Geng Budak Malas ^^

Wednesday, May 23, 2012

Felt Craft Wallet ^^

Halop-halop
hoyeahh, akhirnya siap jugak wallet buatan sendiri walaupon tak cantik sebab tak pandai jahit so jahitan tak berapa nak kemas.... hohoho. Tapi takpelah first try and maybe last.... hahaha . =P
Seharian jugak menghadap benda alah ni, uhhh nampak sangat takde keja nak dibuat kat kolej ni, maklumlah orang tengah cuti tapi tak reti-reti nak balik Pahang nilah padahnya. padahal ujian teori Sijil Rendah Silat Cekak tinggal 3 hari tapi aku tak abes baca lagi ..... erggggg.

Oklah malas cakap banyak jom tengok wallet buruk saya.... =.='

Felt Craft Wallet ^^

bahagian hadapan

bahagian belakang





 Keychain HM (Harimau Malaya)

Buat ni time cuti kat Pahang hari tu, nak buat design lain tapi tak jadi, last-last jadi macam ni. Tak kreatif langsung....huhuhu

HM sentiasa dihati.... chewahh ^^

Monday, May 21, 2012

Ujian Sijil Rendah Silat Cekak

lakonan semula bila terkolok terbang disepak, hoyeahh =P

Alop2.... lamenya lah aku tak update blog. Kesian ini blog bersepah-sepah dah, tuan dia budak ezny malas nak kemas....hohoho.
Nak cerita aku kan dah tamat belajar Silat Cekak, so aku pon join la Ujian Sijil Rendah . Ujian praktikalnya semalam 20 hari bulan 5 , ujian teori 26 nanti . Untuk ujian praktikal ni, tak silap aku kitaorang punya training 3 bulan setiap hari rabu and jumaat. Tapi memandangkan aku ada kelas + assignment+  kekadang malas datang so ada kelas yang aku tak dapat join.

Ujian Sijil Rendah ada kat tiga tempat , aku amek kat Negeri Sembilan, tak silap aku ada 5 or 6 negeri yang join sekali. Jumlah perserta 117 orang dan tester 100 berapa ntah aku pon dah lupe. Memang penuh la orang kat Rumah Cawangan Negeri Sembilan semalam, meriah dengan orang =) . seronok2 ^^

Tapi yang tak berapa seronoknya, time kena test tu aku tak sempat amek kaedah sebab nervous sangat . So dengan jayanya aku tersungkur sebab tester sepak kepala aku . Biol sekejap, adehhhh =.=". (sila tengok lakonan semula di atas)

Pepon aku rasa aku boleh buat lagi baik lagi, tapi nak buat macam mana tak ada rezeki. Time aku tengok kawan-kawan aku kena uji, ada yang kena lipat lagi terok dari aku tapi dorang amek steady je. Jeles2.....
Pepon aku tak menyesal amek ujian sijil rendah ni walaupon dapat "hadiah" daripada tester...hohoho , sebab masa nilah kita dapat tahu kemampuan kita praktikkan apa yang aku belajar selama ni...
Alhamdulillah semua dah selesai, tinggal nak amek ujian teori je ni. Wish me luck k ^^



 calon-calon dari negeri sembilan, mesti rindu gila nak berlatih gan dorang . Tahniah pada semua yang berjaya sampai ke tahap ni ^^