Geng Budak Malas ^^

Monday, September 23, 2013

Gorek Bay , Mersing

Assalamualaikum.....

Alhamdulillah setelah sekian lama keluarga MSD (Muhammed Said Dolah- arwah aki I ) nak buat hari keluarga akhirnya jadi walaupun tak semua dapat join sebab ada hal dan tanggungjawab yang lagi penting. Tapi tak apalah janji program jalan dengan jayanya. Kitaorang tidur kat sana hari tu 3 hari 2 malam. Kitaorang amek 12 bilik.

Honestly bila my mom kata nak buat dekat Teluk Gorek kat Mersing, aku macam risau gak okay ke tak tempat dia, tempat tidur okay ke, pantai dia cantik ke. Yelahkan kitaorang tak pernah pergi sana , karang buatnya tempat tak okay haru pula jadinya kan. Tapi Alhamdulillah Gorek Bay Resort ni okay, pantai cantik, bilik pun selesa berpatutan dengan harga RM 100 satu malam tu.

Pada korang-korang yang nak bercuti dengan keluarga atau nak buat family day, aku rasa tempat ni memang sesuai. Sebabnya kat sini korang bebas nak masak sendiri , barulah ada felling picnic tu kan. Pantai dia tak dalam sangat sebab dia teluk so memang kena berjalan jauh la kalau nak pergi tempat dalam tu, tu pun takat pinggang je. Memang sesuai untuk bawa budak, so mak ayah tak payah risau anak pergi tempat dalam sebab pantai dia memang tak dalam. Tapi pagi-pagi air dia pasang pulak, dekat gigi air je pun dah sampai pinggang, so budak-budak remaja macam I ni suka lah berendam time ni. Barulah best....huhuhu. Kat sini kalau uolls nak buat hari keluarga and nak buat aktiviti sukaneka memang ada tempat, so jangan risau okay.

Okaylah jom tengok gambar....

PERHATIAN: Entry kali ini mengandungi gambar yang bersepah-sepah, malas nak susun......sekian terima kasih

GOREK BAY RESORT
BILIK



RANDOM



antara keluarga yang join


suka Suki kena dukung di aunty bonda dia....







siap bawa basikal dari Temerloh lagi...terbaik ^^

















p/s: sedekahkan al-fatihah untuk aki saya Muhammed Said bin Dolah. Semoga rohnya ditempatkan bersama-sama orang yang beriman....ameen

No comments:

Post a Comment