Geng Budak Malas ^^

Saturday, April 28, 2012

Avengers best ^^


halop-halop....
hayakkk, lama dah tak tengok wayang rasa nya akibat kekangan masa and ketiadaan mood +++ tak ada cerita yang menarik minat. Tadi lepas pergi latihan kemahiran cekak, dorang-dorang ajak tengok Avengers. Perhhhh, best kot. Cerita 2 jam setengah tu tak boring langsung, dorang lawan je dari mula sampai habis and dorang masukkan lawak-lawak sikit. Serious smartt  !!!!. Tadi hall penuh , so kitaorng kena dok second line, adehhh sakit tengkok den. Nasib baik cerita bestt. Kalau ada ceramah agama , puas nak penuhkan dewan macam tu. ish3. Pepon kalau korang boring tak tau nak tengok cerita apa kat wayang aku rasa korang tengok jela citer ni. Sekian terima kasih....

Kalau yang tak tahu cerita ni pasal apa, mehh aku cerita cikit. Dorang kate cerita ni diadaptasikan (cam ni ek eja dia???)  dari komik . Sebab konon nya bumi nak kena serang so , agen-agen sulit ni pergi kumpulkan super hero nak selamatkan bumi. Bila alien datang, apa lagi dorang pon lawan-lawan la, alaaa macam citer  omputih yang korang selalu tengok tulah. Lepas lawan-lawan pastu hero menang,kite pon gembira sambil nanges-nanges sebab bumi dah selamat . Sambil buat muka tak sangka, sambil cakap "WHAT DA FISHHH, BAPAK TERER DORANG!!!!!"

Pepon Hulk sangat comelll, rasa nak main set-set tom-tom je gan dia sebab dia banyak buat lawak sampai aku gelak dalam hall tu macam kat rumah sendiri sambil bersila atas kerusi dan ditemani oleh popcorn ditangan. Hohoho, puas hati aku. Cerita ni aku bagi 9 dari 10 , hoyeahhh susah nak dapat markah tinggi dari aku ni, tahniah-tahniah . 

Oklah itu jer kot aku nak kongsi, hari isnin depan aku ader exam. Doakan aku dapat jawab dengan mudah yer korang-korang.... amennn.

USAHA + DOA + TAWAKAL=
 INSYAALLAH AKAN BERJAYA


Wednesday, April 25, 2012

Majlis Merisik



Alhamdulillah, sabtu lepas selamat sudah majlis merisik kakak ku 21/4/2012 , satu lagi tarikh bersejarah dalam hidup my sis. Majlis nya simple je, lagipon tak dirancang tapi alhamdulillah semua berjalan lancar.  Just want to wish semoga ke jinjang pelamin and berbahagia selalu la yer ^^ .

Pic- Pic








Tuesday, April 24, 2012

Bantal Homemade - Happy Besday Yuyah ^^



Wahhhhh, still at Pahang. Esok pagi-pagi sudah mau berangkat balik kolej. Semua jadi tak dirancang , benda yang dah rancang lama tapi tak dapat join. Rancangan awal nya sabtu minggu lepas aku nak join daki bukit broga sama-sama kawan kelab Silat Cekak and PMI , tapi kena batalkan sebab ada kelas ganti so rasa sayang pulak tak pergi maklumlah orang nak exam...huhuhu. tapi petang jumaat tu abah aka my father kol soh balik Pahang sebab ada rombongan merisik my sis hari Sabtu . Tahniah kakak , tak lama nanti nak kawen da kakak koi yang sorang ni. Majlis merisik buat kecil-kecilan je, next entry kot baru aku citerrr...

Fuhhhh..... bapak panjang mukadimah. Back to the tajuk pleazeeee!!!! Ok, semalam besday adik aku paling bongsu, Noranis Sofea Putri , 13 tahun dah yuyah yer. Cepat nya masa berlalu tak sedar pon. So nini nak wish sekali lagi Hapy Besday to you . May Allah bless you. Rajin belajar jangan malas-malas, kurangkan layan kpop tu. Tahun ni nini and nuna mampu bagi bantal jela, buat dalam hanya berapa jam kot. Perhhhh, hebat tak kitaorang....hohoho. Jaga bantal tu leklok k. Hapy Besday again ^^ . Sila tengok diatas nak tengok gambar bantal...sekian terima kasih =P


Thursday, April 19, 2012

Inginku Mendekati Mu


Assalamualaikum.
Kehadapan sahabat-sahabat Legenda sekalian yang terbaca blog saya. Saya ingin menjemput sahabat-sahabat sekalian men'join'kan diri sahabat-sahabat ke ceramah anjuran PMI yang bertajuk "Inginku Mendekati Mu". Butiran-butiran nya seperti dibawah
Tajuk : InginKu Menghampiri Mu
Masa: 8.00 pm (ketibaan tetamu), 8.30 pm - 10.30 pm
Tempat : DKA2/1
Speaker : Ust Mohd Fauzan Mazlan
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
CUTTTT!!!!!!
cettttt, yang kat atas tu konon-konon bagi korang surat jemputan la konon nya, huhuhu.
Hari ni ada ceramah dekat DKA2/1 pukul 8.30 pm, korang semua dijemput hadir memeriahkan suasana, men'support' program PMI and yang paling penting korang dapat tambah ilmu kekorang. Wahhhh dah macam 3 in 1 dah kalau korang datang , korang patot berbangga mehhh. Ok seriously , kalau tak datang sebab orang lain pon at least datang la untuk diri sendiri . Kita dok kat Legenda ni dah la jarang buat pahala, ada peluang ni apakah salahnya kita rebutkan. Tak ambil banyak pon ambil la sikit pengajaran tu kan. ...... PERHHHH , ayat macam orang good-good je kan, huhuhu. So , silahlah vote saya untuk "Wakil Pelajar" untuk tahun hadapan yer =.=" .


