Geng Budak Malas ^^

Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

Monday, August 18, 2014

Jamuan Hari Raya

Assalamualaikum uolls...

Rasanya masih tak terlambat Cik Ezny nak ucapkan Selamat Hari Raya....
Alhamdulillah Jamuan Hari Raya di rumah parents Cik Ezny semalam berjalan dengan lancar walaupun sedikit kelam kabut bila orang dah start ramai. Tapi masalah tu biasalah kalau buat jamuan. Okay for this entry Cik Ezny just nak cerita secara ringkas menu Open house kitaorang.
Cik Ezny buat entry pasal jamuan raya ni sebab ada yang search dekat pak cik Google pasal Jamuan Raya keluar blog Cik Ezny kan. So memandangkan Cik Ezny pun baru buat open house harap dapat membantu kepada sesiapa yang mencari apa-apa pasal Jamua Raya atau Open House yer.

Tapi awal-awal Cik Ezny nak mintak maaf sebab tak dapat nak masukkan gambar menu-menu masa Open House. Tak sempat betul. Cik Ezny tak sempat tukar baju lagi , orang dah sampai so agak terkejar-kejar sikit la.

Menu Open house tahun ni

Makanan
- Sup Daging Kambing
- Sup Ayam
- Mee Kuning
- Mee Hoon
- Satay Ayam dan Daging
- Nasi Impit dan kuah kacang
- Lemang
- Rendang Daging
- Roti Jala

Air
- Oren Sunquick
- Air Rozel (tanam sendiri)

Desset 
- Agar-agar sirap
- Cream puff
- Kuih raya
- Candy Corner

Candy Corner
Candy Corner ni konon nya , nak buat kelainan la. Hihihi. Dekat area sini budak-budak memang suka, kejab je dah licin. Rakus betul kanak-kanak ni nampak candy.....ish3  =P

  konon-konon isi cream puff dalam pinggan nak nampak cantik dalam gambar, padahal bukan main banyak my mum oder sampai tak habis . Tapi cream puff orang ni tak berapa mantop la , menyesal beli dekat orang ni =(

Suasana Jamuan Hari Raya


 antara yang hadir





Oklah, setakat ini sahaja entry Cik Ezny . Diharap entry kali ini memberi manfaat kepada yang memerlukan.
Assalamualaikum ^^

Monday, September 23, 2013

Gorek Bay , Mersing

Assalamualaikum.....

Alhamdulillah setelah sekian lama keluarga MSD (Muhammed Said Dolah- arwah aki I ) nak buat hari keluarga akhirnya jadi walaupun tak semua dapat join sebab ada hal dan tanggungjawab yang lagi penting. Tapi tak apalah janji program jalan dengan jayanya. Kitaorang tidur kat sana hari tu 3 hari 2 malam. Kitaorang amek 12 bilik.

Honestly bila my mom kata nak buat dekat Teluk Gorek kat Mersing, aku macam risau gak okay ke tak tempat dia, tempat tidur okay ke, pantai dia cantik ke. Yelahkan kitaorang tak pernah pergi sana , karang buatnya tempat tak okay haru pula jadinya kan. Tapi Alhamdulillah Gorek Bay Resort ni okay, pantai cantik, bilik pun selesa berpatutan dengan harga RM 100 satu malam tu.

Pada korang-korang yang nak bercuti dengan keluarga atau nak buat family day, aku rasa tempat ni memang sesuai. Sebabnya kat sini korang bebas nak masak sendiri , barulah ada felling picnic tu kan. Pantai dia tak dalam sangat sebab dia teluk so memang kena berjalan jauh la kalau nak pergi tempat dalam tu, tu pun takat pinggang je. Memang sesuai untuk bawa budak, so mak ayah tak payah risau anak pergi tempat dalam sebab pantai dia memang tak dalam. Tapi pagi-pagi air dia pasang pulak, dekat gigi air je pun dah sampai pinggang, so budak-budak remaja macam I ni suka lah berendam time ni. Barulah best....huhuhu. Kat sini kalau uolls nak buat hari keluarga and nak buat aktiviti sukaneka memang ada tempat, so jangan risau okay.

Okaylah jom tengok gambar....

PERHATIAN: Entry kali ini mengandungi gambar yang bersepah-sepah, malas nak susun......sekian terima kasih

GOREK BAY RESORT
BILIK



RANDOM



antara keluarga yang join


suka Suki kena dukung di aunty bonda dia....







siap bawa basikal dari Temerloh lagi...terbaik ^^

















p/s: sedekahkan al-fatihah untuk aki saya Muhammed Said bin Dolah. Semoga rohnya ditempatkan bersama-sama orang yang beriman....ameen

Wednesday, April 25, 2012

Majlis Merisik



Alhamdulillah, sabtu lepas selamat sudah majlis merisik kakak ku 21/4/2012 , satu lagi tarikh bersejarah dalam hidup my sis. Majlis nya simple je, lagipon tak dirancang tapi alhamdulillah semua berjalan lancar.  Just want to wish semoga ke jinjang pelamin and berbahagia selalu la yer ^^ .

