Geng Budak Malas ^^

Friday, August 15, 2014

Pengalaman Naik Train Dari Jakarta ke Bandung

Assalamualaikum uolls-uolls .....

Oraite dulu Cik Ezny pernah janji nak buat entry pasal pengalaman Cik Ezny naik train dari Jakarta ke Bandung. So hari ni Cik Ezny nak kongsi sikit pengalaman Cik Ezny to those yang mencari tips naik train dari Jakarta - Bandung, to those yang tersesat-sesat terjumpa blog Cik Ezny and to those silent readers yang sangat comel tengah baca blog Cik Ezny ni.

Okay cerita nya konon nyalah kan rombongan kami sepupu-sepupu nak naik train sebabnya nak murah , nak backpackers kan (tangan di bahu mata ke atas) , tapi selepas Cik Ezny kira-kira balik lagi murah kalau terus ambil supir naik kereta kalau pergi ramai-ramai sebab dia terus kira package kan. Tapi ingat yer uolls-uolls semua kalau naik train kalau pergi seorang dua, memang murah. Tapi kalau pergi ramai-ramai better naik van jela. Naik train dari Jakarta ke Bandung memang best. Memang tak menyesal langsung mencuba. 

Train pon not bad, pemandangan pun cantik dan yang paling penting selesa if korang ambil executive seat la. Cik Ezny nasihatkan ambil executive seat jela, tapi tak adalah mahal sangat, tak sampai RM 30 pun. Masa nilah uolls nak jadi orang kaya, hakhakhakhak. Serius tak mahal pun harga tu okay, terutama untuk safety korang. Yelah orang ramai kan, kitaorang hari tu naik train kol 6.30 pagi pun ramai gak orang, bayangkan kalau korang pergi time peak hour..


di kaunter pemeriksaan tiket

sempat lagi berposing tau





ada plug dalam train so kalau nak charge phone bolehla, tapi pastikan korang bawak international adapter plug



Kalau korang bosan-bosan duduk dalam train tu korang boleh jalan-jalan, tapi dekat dalam train tu tak ada tempat menarik pun nak lawat. Kalau nak jalan pergi cafe dorang dekat belakang tu boleh la. Tapi sebenarnya dalam perjalanan ada pelayan datang dekat seat korang untuk tanya korang nak order makanan ke tak. Tapi kitaorang saje nak makan dekat cafe dia, ada meja. Harga makanan dalam train pun tak adalah mahal sangat. Tapi tak adalah murah sangat, harga normal macam dekat cafe biasa. Yang paling penting makanan dekat sini semua sedap.



yang ni sedap. Must try. Atas tu roti, dalam mangkuk tu supdia. So main cicah-cicah kalau nak makan.

nasi goreng ayam pun ada uolls....


kami berlapan meredah Indonesia....yeahhh !!!


Pemandangan Dari Luar

Pemandangan sepanjang perjalanan memang cantik terutama bila train lalu dekat area cerun bukit . Tapi mostly pemandangan pokok padi. Pokok padi ke tu?? Yelah kot, tapi yang paling penting memang cantik. Dari dari sini jugak kita boleh tengah kehidupan seharian warga Indonesia. Tapi kitaorang pergi ke Bandung pagi Jumaat , so boleh nampak budak-budak sekolah nak pergi sekolah . Comei-comei je ^^







Stesen Kereta Api Bandung
Yeah dah sampai. Selepas hampir tiga jam perjalanan akhirnya kami sampai ke Stesen Kereta Api Bandung. Dekat sini toilet dia bersih kot, so kalau nak terkucil dekat sini, silalah membuang dengan selesanya. Dekat sini pun ada kedai grocery , so belilah apa korang nak beli dekat sini yer.


seperti biasa, senyuman lebar Cik Ezny mengambarkan rasa di hati

  bersih dan selesa.

Okay tu jelah sedikit sebanyak pengalaman Cik Ezny naik train dari Jakarta ke Bandung. InsyaAllah kalau ada kesempatan, Cik Ezny cerita tempat-tempat menarik di Bandung pulak. Adiosss.

p/s: Sorry entry pendek je, Cik Ezny just cerita pengalaman je tapi tak isi sekali harga-harga.  Hope entry kali ni membantu kepada yang memerlukan. 

Assalamualaikum ^^

13 comments:

  1. Assalam.saya nak tny.ape tourist attraction yg dkat dgn stesen kereta api jakarta.saya plan utk blik hari from bandung to jakarta by train.mangga dua dkat x.

    tq 4 ur reply

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai...nak tanya,train jakarta tu lokasi jauh dri airport x?

      Delete
    2. Hai...nak tanya,train jakarta tu lokasi jauh dri airport x?

      Delete
  2. assalam,
    dari stasiun jakarta kota-bandung ada ke rute dia? saudari ambil dari stasiun gambir ke?

    ReplyDelete
  3. Camner nak tempah tiket keretapi jakarta bandung? Paling awal pukul berapa?

    ReplyDelete
  4. wahh menarik..kalau kita walk inn pi beli agak2 ada tak tiketnya..jauh tak stesyen ketapi dengan airport

    ReplyDelete
  5. wahh menarik..kalau kita walk inn pi beli agak2 ada tak tiketnya..jauh tak stesyen ketapi dengan airport

    ReplyDelete
  6. Thanks for the info since im looking heading to Bandung on last minute from JKT :D !

    ReplyDelete
  7. Assalam..nak tanya
    Apa hotel paling hampir dgn stesen ketaapi ya?..flight kmi sampai jam 11 mlm d jakarta..esoknya baru nak naik ketaapi ke bandung

    ReplyDelete