Geng Budak Malas ^^

Saturday, September 20, 2014

Pengalaman di Pulau Perhentian Kecil

Assalamualaikum......
Alohaa , Annyeong abry bady....

Memandangkan tahun ni merupakan Tahun Melawat Malaysia , sebagai rakyat Malasia yang perihatin lagi berdedikasi Cik Ezny dengan semangat nak sokong kampen. So bermulalah pencarian apa yang best dekat Malaysia ni. So iolls prefer nak pergi pulau. Rindu nak bersnorkelling dah membuak-buak dah tak boleh nak tahan selepas bersnorkelling dengan ikan yang tomei-tomei angat masa dekat Sabah tahun lepas. ( Tempat Menarik Di Sabah: Pulau Manukan , Pulau Memutik dan Pulau Sapi  )

Cari punya cari, kaji punya kaji. Cik Ezny and my sis dengan sebulat suara memilih Pulau Perhentian. Yeahhh!!! Kenapa Pulau Perhentian?? Okay Cik Ezny bagitahu sikit . 

Pulau Perhentian terbahagi kepada dua , Pulau Perhentian Kecil dan Pulau Perhentian besar. Pulau Perhentian besar ni dah nama besar so dia punya Hotel and Resort dekat situ banyak la yang besar-besar. Orang kata dekat Perhentian Besar hotel mahal sikit. Dekat Pulau Perhentian kecil pulak, resort dia kecik -kecik je. So jangan nak cari la hotel 6 bintang dekat situ. Aku lempang kang. Memang tak jumpa la kat situ. Tapi yer kawan-kawan Pulau Perhentian lagi cantik berbanding Pulau Perhentian Besar. 


Korang tahu tak Pulau Perhentian kecil tersenarai dalam top 50 beaches in the world?? And Pulau Perhentian Kecil dalam No 13 (tangan di dada sambil tarik nafas panjang-panjang. Terkejut mak). Wahh!!! hebat gila. Bangga jap, kalah kan Bali lagi tau.


Okay itu sedikit sebanyak cerita pasal Pulau Perhentian. Nak tahu lebih pasal sejarah ke apa korang pergi cari dekat Uncle Google.

Back to my story. Actually sebab masalah teknikal  (ahhh, malas cerita. Nanti sakit hati!) so kitaorang lambat nak book bilik dekat Pulau. Memandangkan waktu kitaorang nak pergi time cuti sekolah, Cik Ezny try book dua minggu awal pun bilik dah habis okay. So untuk peringatan yer uolls pastikan book sebulan atau lagi awal terutama kalau pergi masa cuti sekolah. Walaupun tak tidur sana kitaorang gigih pergi jugak , tapi join Day Trip punya pakej. Tidur dekat Villa Anggerik Resort berhampiran dengan Jeti untuk dua malam. 10 minit naik kereta dari Resort ke Jeti Kuala Besut.

Untuk Day Trip kitaorang kena bayar RM110 seorang. Harga termasuk tiket bot return RM70 dengan Pakej Snorkelling RM45 untuk 6 tempat. Dorang bagi diskaun RM 5. Kalau nak pakej makan sekali tambah lagi RM15. Tapi Cik Ezny rasa better korang tidur sana kot kalau nak pergi Pulau Perhentian paling kurang pun 1 malam. Kalau nak best ambil 2 malam la. Baru puas kan terutama kalau korang dari jauh. Cik Ezny tak recommend Day Trip sebab nanti korang akan terkejar-kejar sebab banyak tempat korang nak snorkelling. Takut tak sempat nak pergi semua.

So moral of the story , rancang pejalanan anda baik-baik okay. Jangan jadi macam kitaorang berlima ni.

tiket bot return




Jeti Kuala Besut. If uolls nak pergi Pulau Perhentian korang kena naik dari jeti ni

kitaorang ambil pakej dari agent ni . Jangan malu jangan segan call la dorang kalau nak tanya pasal pakej untuk ke Pulau Perhentian Kecil atau Perhentian Besar.

Sementara tunggu bot , iolls selfie dulu with my selfie partner.

10 minit menunggu, kita selfie dulu

30 minit menunggu, okayyy takpe....kita selfie dulu . (again??)



Jangan lupa asing RM5 seorang untuk bayar caj pemulihan untuk ke Pulau Perhentian. Maklumlah kita nak masuk Taman Air Malaysia kan.

Okay ready nak pergi pulau??? JOM!!!!


Yeahhh, boat dah sampai. ekkk, "baik-baik jatuh karang "kata abang berbaju hitam. Dengan sopan aku menjawab , "baik bang."

Dalam boat jumpa kawan baru. Dari China, tapi dia stay dekat Pulau Perhentian Besar. Gila bersemangat aku bercerita sampai berkepak-kepak tangan. Ezny malu sikit.... tutup sikit tangan tu.

