Geng Budak Malas ^^

Thursday, March 6, 2014

Tempat Menarik di Sabah : Pulau Manukan , Pulau Memutik dan Pulau Sapi

Wahhh tengok sibuk-sibuk buat kerja ni cik ezny still berkobar-kobar nak tulis entry walaupun kerja bertimbun-timbun. Hahaha. Tapi what to do kan keinginan cik ezny perlu dipenuhi kalau tak langsung kerja tak jalan. Ok, for this entry cik ezny nak cerita pasal tempat menarik di Pulau Manukan, Pulau Memutik dan Pulau Sapi. Time cik ezny pergi Sabah dulu, kitaorang ambil package ke tiga pulau. And kitaorang pilih tiga pulau yang cik ezny sebut tadi. Kenapa kitaorang pilih pulau ni?? Jawapan dia sebab abang dekat kaunter tu yang suggest kat kitaorang. hahaha.....

Untuk pengetahuan korang yang mencari info untuk ke pulau-pulau ni. Cik ezny cadangkan kalau korang nak beli tiket bot or cari package..... korang usha-usha la dulu. Nanti dah sampai sana  nanti korang janganlah terus beli bila sampai kat kaunter pertama. Korang tanya-tanya harga dulu, pastu tengok kat kaunter lain. Ringan-ringan kanlah mulut korang tanya berapa dorang boleh bagi murah then comparelah dengan kaunter yang lain.

Pulau-pulau ni dia tak jauh dari Kota Kinabalu , nak pergi pulau-pulau ni dalam 20 minit juga rasanya . Jarak antara pulau-pulau ni pun tak jauh juga tapi still kena naik bot . Bila nak pergi sana dorang akan bagi tahu korang bila korang akan pergi dan bila korang akan balik. Tak silap cik ezny kat kaunter nanti dorang akan tanya nak duduk sana sampai pukul berapa. Kitaorang hari itu ambil sampai pukul 5 petang.

Kalau kononnya dorang anta korang dekat Pulau Manukan dulu,  orang bawa bot tu akan bagi tahu dorang ambil baik dalam pukul berapa. Then nanti korang nak mandi ke nak ber snorkeling ke ikut korang la. Tapi kalau da agak-agak masa nak time tu korang bolehlah berhenti mandi then tunggu balik kat jeti tempat dorang anta kita tadi. Kalau boleh janganlah sampai tertinggal bot k.

Satu lagi, tiket yang dorang bagi tu penting tau untuk korang masuk pulau-pulau ni. Sebelum turun dekat pulau-pulau ni dorang check dulu korang punya tiket tengok korang ada tak ambil package pergi pulau tu. Di ingatkan jangan jadi macam kitaorang. Excited sangat naik bot and tambahkan dengan angin atas bot yang menderu dengan zalimnya , adik aku boleh terlepas kertas tiket tu terbang masuk laut. Kau nak kata apa, bapak nervous cik ezny time tu. Nasib baiklah abang tu pusng balik cari tiket kitaorang tu and nasib baik juga kertas tu TIMBUL and jatuh tak jauh sangat. So diingatkan lagi yer all my chingu.... please take care of your ticket....


 OTW ke Pulau....

 Subhanallah...cantinya ciptaan Allah

 bukti tiket jatuh laut, habis basah.... abang tu suruh jemur dulu.....

PULAU MANUKAN DAN MEMUTIK




 tiba-tiba rasa dermawan pula sebab bagi ikan-ikan yang comei-comei tu makan....dermawan?? Apa kaitan ikan dengan dermawan?? Tak ada kaitan.......hahaha

 tengok bapak rakus ikan-ikan ni makan habaq hang...... sebab tu aku kata aku dermawan tadi.....hah!!! dah nampak tak kaitannya?? Tak nampak ea??? Ok...bye


PULAU SAPI
Banyak-banyak pulau ni, cik ezny rasa Pulau Sapi is the best one lah. Terutama kalau korang nak snorkeling . Betul wehh, kalau korang nak snorkeling and nak pilih pulau please pilih pulau ni. Aku merayu kat korang. Ok, poya sikit. Kenapa cik ezny kata best? Sebab kalau korang pergi dua pulau tadi tu, ikan-ikan dia bagaikan perempuan melayu terakhir, sopan-sopan je. Lebih kurang kalau korang datang dekat dia tu macam dapatlah felling dorang tunduk hormat masa dorang berjalan. Tapi kat Pulau Sapi ni, bila korang berenang kat dalam laut ikan-ikan ni kononnya escort korang la. Memang kulit-kulit mati korang tu akan menjadi rebutan..... So jangan terkejut sangat, yang penting memang best.

Yang membuatkan Pulau Sapi ni best sebab kat sini banyak batu karang. Cantik-cantik uolls, iolls tak tipu. Kalaulah korang pergi Pulau Sapi ni kan, bila korang da sampai kat jeti dia korang pergi pantai belah kiri kat situ banyak batu karang....yang belah kanan aku tak try snorkeling so aku tak tau.

And kat sini lebih banyak mat-mat salleh kalau nak di bandingkan dengan dua Pulau sebelum ni. Tapi di ingatkan yer all my chingu yang nak pergi sana, toilet dia sangat-sangat lah tak terurus. Sedih gila bila aku tengok keadaan toilet dia. Balik-balik semenanjung aku report kat website pelancongan Sabah pasal toilet kat Pulau Sapi. Tak taulah dorang ambil tindakkan ke tak, sebab dorang tak balas pun kat aku. So kalau korang pergi Pulau Sapi and tengok toilet dia still teruk, please report kat dorang. Mana tau jeritan iolls ni tak di dengari tapi komen uolls didengari . Mana taukan. Majulah tandas untuk pelancongan negara.....hahaha.

p/s: Alhamdulillah ada yang komen dekat cik ezny mengabarkan berita gembira toilet dekat Pulau Sapi dah bersih...Yeahhh!!( Sambil lompat-lompat) . Barulah semangat cik ezny nak pergi sekali lagi kat sana kan. Tahun ni kan tahun melawat Malaysia, kalau toilet dekat tempat pelancongan macam tu kotor malulah Malaysia kan. Anyways thank you to pihak berkenaan yang mengambil tindakan yang sewajarnya. Majulah tandas untuk pelancongan negara . Hak =P


 Kitaorang mintak abang ni ambilkan gambar tapi aku tak paham betul macam mana dia tangkap boleh pecah rope itu, aku rasa dia tangkap pakai front camera kot..... tak apalah abang, janji abang nak tolong yer...

 dah macam alien pon ada anak orang ni...huhu




Makanan Rohani
Jangan Menderhaka kepada Ibu Bapa

“Keredhaan Allah terletak pada keredhaan bapa dan kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan bapa.” 
(Hadits riwayat At-Tirmidzi) 

“Menyebabkan kedua ibu bapa menangis termasuk di antara perkara derhaka dan dosa-dosa besar.” 
(Hadits riwayat Al-Bukhari dalam Kitab Al-Adab Al-Mufrad) 

“Seorang berbangsa Arab datang kepada Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam lalu berkata: “Wahai Rasulullah apakah dia dosa besar?” Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam menjawab: “Mensyirikkan Allah.” Dia (orang Arab itu) berkata lagi: “Kemudian apa?”, Baginda Shallallahu 'alaihi wasallam menjawab: “Kemudian menderhaka kedua ibu bapa …” 
(Hadits riwayat Al-Bukhari) 

untu baca article penuh : http://en.netlog.com/pureguy63/blog/blogid=2175672

11 comments:

  1. salam.. korg travel sini stay kat mne ye..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ktorng dulu stay dekat KK... sbb pulau-pulau ni x jauh dr KK... tngok link sy bg kat bawh...
      http://ezny-dyana.blogspot.com/2013/06/x-plorer-backpackers-di-kota-kinabalu.html

      tp ni backpackers hostel la.... sesuai untk budget trip tp kalau nak selesa try cari hotel la...
      lagi satu dekat pulau manukan ade resort, bleh je nk stay kat sne..

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Tandas dah ok dah :)

    http://www.published2u.com/2014/05/pulau-sapi-borneosabah.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh yeker.....alhamdulillah, tq bagitahu. =)

      Delete
  4. Berape budget korang g sna?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk ke Pulau, dalam RM100++ , tapi untuk ke Sabah dalam RM 700++ . Tapi tak masuk duit shopping la...hihi

      Delete
  5. Awak..sy tringin nk g sabah.korg amik.package ka g gamble ja? Y mcm kaunter ke pulau tu mmg byk ke? Klau g trus lak.. ok x? Plan nk g bln 8 la.. tringinnyer..

    ReplyDelete
  6. Awak..sy tringin nk g sabah.korg amik.package ka g gamble ja? Y mcm kaunter ke pulau tu mmg byk ke? Klau g trus lak.. ok x? Plan nk g bln 8 la.. tringinnyer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. err, sory for late reply. mesti awk pun dah pergi sabah kan. sy pergi gamble je bukan under pakej. Tapi kami kaji sikit2. Listkan tempat mana nak pergi, berapa ringgit kena bawak. Yup kaunter untuk pergi pulau tu bnyak. pastikan survey dulu. ^^
      Kalau sudi boleh share pngalam awk untuk orang lain baca sekali...

      Delete
  7. Di pulau manukan tu ada chalet ke untuk stay 1 nite?resort ka hotel ke pun bule

    ReplyDelete