Geng Budak Malas ^^

Monday, August 18, 2014

Jamuan Hari Raya

Assalamualaikum uolls...

Rasanya masih tak terlambat Cik Ezny nak ucapkan Selamat Hari Raya....
Alhamdulillah Jamuan Hari Raya di rumah parents Cik Ezny semalam berjalan dengan lancar walaupun sedikit kelam kabut bila orang dah start ramai. Tapi masalah tu biasalah kalau buat jamuan. Okay for this entry Cik Ezny just nak cerita secara ringkas menu Open house kitaorang.
Cik Ezny buat entry pasal jamuan raya ni sebab ada yang search dekat pak cik Google pasal Jamuan Raya keluar blog Cik Ezny kan. So memandangkan Cik Ezny pun baru buat open house harap dapat membantu kepada sesiapa yang mencari apa-apa pasal Jamua Raya atau Open House yer.

Tapi awal-awal Cik Ezny nak mintak maaf sebab tak dapat nak masukkan gambar menu-menu masa Open House. Tak sempat betul. Cik Ezny tak sempat tukar baju lagi , orang dah sampai so agak terkejar-kejar sikit la.

Menu Open house tahun ni

Makanan
- Sup Daging Kambing
- Sup Ayam
- Mee Kuning
- Mee Hoon
- Satay Ayam dan Daging
- Nasi Impit dan kuah kacang
- Lemang
- Rendang Daging
- Roti Jala

Air
- Oren Sunquick
- Air Rozel (tanam sendiri)

Desset 
- Agar-agar sirap
- Cream puff
- Kuih raya
- Candy Corner

Candy Corner
Candy Corner ni konon nya , nak buat kelainan la. Hihihi. Dekat area sini budak-budak memang suka, kejab je dah licin. Rakus betul kanak-kanak ni nampak candy.....ish3  =P

  konon-konon isi cream puff dalam pinggan nak nampak cantik dalam gambar, padahal bukan main banyak my mum oder sampai tak habis . Tapi cream puff orang ni tak berapa mantop la , menyesal beli dekat orang ni =(

Suasana Jamuan Hari Raya


 antara yang hadir





Oklah, setakat ini sahaja entry Cik Ezny . Diharap entry kali ini memberi manfaat kepada yang memerlukan.
Assalamualaikum ^^

No comments:

Post a Comment