Yeahhh... dah sampai Pulau Perhentian Kecil. Muka manyak suka yerr

Memandangkan kitaorang pergi Day Trip je, so ni jela kitaorang bawak. Siap dari resort pakai baju nak buat mandi je terus.   Tak bawak beg tarik-tarik macam dorang-dorang. *jeles*
Balik pun pakai baju sama gara-gara tak sempat nak tukar baju sebab takut tertinggal boat. Orang balik pakai baju lawa-lawa je, kitaorang balik pakai baju basah. Huh, sadis gila.


welcome to Pulau Perhentian kekawan 

Dekat sana kitaorang dibawa ke enam tempat untuk Snorkelling. Antara point yang kitaorang pergi Turtle Island, Turtle Point , Shark Point, Romatic Beach , Light House , yang lain lupa lah. hohoho. Okay gila best dapat lepaskan rindu Snorkelling okay. Bila masuk je kepala dalam laut rasa macam nak nages sebab terharu sangat. * okay itu over*. 

senyum sikit


At Turtle Island





 errrrrr....sejuk



okay terus jadi kanak-kanak Ribena korang yer. Ni dekat Romantic Beach . Dekat sini cantik sebab pasir dia warna putih.



Wahai rakyat-rakyat jelata, datangla kepadaku...

Ikan-ikan yang tomei-tomei.


Lighthouse Tower (Ehsan Uncle Google)
Masa pergi Lighthouse Point ni, dah lewat dah. So terkejar-kejar sikit, tu yang tak sempat ambil gambar. Ingatkan nak try lompat dari tower tu. Tapi ramai sangat orang beratur time tu so malas la lagi pun masa dah tak sempat. Takut tertinggal boat nak balik Kuala Besut semula. Dekat sini serius cantik okay coral dia. Ikan pun banyak. Memang best sangat , tapi kejap je dekat sini ='(


Bye-bye Perhentian. Pergi pakai baju ni, balik pun pakai baju ni.

 hala pergi sopan je orang bawak boat tu bawa boat, tapi hala ke balik. Ko hambek tak melompat-lompat dalam boat tu. Boleh terkehel pinggang dibuatnya. Gila extreme . Tapi memang best tetiba teringat pengalaman naik roller coaster dekat USS.



Pengalaman yang memang tak dapat lupa bila dapat pegang penyu and berenang sekali. Time tu rasa Ya Allah best gila bila dapat tengok dari dekat macam tu. Lagi best dapat ubat rindu tengok kehidupan dalam laut dengan macam-macam bentuk batu karang, macam-macam jenis ikan yang comel-comel sangat and dengan binatang-binatang lain yang tak pernah jumpa sebelum ni. 

Dulu masa pergi Snorkelling dekat Sabah at Pulau Manukan, Pulau Memutik dengan Pulau Sapi aku Snorkelling dekat dengan pantai tapi still cantik walaupun tak dalam. Tapi dekat Pulau Perhentian , dorang akan bawa kita naik boat ke setiap point. Dalam-dalam air dia okay, kira Snorkelling dekat laut dah. 

Cuma sedih sikit sebab tak dapat jumpa shark . Dorang kata sebab shark lari kat laut, dah dua minggu dah tak ada. Mungkin tak ada rezeki.  Yang tak sangka boleh pulak terserempak dengan kawan sekolah rendah sebelum bertolak ke pulau , masa dah habis snorkelling balik ke Jeti Kuala Besut terserempak dengan kawan kolej pulak. Hahaha. Cam kelakar je.

Hanya untuk peringatan, dekat pulau makanan mahal sikit. Tapi actually tak adalah mahal sangat. Uolls patut paham jela bukan senang dorang nak bawa bahan mentah pergi pulau tu kan, naik boat bagai. Jangan lupa pakai sunblock yer. Cik Ezny harus pakai sebab majlis convo nak dekat. Tak nak la gamba convo hitam berkilat je kan. Tau mau tak mau.

Arggg, gambar underwater tak cuci-cuci lagi so tak boleh la nak share dekat sini. 

Sebelum ni Cik Ezny pasang niat, satu tahun akan pergi paling kurang satu negara. Alhamdulillah setakat ni, niat Cik Ezny tercapai. Tapi bila fikir-fikir balik. Malaysia banyak tempat best kot. Malaysia tak habis pusing lagi ni, banyak lagi pulau belum teroka. Mira!!! Nuna!! Lepas ni Redang pulak okay !!! Hihihi

Tak banyak benda yang dikongsi tapi harap dapat membantu dan memberi manfaat kepada yang memerlukan.
Okay Bye . Assalamualaikum



7 comments:

  1. best laaaa...dh lama teringin nak gi pulau perhentian..berapa belanja semua?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang best!!
      Untuk belanja pakej Day Trip RM110 + penginapan RM100 (seorang) + makan and transport RM100
      So total RM300++ (seorang)

      tapi kalau ambil pakej 3 ari 2 malam , standard harga memang RM300++. Kalau pandai cari boleh dapat RM200++ untuk 3 ari 2 mlm .

      Harap membantu ^^

      Delete
  2. Replies
    1. pernah tngok tempat ni ke , pernah tengok saya?? huhu

      Delete
  3. klu yg xtaw berenang cmne huhu...dlu snorkeling pn failed hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun tak pndai berenang. kena pkai life jacket baru boleh terapung... huhu. kena confident sis. kalau taku-taku nanti kita cemas dalam air tu terutama kalau laut dalam ^^

      Delete
  4. Terima kasih atas info yang sangat berguna. Jika anda berminat untuk mendapatkan pakej cuti bajet ke Pulau Perhentian serendah RM310, layari laman web kami (www.ohtravel.my) untuk maklumat lanjut. Terima kasih!

    ReplyDelete