Assalamualaikum uolls...
Wah pergi S'pore satu hari tapi entry sampai berpart-part kan.... over kau jah!!!
Entry kali ini aku nak cerita macam mana nak pergi USS....
Tips yang selalu orang cakap kalau nak pergi USS macam biasa uolls PERLU dan MESTI beli tiket siap-siap online atau uolls ambil pakej yang dah siap-siap dengan tiket USS sekali terutama kalau uolls pergi hujung minggu, uolls janganlah ambil risiko nak beli tiket kat sana, sebab takut tiket habis. Tapi kalau boleh pergi uolls bukan time peak la. So rajin-rajinlah check dulu tarikh kat website USS dulu sebelum uolls pergi ok .
Aku pergi pakai pakej murah je tu pun bersusah payah cari dekat Mudah . Akhirnya jumpa jugak pakej murah, pakej dia RM 210 je kot .Kalau uolls berminat try call 072323092 ODDSY / Encik Khai.
Pakej tu dah termasuk transport + tiket USS, dorang suruh sampai dekat TuneHotel Danga Bay dalam pukul 7.30 pagi camgitu, bila sampai sana dorang suruh weolls isi borang segala bagai and bagi tiket USS sekali.
Time aku pergi USS ni time hari biasa , memang sengaja pergi hari biasa sebabnya Cik Ezny tak suka bersesak . Dari blog-blog aku baca sebelum weolls pergi sana ada yang sanggup tunggu sampai 1 ke 2 jam untuk main satu Ride. Owh , aku sangat kagum dengan kesabaran dorang tapi apa boleh buatkan dah bayar kenalah try juga . Time aku pergi hari tu paling lama tunggu pun maybe dalam 15 minit kot , tu pun tunggu nak tengok movie Shrek 4D. Tu pun bontot dah panas menunggu. Walaupun penantian adalah satu peyeksaan tetapi sangat berbaloi. Kalau uolls pergi USS pastikan uolls tengok Shrek ok, memang terbaik...hehehe. And jangan lupa ambil map bila uolls sampai sana okey ^^ . Jangan risau map tu free je .
tiket USS
Gambar Sekitar USS
teksi kuning
persembahan Sesame ... comeii ^^
1. Transformers The Ride
sila abaikan cik Ezny tsenyum lebar disitu...hakhak =P
2. Revenge of the Mummy
Perhhh kalau naik benda alah ni dah rasa macam roh kena amek pun ada, sesuai la dengan nama dia Revende of The Mummy. Kurang ajar punya Mummy curi roh aku , ngeri kot. Tapi memang terbaik .
3. Battlestar Galactica Blue or Red
Hakk, tengok benda ni pon aku dah pening. Serius extreme gile, so kepada yang rasa jantung tak kuat tu fikir lah sebelum nak naik benda alah ni yer. Tapi memang best sampai tak cukup suara la jugak aku jerit, aku selut betul dak yang duduk sebelah aku time tu. Dari mula sampai habis dia jerit , kagum kagum. Hahaha.
4. Shrek 4-D Adventure
Yang ni macam uolls tengok movie shrek tapi rasa macam real punya, dah nama 4D kan. Kiranya kalau ada air terperecik tu uolls dapat rasa la. Nak cerita banyak-banyak nanti tak best la pula, nak tahu best ke tak rasa sendiri baru tahu. ^^
5. Jurassic Park Rapids Adventure
alamak badan terlebih bengkok la pulak....
Bila cakap pasal Jurassic mestilah pasal dinosaur kn? Sini best la gak, kalau uolls tak nak baju basah siap-siap beli baju hujan dari M'sia okey. Kat sana dorang jual mahal.
Actually ramai yang recommend pergi Water World , tapi sebab weolls tak berkesempatan nak tengok aksi stunts dorang =(
Pasal makan dekat sana, uolls jangan risau. Kat sana ada jual makanan Halal , kalau ada logo Halal S'pore tu uolls boleh la makan kat situ k. Makanan kat sana agak mahal juga, terutama kalau kita convert dengan Ringgit. Tapi daripada kelaparan kat sana, buat-buat pejam mata jelakan dengan harga dia . Hurmmm
set ni SGD 12
Kalau uolls rasa-rasa sesat tu ringan-ringan la mulut tanya guest services dorang okey. Time ni weolls tak jumpa surau. Aku dengar cerita surau ada dekat depan pintu masuk tapi sebab tak jumpa weolls terpaksa la juga tanya kaunter pertayaan kan. Uolls jangan risau surau ada dekat Local Area , dekat-dekat dengan roller coster ngeri yang aku cerita tadi. Untuk muslimah diingatkan bawa telekung sendiri ok, surau kat situ tak sediakan telekung. So kalau uolls pergi ramai-ramai bawa satu pun cukup boleh share-share .
Okeylah, macam dah terpanjang pulak iolls ni mengarut. Sebenarnya banyak juga yang aku tak sempat naik and tengok sebab tenpat dia besar. Lagipun, kitaorang nak jalan-jalan S'pore time ni. Sepatutnya bas ambil dalm pukul 7 , so weolls keluar daripada USS dalam pukul 4 petang and amek teksi pergi round-round. Next entry maybe iolls nak cerita tempat menarik yang iolls sempat pergi kat S'pore k. Adiosss ^^
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete