Geng Budak Malas ^^

Monday, November 11, 2013

Tempat Menarik di Sabah : Ranau

Assalamualaikum....

Fuhhh...setelah sekian lama dapat juga cik ezny berkongsi pengalaman tempat menarik di Sabah. Oraite guyss , for this entry aku nak kongsi tempat menarik di Ranau yang aku sempat singgah. Kat Ranau aku tak pergi banyak tempat sangat becoznya tak cukup masa sebab hari pun nak gelap dan kami-kami pun sudah kepenatan. Gila tak penat dari Kota Kinabalu pergi ke Kundasang dengan jalan raya yang mencabar tapi jangan risau jalan dia cantik , then round-round tempat menarik di Kundasang. Untuk mengetahui tempat menarik di Kundasang sila tekan sini . Lepas tu baru bergerak ke Ranau yang lebih kurang 30 minit- 45 minit dari Kundasang .

Poring Hot Spring

Kat Poring ini ada kolam air panas. Tempat dia memang sesuai untuk bawa keluarga beriadah, banyak kolam air panas kat situ. Daripada kolam celup kaki hingga kolam celup badan , kiranya macam-macam adalah. Tapi kitaorang tak mandi pon, hohoho. Maleh nak tukar baju , so main celup-celup kaki jele....

tempat meremdam kaki


 ni tempat kolam persendirian, bleh masuk sorang or dua orang je dalam kolam kecik ni. Kat situ ada paip , kalo korang dah siap mandi tu korang buang la air dia.

 ini kolam korang jangan nak gatal-gatal mandi, memang nak cari penyakit namanya. Air kolam ni sangat panas , nak celup tangan pon korang pikir-pikir la dulu ea....


 kolam ni macam swimming pool je, tak silap aku tak panas pun .


 ok tiket ni kalau korang dah pergi Kinabalu Park, pastikan korang jangan hilangkan tiket ni tau becoznya tiket ni boleh juga digunakan untuk masuk dalam Poring ni. 

Ladang Teh Sabah

Korang tau kan teh Sabah? Ladang teh Sabah ni macam ladang teh  kat Cameron Highland la jugak, tapi ladang teh dia tak luas  macam ladang teh Boh tapi pemandangan dia cantik jugak. Kedai jual teh dia lebih best kalau nak nak dibandingan dengan kedai teh kat ladang teh Boh at Cameron Highland becoznya lebih banyak pilihan walaupun kedai dia tak besar mana. Kalau korang tersesat pergi sini juga macam aku, aku recommend korang try coklat teh diaorang. Sedap kot walaupun rasa kelat-kelat sikit, tapi dah datang jauh-jauh cubalah sesuatu yang menarikkan ^^




Tapinya ye pun nak pergi ladang teh Sabah ni memang serius jalan dia felling-felling naik kereta kuda gitu. Jalan dia tak berapa cantik maybe sebab itu bukan under gov, persendirian punya so dorang tak ada bajet nak buat jalan kot. Tak tahu la yer. Tapi pemandangan kat atas tu memang cantik.

Actually ada lagi tempat menarik at Ranau kitaorang tak sempat pergi, insyaAllah jika diberi kesempatan aku ingat nak pergi lagi. Tak puas jalan at Sabah. Yang penting korang atur jadual perjalanan betul-betul okay.

Untuk penginapan di Ranau, kitaorang tidur dekat homestay . Click sini untuk baca homestay di Ranau.

Makanan Rohani
Berdoalah untuk menempatkan kita dalam golongan yang sentiasa bersyukur ......

No comments:

Post a Comment