih lanjut boleh terjah website dorang X-Plorer Backpakers

MALAM PERTAMA


 ni tempat lepak kalau nak online, kat sini dalam bilik tak dapat tenet so kalo nak dapat wifi kena lepak kat sini la

 lorong untuk ke bilik

 sila abaikan bilik yang bersepah tu yer 

di tempat check in

Untuk malam pertama dorang bagi kitaorang bilik yang ada satu katil double daker and satu lagi katil queen , untuk bilik ni tak ada toilet dalam bilik so kena share toilet la jawabnya.  Harga untuk bilik ni RM 68


MALAM KEDUA

 katil bawah 

 tangga ke loteng

 tempat tidur tingkat atas, ada dua tilam single

Untuk malam kedua ni, kitaorang mintak bilik loteng and toilet kat dalam, so harga dia agak mahal sikit. Tapi tak adalah mahal sangat la kan, sesuai la dengan harga. 



Kalau korang nak jalan-jalan area Kundasang and Ranau and tengah cari lagi tempat tidur di Ranau, rajin-rajin la baca entry aku yang lepas yer pasal Homestay di Ranau.

Banmal Song (Yongwha)

Assalamualaikum semua ^^

Just nak post video Banmal Song yang aku buat lama dulu, tiba-tiba terbuka balik video ni. Rindu pula dengan pasangan YongSeo.....this is one of my favorite song make by Yonghwa . Enjoyed !


Thursday, June 13, 2013

Kim Jong Kook di KLIA

Assalamualaikum semua!!!!
yeahhh!!!! nak jerit kuat-kuat, huhuhu
Siapa kenal Jong Kook?? Sila angkat tangan tinggi-tinggi okey....
Kepada yang tak kenal Jong Kook atau Kim Jong Kook, biar aku cerita sikit pasal dia ya. Dia adalah salah seorang ahli Running Man iaitu rancangan variety tv yang popular di Korea , kalau korang tak tahu pasal Running Man korang baca sini la yer... Bestnya kalau Running Man buat kat Malaysiakan



curi dari pak cik google

Yang paling bestnya pada 14 June 2013 , Kim Jong Kook akan mengadakan showcase di Malaysia. Bila tahu pasal Joong Kook nak datang Malaysia memang aku dah target nak pergi airport nak jumpa dia. So hari ni walaupun tak dapat autograph or tangkap gambar dengan dia tapi aku dapat jumpa dia depan-depan pun dah kira puas hati dah. huhuhu. Oklah jom layan gambar ......yeahhh





 banner dari peminat Malaysia

 antara peminat di KLIA


sempat lagi berposing =P


Video Kim Jong Kook di KLIA


sorry lah video goyang-goyang and tak nampak Joong Kook sangat, maklumlah bila time Joong Kook muncul tu mulalah dorang start main tolak-tolak, kesian I tau kena tolak. =P
 Hope you all enjoy ^^

Tuesday, June 11, 2013

Homestay di Ranau

Assalamualaikum semua....
macam biasa, ayat basi aku. "Lamanya tak update blog ni" .....huhuhu

Okey nak dipendekkan cerita bulan lepas 3 Mei - 6 Mei  aku pergi Sabah. Walaupun dah lama, tapi baru sekarang aku gedik-gedik nak update pasal ni. What to do kan, I kan busy.....poyosss!!!
Okey back to tajuk..... kalau ada yang tersesat-sesat terjumpa blog aku ini time nak survey homestay di Ranau. Aku nak promote sikit homestay ni.


Homestay ni dekat sangat dengan pekan Ranua dalam 3 minute je macam tu, jangan risau kalau korang tak jumpa sebab owner dia Puan Manisah akan ambil korang pergi homestay tu nanti. Kalau dari Kundasang ke Ranau ambil masa dalam setengah jam je.

Contact number: 0195280597 (Puan Manisah)
price: RM 90
room: 2
toilet: 1

Homestay ni agak besar sebenarnya , so boleh la masuk dalam 10 orang dalam tu kalau korang pergi dengan family besar cumanya toilet dia cuma ada satu so kena kongsi-kongsi la. Tapi kira selesa la kat sini , kebersihan pun dorang jaga. Tak silap aku tv pun ada astro rasanya, aku pun dah lupa. Cumanya dekat Ranau ni banyak sangat anjing , so korang jangan terkejut sangat la yer kalau nampak anjing jalan macam kat kampung sendiri kat pekan Ranau tu.

 ruang makan

 celah tu toilet yer

 bilik tidur (dua-dua bilik tidur macam ni, satu katil double daker n satu katil queen )

 ruang tamu (Sila abaikan manusia disitu yer)

bahagian hadapan homestay (tingkat bawah)

p/s: untuk peringatan kat korang, rumah ni rumah orang Islam. Tapi sekitarnya banyak ajing, mungkin buat kita sedikit tak selesa.