Geng Budak Malas ^^

Showing posts with label movie. Show all posts
Showing posts with label movie. Show all posts

Saturday, April 28, 2012

Avengers best ^^


halop-halop....
hayakkk, lama dah tak tengok wayang rasa nya akibat kekangan masa and ketiadaan mood +++ tak ada cerita yang menarik minat. Tadi lepas pergi latihan kemahiran cekak, dorang-dorang ajak tengok Avengers. Perhhhh, best kot. Cerita 2 jam setengah tu tak boring langsung, dorang lawan je dari mula sampai habis and dorang masukkan lawak-lawak sikit. Serious smartt  !!!!. Tadi hall penuh , so kitaorng kena dok second line, adehhh sakit tengkok den. Nasib baik cerita bestt. Kalau ada ceramah agama , puas nak penuhkan dewan macam tu. ish3. Pepon kalau korang boring tak tau nak tengok cerita apa kat wayang aku rasa korang tengok jela citer ni. Sekian terima kasih....

Kalau yang tak tahu cerita ni pasal apa, mehh aku cerita cikit. Dorang kate cerita ni diadaptasikan (cam ni ek eja dia???)  dari komik . Sebab konon nya bumi nak kena serang so , agen-agen sulit ni pergi kumpulkan super hero nak selamatkan bumi. Bila alien datang, apa lagi dorang pon lawan-lawan la, alaaa macam citer  omputih yang korang selalu tengok tulah. Lepas lawan-lawan pastu hero menang,kite pon gembira sambil nanges-nanges sebab bumi dah selamat . Sambil buat muka tak sangka, sambil cakap "WHAT DA FISHHH, BAPAK TERER DORANG!!!!!"

Pepon Hulk sangat comelll, rasa nak main set-set tom-tom je gan dia sebab dia banyak buat lawak sampai aku gelak dalam hall tu macam kat rumah sendiri sambil bersila atas kerusi dan ditemani oleh popcorn ditangan. Hohoho, puas hati aku. Cerita ni aku bagi 9 dari 10 , hoyeahhh susah nak dapat markah tinggi dari aku ni, tahniah-tahniah . 

Oklah itu jer kot aku nak kongsi, hari isnin depan aku ader exam. Doakan aku dapat jawab dengan mudah yer korang-korang.... amennn.

USAHA + DOA + TAWAKAL=
 INSYAALLAH AKAN BERJAYA


Thursday, December 8, 2011

With mereka-mereka

hoohayoo ...
cerita lama, tapi mau cerita jugak sama kau2, awak2 dan kamu2 yang comei2 dan kacak bergaya yang sudi singgah sambil makan megi di blog saya  ni... ermmm

ok, stop mempoyokan diri. Wehh korang dah tengok Ombak Rindu yang meletop-letop tu tak?? dengar kata kutipan dah 5 juta... ish3 berlambak-lambak duit ni, kalo tukar duit syiling 1 sen ni, best buat berenang ni. huhu. Nak cerita kat korang , jumaat lepas 2/12/11 aku dengan semangat separuh berkobar-kobar nak tengok cerita Ombak Rindu ni, tapi apakah daya full la pulok. Nak wat cam gone kan, so hari tu kami-kami tengok cerita "Aku Bukan Tomboy" and "Misteri Jalan Lama".

Aku Bukan Tomboy
hurmm, this cerita boleh tahan la, boleh dikatakan lawak and boleh hilangkan tension. Terutama ada 'baby burn' macam superman tak jadi tu, tapi comei la jugak. Pelakon pon ok. Aku bagi 3.5/5  kot for this movie. Tahniah kat shamsul yer... lain kali wat cerita yang lagi best.

Misteri Jalan Lama
hurm...hurmm...hurmmm, apa nak komen this cerita yer. Serious awal-awal cerita aku tak faham langsung cerita ni cerita pasal apa, boring kot. Ada sedikit pembaziran duit di situ sana sini, walaupon hans isaac muncul dalam screen tu tapi hati den tak berapa boleh sejuk sangat tengok jalan cerita dia. Tapi dah lama-lama tengok baru la faham cerita tu pasal apa, cerita fantasi rupa nya. Barulah rasa berbaloi beli tiket bila dah belakang-belakang tu kan. Good work dari afdlin shauki , tapi awal-awal tu yang spoil sikit.

KENANGAN
Memandangkan aku nak mendelete-delete pic yang bersepah-sepah dalam laptop ni, so aku kenalah menyemakkan blog ni dengan gambar-gambar kenagan kami-kami time tu.... oklah korang-korang nak tengok silakan kalau tak nak.... korang pejam mata ketat-ketat k ^^





Sunday, September 25, 2011

Bini-Biniku Gangster




korang dah tengok belom???
saje nak citer, aku dah tengok... yela2 tau lah aku tengok lambat kan, ada aku kisah. Aku nak cerita gak, yang belum tengok meh datang dekat cikit aku nak cerita cikit.... hoyeahh ^^

Cerita ni pasal loving husband and wife , herry and Manja lakonan Shaheizy Sam and Yana Samsudin. Then sebab dorang di tak dikurniakan anak, Manja pergi melamar Reena lakonan Intan Ladyana setiausaha Herry. Pergaduhan antara Manja dan Reena bermula apabila Manja sudah mengetahui Reena adalah musuhnya. Kalau korang nak tahu lebih lanjut, korang tengok sendiri ok.Ending dia agak mengejutkan... jeng jeng jeng.hehe

Yang belom tengok, korang pergilah tengok kalau ada masa. Agak seronok, cerita ni memang lawak kot. Then adalah pengajaran dorang selit-selit kan sikit terutama pasal poligami. Kalau korang nak tengok perempuan bergaduh, nilah masa . Banyak-banyak watak aku paling suka Yana Samsudin punya watak, dalam ganas-ganas tu menjadi gak watak cute dia.For this movie aku bagi 8/10 .
so, jom support our local movie . Mungkinkah cerita ni pon akan meletop macam cerita Sam yang lain dipawagam???..... tungguuuu~~