Geng Budak Malas ^^

Monday, August 25, 2014

Adat Cukur Jambul di Negeri Sembilan

Assalamualaikum Semua....

For this entry Cik Ezny nak kongsi pasal adat cukul jambul di Negeri Sembilan. Baru-baru ni, 24/08/2014 kawan Cik Ezny buat majlis cukur jambul untuk anak dia di Batu Kikir, Negeri Sembilan. Bagi Cik Ezny adat orang Negeri Sembilan masih menebal atau keluarga Cik Ezny yang tak berapa ikut adat sangat mungkin...hihihi. 

Seronok tengok keluarga diaorang ramai-ramai berkumpul. Dah siap majlis, semua tukar uniform kenduri then tukar baju uniform buat kerja. Terbaikk la. Keluarga Cik Ezny besar, so kalau majlis-majlis macam tu selalunya pakai katering je. Siapa pulak yang rajin nak basuh periuk belanga besar-besar tu pulak kan. Tapi bila tengok keluarga diaorang sama-sama buat kerja daripada wan, mak sedara, ayah sedara sampai ke cucu kemas sama-sama. Cik Ezny tapik spring kat diaorang.

Kawan cik ezny ni pun buka orang Nogori, suami dia orang nogori. Dia orang Terengganu, dia pun kata dia first time tengok orang buat majlis berendul. Maybe some negeri je buat majlis ni.


Sorry gambar memang gegar gilee babas. So enjoy the picture okay...


Majlis Cukur Jambul



Berendul
Cik Ezny tak pastilah macam tu ke ejaan dia, berendul. Betul la kot. Siapa tahu apa tu berendul?? Masa korang kecik korang ada majlis berendul tak? Macam cik ezny dulu tak ada. RasanyaPahang tak buat majlisni rasanya. Majlis cukur jambul adalah. First time Cik Ezny tengok majlis berendul ni masa dekat Kedah. So yang ni second time.

Creative je dorang ni decorate buaian tu....hihihi. Tomei angat ^^

 dorang hias buaian tu denganbelon and gula-gula. Jajan-jajan tu dorang ikat dengan benang....hihihi.
Meriah gitu... =)

 my sis with my friend (dah beranak dah kau eyza ea...huhu)

 amboi sedapnya Ainul tidur yer..... geram je anty nak cubit pipi tembam dia

 bermulalah aktiviti berebut coklat bila majlis berendul tamat. Bukan budak je excited. Dengan pakcik-pakcik tu sekali berebut kutip cokla..huhuhu.


 happy family. Semoga berbahagia selamanya



Saje nak cerita, gamba dekat atas ni kepala kambing...huhuhu. Cik Ezny tak tahu pulak ada orang masak kepala kambing. Katanya dorang masak dengan mata dengan otak terus sekali...... Dorang suruh try, tapi Cik ezny tak beranilah.

yang gambar atas tadi kepala kambing belum kena potong. Yang ni selepas ni potong, yang putih-putih tu dorang kata otak dia. hahaha. Cik ezny tengok pic ni lama-lama , pening pulak pale den ni hah....


p/s: Bilalah jodoh cik ezny ni nak sampai ni....hokhokhok (gatai ko ea =P)


Monday, August 18, 2014

Jamuan Hari Raya

Assalamualaikum uolls...

Rasanya masih tak terlambat Cik Ezny nak ucapkan Selamat Hari Raya....
Alhamdulillah Jamuan Hari Raya di rumah parents Cik Ezny semalam berjalan dengan lancar walaupun sedikit kelam kabut bila orang dah start ramai. Tapi masalah tu biasalah kalau buat jamuan. Okay for this entry Cik Ezny just nak cerita secara ringkas menu Open house kitaorang.
Cik Ezny buat entry pasal jamuan raya ni sebab ada yang search dekat pak cik Google pasal Jamuan Raya keluar blog Cik Ezny kan. So memandangkan Cik Ezny pun baru buat open house harap dapat membantu kepada sesiapa yang mencari apa-apa pasal Jamua Raya atau Open House yer.

Tapi awal-awal Cik Ezny nak mintak maaf sebab tak dapat nak masukkan gambar menu-menu masa Open House. Tak sempat betul. Cik Ezny tak sempat tukar baju lagi , orang dah sampai so agak terkejar-kejar sikit la.

