Geng Budak Malas ^^

Wednesday, November 9, 2011

Bukit Broga

Halop-halop

Pada yang suka pemandangan yang cantik dan sejuk mata memandang , kalau korang belum pernah pergi Bukit Broga. Aku sarankan korang try pergi , pemandangan dia cantik lagipun nak daki pon tak tinggi mana pon tapi tipu la pulak kalau aku kata tak penatkan. Pendakian makan masa 30 minit hingga 1 jam, bergantung kepada tahap stamina masing-masing. Tapi berbaloi kalau dah sampai atas tu. memang cantik. wink,wink.^^

Atas ehsan makcik wikipedia aku share kat korang pasal Broga sikit yer untuk memudahkan korang nak pergi sini. Broga terletak 12 km ke Barat bandar Semenyih dan 50 km dari Kuala Lumpur. Simpang ke Broga di hadapan stesen minyak Petronas Semenyih. Jalan ini boleh menuju ke Ladang Balau, Taman Tasik Semenyih, Universiti Nottingham cawangan Semenyih, Pusat latihan dan ujian memandu kereta.  kalau susah-susah, lagi senang korang pakai GPS jela, Papago kan ada ....hehe

Kalau korang nak pergi, aku rasa better kalo korang pergi sebelum subuh or selepas subuh. Tupon kalo korang nak tengok sunrise la. Yang pergi sebelum subuh tu, korang boleh simpan wuduk siap-siap. Dah sampai atas korang solat subuh la kat atas tu. Kat atas tu nanti ada tempat lapang , korang solat la kat situ.memang terbaik.

Barang2 keperluan :-
1. Torch Light (wajib)
2. Pakaian mengikut kesesuaian. Jeans not recommended terutama yang mahal-mahal. Kalau nak pakai shorts boleh,tapi kena fikir dua tiga kali sebab sana banyak lalang, takut calar balar kaki tu dan gatal2..hehe
3. Pakai kasut yg ada grip dan tak licin. Certain running shoes memang licin. Tegok tapak masing2.
4. Makanan : bawak roti/sandwich..chocolates..biskut..
5. Air yg secukupnya. 1.5litre pun dah cukup.

Tips & Info :-

1. Kalau korang nak pergi ramai-ramai, terus pecahkan dalam kumpulan siap-siap
2. Korang take a slow hike. No rush. Pastikan kawan korang takde yang tertinggal
3. Jangan makan berat2 sebelum mendaki. Bawak air secukupnya mengikut kadar penggunaan air badan anda..hehe..
4. Kalau badan rasa mcm lemah masa mendaki, korang stop dulu..rehat 5 minit sambil makan apa yang korang. Lepas dah ada tenaga balik, boleh mendaki semula. Coklat penting semasa mendaki utk menggantikan kandungan gula dalam badan yang hilang semasa pendakian.




No comments:

Post a Comment