Pic- Pic








Tuesday, April 24, 2012

Bantal Homemade - Happy Besday Yuyah ^^



Wahhhhh, still at Pahang. Esok pagi-pagi sudah mau berangkat balik kolej. Semua jadi tak dirancang , benda yang dah rancang lama tapi tak dapat join. Rancangan awal nya sabtu minggu lepas aku nak join daki bukit broga sama-sama kawan kelab Silat Cekak and PMI , tapi kena batalkan sebab ada kelas ganti so rasa sayang pulak tak pergi maklumlah orang nak exam...huhuhu. tapi petang jumaat tu abah aka my father kol soh balik Pahang sebab ada rombongan merisik my sis hari Sabtu . Tahniah kakak , tak lama nanti nak kawen da kakak koi yang sorang ni. Majlis merisik buat kecil-kecilan je, next entry kot baru aku citerrr...

Fuhhhh..... bapak panjang mukadimah. Back to the tajuk pleazeeee!!!! Ok, semalam besday adik aku paling bongsu, Noranis Sofea Putri , 13 tahun dah yuyah yer. Cepat nya masa berlalu tak sedar pon. So nini nak wish sekali lagi Hapy Besday to you . May Allah bless you. Rajin belajar jangan malas-malas, kurangkan layan kpop tu. Tahun ni nini and nuna mampu bagi bantal jela, buat dalam hanya berapa jam kot. Perhhhh, hebat tak kitaorang....hohoho. Jaga bantal tu leklok k. Hapy Besday again ^^ . Sila tengok diatas nak tengok gambar bantal...sekian terima kasih =P


Tuesday, March 27, 2012

Hapy Besday to My Sis

Hehehe, esok kena submit assignment so this week agak busy kot. Tapi hari ni den nak curi masa sikit buat entry to my beloved sis, Nor Arina Liyana. Sebenar nya semalam birthday dia, tapi semalam tak ketemu masa nak buat, SORY SIS ...hehe
So di sini nini nak ucapkan hapy besday kat kakak, sory wish lambat semalam. Tapi nini tak lupa tau. Nak adiah ek??? adiah nini mana?? besday orang tak dapat adiah pon.
Sebab minggu ni kitaorang tak balik rumah so tak dapat la bagi hadiah kat kakak lagi yer. Tatap la dulu adiah ni dapat nya minggu depan ek. Sory la adiah tak seberapa tapi kitaorang buat dengan penuh kasih sayang ni....hohoho. Poyo sikit. Enjoyyy =P. Nuna banyak buat nini tolong design je...huhu

Adiah Kakak


 23 dah kakak saya rupa nya.....

 Your nama kan??? hoho

 this is jiejie "older sister" 

 your car ^^

HAPY BESDAY AGAIN , MAY ALLAH BLESS U

Sunday, November 20, 2011

Survey ke Gunung Senyum... ^^



Alop-alop,
Saje nak cerita, semalam aku and family aku pergi Gunung Senyum . Tak jauh dari rumah aku rupanya 40 minit dah sampai, paling last pergi pon masa darjah berapa ntah, aku pon dah lupa. Mula-mula niat nya nak survey tempat je , nak tengok aktiviti and tempat tinggal kat situ. Tup-tup 'ter' masuk gua pulak. Handoi ai, boleh pulok termasuk yer...kikiki. Masuk tu ingat nak jenguk-jenguk tapi segala jenis tangga kitaorang panjat ,ko hambek dengan mak and abah join sekali , perhhh berpeloh. Dengan pakai seluar jeans dengan seliper  nya, abes baju and seluar... haizz. Baru masuk 3 gua, peluh satu badan. Kalo tau nak terus masuk gua baik terus pakai trek suit je. Boleh terus redah semua gua , rugi-rugi.

Tempat cantik, tapi sayang tak berjaga. Hutan pon dah ada yang kena tebang kemudahan pon tak berjaga. Suka tengok tasik dia, cantik-cantik.Tapi nak rasa masuk gua , kira best la gak. Kat sini ada hampir 20 buah gua, setiap gua ada cerita and mitos  dia sendiri.

JOM SKODENG  :)

gambar tak ekot susunan


suka tasik dia ^^



time to masuk gua, fuhh... penat panjat tangge... ^^'

 jambatan dah lubang-lubang... menakotkan

 mak and abah



 bersungguh-sungguh tu...haha


proses panjat-memanjat.... berpeloh...uhhh



p/s- owh ya, tahniah Malaysia menang lagi... Good Job , Malaysia Boleh :)
jom esok tengok bola reramai....