Kelebihan Menuntut Ilmu 

Sabda Rasulullah SAW , "Barang siapa yang mengambil satu jalan dan jalan itu niat mencari ilmu. maka Allah taala permudah baginya untuk ke syurga"

Nabi bersabda lagi " Dan sesungguhnya (lafaz taukid) para malaikat sesungguhnya mereka melebarkan sayap mereka kepada penuntut ilmu kerana redha dengan perbuatan nya"

Telah berkata Al-Fakih Abu Laits As-Samarqandi di dalam kitab Tanbihul Ghafilin: "Barang siapa datang kepada orang alim lalu hadir dalam majlisnya serta tidak mampu mengiganti atau menghafal peljaran tersebut maka baginya 7 macam kemuliaan"

* peringatan untuk diri sendiri sebenarnya ^^

Pepon, Jom pergi reramai ok =)

Monday, April 16, 2012

My first doodle pakai photoshop.... hoyeahh


pon..pon...pon
today no class, so aku dengan jaya nya membuang masa dengan melakukan perkara-perkara yang tak berfaedah padahal final exam lagi 2 minggu....hurmm.
AHHHH..... semua tu letak tepi dulu, saya Nor Izni Diyana berjanji saya akan belajar dengan rajin pada esok hari...hehehe. LOL

Hari ni aku mencuba jaya membuat doodle pakai photoshop....hehe. Sila la tengok mahkluk kat atas tu yer. (idong kembang kempis).Yela-yela tau la tak cantik tapi oklah tu kan. ( muke terasa ati sebab korang kata tak comel).....hehe. Pening la nak belajar pakai photoshop ni...aishhhh
Takpe-takpe next time cube la...hoyeahhh ^^

Hurm, hari ni aku aku dikhabar cerita yang agak tidak sedap didengar. Sedih rasa nya bila tau hal yang sebenar.... halal haram, dosa pahala orang dah tak pandang dah yer sekarang ni, janji hati happy.

"Ya Allah aku memohon kepadaMu peliharalah diri ini daripada melakukan perkara-perkara yang melalaikan yang membawa kemungkaran Mu" Aminnn

Sunday, April 15, 2012

My new Spek- Haroro Style

Hoyeahhh....
Semenjak dua menjak ni, tak ada apa sangat nak diupdate,buat benda sama je hari-hari. Tak ada benda menarik nak dikongsi.... Tapi hari ni aku nak bagitau, aku baru beli spek a.k.a cermin mata baru. kikiki. Ko hambek yang besar punya, konon nya berstyle sangat la kan. Tapi bila nak pakai malu, cettt gediksss !!!
Bila aku pakai spek tu, ada sorang abang ni tegor aku, "kenapa nini beli spek macam ni?? dah macam cikgu zaman dulu-dulu je" .
hahahaha (=_=") , hanya mampu buat muka poker face . Tapi ada aku kisah pulak ek , janji sama gan spek Haha (budak tua yang comel)  kan. Aku pakai pon time kat rumah je, pakai kat luar pon kalo mata dah penat pakai contact lens je. Tapi sebenar nya agak pelik la gak....hohoho

HARORO STYLE 


 with haha oppa...hehe ^^



Friday, April 6, 2012

Akhir nya....hohoho

AWAS: terdapat gambar saya tengah gedik, jangan tengok kalau tak nak sakit mata, sekian terima kasih 

hehehe, hari ni ada sedikit rasa hapy, because nye hari ini aku nak balik Pahang. Hoyeahhh (senyum sampai nampak gigi =D)
Lama dah rasa nya tak balik rumah nak dekat sebulan lebih kot, nak buat macam mana masa tidak mengizikan balik sekerap dulu.Sorry mak ;( . Memandangkan semua assignment berjaya dihantar dengan jayanya maka dengan ini aku ingin mengumumkan aku telah bebas ....hokhokhok. Tapi ada exam lagi so jangan nak happy2 sangat la ezny oitttt!!!!
Owh yea minggu lepas kelab harimau malaya ada buat kem orentasi siri 6, tak de masa nak update . Maybe lepas balik cuti dari Pahang aku baru update kot, tengok mood dulu.
Mana pulak dak nuna ni, den tak sabo-sabo nak balik dia tak muncul-muncul pulak ni hayakk. Meng update blog sementara menunggu nuna sampai.

LAYAN JELEEE

 amek gambar dulu sementara tunggu nuna yang tak sampai-sampai lagi ni, kasi kepala sengit kiri

 try kepala sengit kanan pulak

 boring lah amek gambar sengit2 kepala

hate me??? talk to my hand


yeahhh.... nuna dah sampai !!!!! den balik dulu yer.... bye2 ^^