Menu Open house tahun ni

Makanan
- Sup Daging Kambing
- Sup Ayam
- Mee Kuning
- Mee Hoon
- Satay Ayam dan Daging
- Nasi Impit dan kuah kacang
- Lemang
- Rendang Daging
- Roti Jala

Air
- Oren Sunquick
- Air Rozel (tanam sendiri)

Desset 
- Agar-agar sirap
- Cream puff
- Kuih raya
- Candy Corner

Candy Corner
Candy Corner ni konon nya , nak buat kelainan la. Hihihi. Dekat area sini budak-budak memang suka, kejab je dah licin. Rakus betul kanak-kanak ni nampak candy.....ish3  =P

  konon-konon isi cream puff dalam pinggan nak nampak cantik dalam gambar, padahal bukan main banyak my mum oder sampai tak habis . Tapi cream puff orang ni tak berapa mantop la , menyesal beli dekat orang ni =(

Suasana Jamuan Hari Raya


 antara yang hadir





Oklah, setakat ini sahaja entry Cik Ezny . Diharap entry kali ini memberi manfaat kepada yang memerlukan.
Assalamualaikum ^^

Friday, August 15, 2014

Pengalaman Naik Train Dari Jakarta ke Bandung

Assalamualaikum uolls-uolls .....

Oraite dulu Cik Ezny pernah janji nak buat entry pasal pengalaman Cik Ezny naik train dari Jakarta ke Bandung. So hari ni Cik Ezny nak kongsi sikit pengalaman Cik Ezny to those yang mencari tips naik train dari Jakarta - Bandung, to those yang tersesat-sesat terjumpa blog Cik Ezny and to those silent readers yang sangat comel tengah baca blog Cik Ezny ni.

Okay cerita nya konon nyalah kan rombongan kami sepupu-sepupu nak naik train sebabnya nak murah , nak backpackers kan (tangan di bahu mata ke atas) , tapi selepas Cik Ezny kira-kira balik lagi murah kalau terus ambil supir naik kereta kalau pergi ramai-ramai sebab dia terus kira package kan. Tapi ingat yer uolls-uolls semua kalau naik train kalau pergi seorang dua, memang murah. Tapi kalau pergi ramai-ramai better naik van jela. Naik train dari Jakarta ke Bandung memang best. Memang tak menyesal langsung mencuba. 

Train pon not bad, pemandangan pun cantik dan yang paling penting selesa if korang ambil executive seat la. Cik Ezny nasihatkan ambil executive seat jela, tapi tak adalah mahal sangat, tak sampai RM 30 pun. Masa nilah uolls nak jadi orang kaya, hakhakhakhak. Serius tak mahal pun harga tu okay, terutama untuk safety korang. Yelah orang ramai kan, kitaorang hari tu naik train kol 6.30 pagi pun ramai gak orang, bayangkan kalau korang pergi time peak hour..


di kaunter pemeriksaan tiket

sempat lagi berposing tau





ada plug dalam train so kalau nak charge phone bolehla, tapi pastikan korang bawak international adapter plug



Kalau korang bosan-bosan duduk dalam train tu korang boleh jalan-jalan, tapi dekat dalam train tu tak ada tempat menarik pun nak lawat. Kalau nak jalan pergi cafe dorang dekat belakang tu boleh la. Tapi sebenarnya dalam perjalanan ada pelayan datang dekat seat korang untuk tanya korang nak order makanan ke tak. Tapi kitaorang saje nak makan dekat cafe dia, ada meja. Harga makanan dalam train pun tak adalah mahal sangat. Tapi tak adalah murah sangat, harga normal macam dekat cafe biasa. Yang paling penting makanan dekat sini semua sedap.



yang ni sedap. Must try. Atas tu roti, dalam mangkuk tu supdia. So main cicah-cicah kalau nak makan.

nasi goreng ayam pun ada uolls....


kami berlapan meredah Indonesia....yeahhh !!!


Pemandangan Dari Luar

Pemandangan sepanjang perjalanan memang cantik terutama bila train lalu dekat area cerun bukit . Tapi mostly pemandangan pokok padi. Pokok padi ke tu?? Yelah kot, tapi yang paling penting memang cantik. Dari dari sini jugak kita boleh tengah kehidupan seharian warga Indonesia. Tapi kitaorang pergi ke Bandung pagi Jumaat , so boleh nampak budak-budak sekolah nak pergi sekolah . Comei-comei je ^^







Stesen Kereta Api Bandung
Yeah dah sampai. Selepas hampir tiga jam perjalanan akhirnya kami sampai ke Stesen Kereta Api Bandung. Dekat sini toilet dia bersih kot, so kalau nak terkucil dekat sini, silalah membuang dengan selesanya. Dekat sini pun ada kedai grocery , so belilah apa korang nak beli dekat sini yer.


seperti biasa, senyuman lebar Cik Ezny mengambarkan rasa di hati

  bersih dan selesa.

Okay tu jelah sedikit sebanyak pengalaman Cik Ezny naik train dari Jakarta ke Bandung. InsyaAllah kalau ada kesempatan, Cik Ezny cerita tempat-tempat menarik di Bandung pulak. Adiosss.

p/s: Sorry entry pendek je, Cik Ezny just cerita pengalaman je tapi tak isi sekali harga-harga.  Hope entry kali ni membantu kepada yang memerlukan. 

Assalamualaikum ^^