BLOG- TEKAN SINI
KG TELONG JALAN TOK BALI 16310 BACHOK KELANTAN
Assalamualaikum.
Untuk entry kali ni Cik Ezny nak Review Permai Resort & Rest House di Tok Bali , Kelantan.
Cik Ezny pergi sini dengan my sis, Intan . Sebab dia nak ambil result ke apa ntah dekat politeknik Kok Lanas. So Cik Ezny as a good sister kenalah teman dia pergi ke Kelantan dari Temerloh. Drive jauh-jauh takkan nak terus balikkan, so we decide nak tidur dekat hotel or resort dekat dengan pantai. Intan cadangkan pergi Tok Bali. I on jelah, manalah tau jalan Kelantan sangat.
Oleh sebab bulan September kami nak pergi Sabah pulak. So kitaorang cari hotel murah-murah jelah area Tok Bali tu. Cari punya cari punya cari. Kitaorang buat survey dekat 5 hotel and resort area Tok Bali . Maklumlah nak cari yang murah tapi selesa. Tak pernah-pernah aku survey hotel banyak gitu. Survey kitaorang bukan pakai internet tau. Kitaorang walkin je...... fuhhh semangat betul weolls. Yelah search hotel murah di Tok Bali tak banyak sangat list dia , so nak taknak kena jelah walkin. Sebenarnya, banyak je hotel and resort area2 situ. Tapi yelah kitaorang nak cari hotel murah dekat dengan pantai kan , tu yang gigih sikit.
Orait, macam panjang pulak intro dia. Layan gambar Jom ^^
Bilik kitaorang ambil ni RM80 lebih . Agak kecik sebenarnya, tapi okay je for that price kot. Orang dekat kaunter pun dah bagitau bilik tu kecik sikit, dia suggest ambil bilik besar sikit bagi selesa tapi area belakang sikit, tak belakang manapun sebenarnya....huhuhu. Tapi kitaorang taknak sebab bilik yang kitaorang duduk ni dekat bahagian depan. So rasa cam selamat sikit, kitaorang pergi berdua je perempuan. So keselamatan perlu diutamakan walaupun tempat tu memang selamat pun.
GAMBAR
senarai harga bilik
dekat kaunter
dewan makan
bilik kitaorang B4
BILIK
PANTAI DI PERMAI RESORT & REST HOUSE
PANTAI BERHAMPIRAN (LUAR DARI KAWASAN RESORT)
Setakat ini sahaja perkongsian Cik Ezny kali ini. Harap entry ni memberi manfaat kepada yang memerlukan . ^^
Hotel murah di Tok Bali
Resort murah di Tok Bali
Menarik di Kelantan
Menarik di Tok Bali
SELFIE AND WEFIE
(yang ni tak tengok pun takpe..... just kami2 shj)
No comments:
Post a Comment