Geng Budak Malas ^^

Showing posts with label wataniah. Show all posts
Showing posts with label wataniah. Show all posts

Wednesday, May 23, 2012

Felt Craft Wallet ^^

Halop-halop
hoyeahh, akhirnya siap jugak wallet buatan sendiri walaupon tak cantik sebab tak pandai jahit so jahitan tak berapa nak kemas.... hohoho. Tapi takpelah first try and maybe last.... hahaha . =P
Seharian jugak menghadap benda alah ni, uhhh nampak sangat takde keja nak dibuat kat kolej ni, maklumlah orang tengah cuti tapi tak reti-reti nak balik Pahang nilah padahnya. padahal ujian teori Sijil Rendah Silat Cekak tinggal 3 hari tapi aku tak abes baca lagi ..... erggggg.

Oklah malas cakap banyak jom tengok wallet buruk saya.... =.='

Felt Craft Wallet ^^

bahagian hadapan

bahagian belakang





 Keychain HM (Harimau Malaya)

Buat ni time cuti kat Pahang hari tu, nak buat design lain tapi tak jadi, last-last jadi macam ni. Tak kreatif langsung....huhuhu

HM sentiasa dihati.... chewahh ^^

Monday, February 27, 2012

Latihan Tempatan 12/2/1012

Halopp, lama dah tak update. Tak ada mood meh , sob-sob rasa macam mau nanges Management Accounting susah kot,  pening nak faham . Ni masalah aku ke, masalah lecture ke or masalah orang yang cipta subject Management Accounting ni???hayaakkk =.=' Aku rasa yang ketiga tu betoi. Siapa lah orang tu yer. Hurmmm, menyusahkan aku jer. Cuba lah ajar aku ABC ke, 1+1 ke , senang sikit aku nak belajar sambil tidor berdengkur-dengkur.e dengki tak bagi aku depat A. Takpelah tu bak kata pepatah orang dolu-dolu izni diyana tidak pernah mengalah sebelum memcuba....yeahhhh, mau poyo jap.hehehe. Aku bising kat sini pon bukan dapat apa pon, pergi belajar rerajin baru lah senang subject tu an..an..an..ann.

Oklah, sebelum aku mengarut-ngarut lagi aku nak cerita kat korang aku pergi latihan tempatan minggu ni , heaaa...HEAAA...HEAAAA muka dah itam hoooyeeeaaa!!!!! walaupun aku tahu takde siape yang baca blog ni tapi aku nak cerita gak, nak buat konon-konon aku ni hot+ meletop+ femes memes= aku perasan, hohohoho (gelak ala-ala chin chan time nak mintak penampor). Minggu ini latihan kat kem tu berkawad je dari pagi sampai ke petang tekak pon dah sakit dah jerit 'kiri kanan kiri' , kepala pon dah sakit kena jemur tengah panas , kaki pon dah naik lenguh kawad berjam-jam. Tapi aku rasa belajar kawad time ni best kot , selalu nye aku tak suka sangat kawad  tapi time tu cam best pulak maybe cara Sarjan tu ajar kot. Dah lah jom tengok gambar pulak...ngeh, ngeh, ngeh

GAMBO




p/s- entry lame baru nak publish, lama dah rupe nye dia menyorok kat draft tu...huhu

Menawan Gunung Angsi =o=

 
 pemandangan atas gunung


Halopp abry bady ^^
monday no class, hoyeahh. Semalam 26/2/2012 aku dapat melakar sejarah dalam hidop aku dapat menawan Gunung Angsi ....yeahhhh!!!!! (seronok banget sehhh). Nasib baik kem buat latihan rekreasi naik Gunung Angsi minggu ni, kalau tak ntah bila lagi aku nak berkesempatan lepas kat atas tu.Memandangkan Gunung Angsi salah satu gunung dalam list yang aku wajib daki sebelum habis belajar at Negeri Sembilan ni, so luckily aku join wataniah (oh man, i cannot stop smiling ^-^ ). Next time nak try Gunung Datuk and Gunung Tok Wan pulak, dulu naik bukit broga tak berkesempatan nak naik Gunung Tok Wan, hurmmm. takpelah tu.

Back to Gunung Angsi, kalau nak naik Gunung Angsi ni tak silap aku ada 3 jalan, start dari jalan lama pergi Kuala Pilah or dari Hulu Bendul n satu lagi aku tak pasti. Kitaorang semalam naik ekot tepi jalan lama nak pergi Kuala Pilah,  kat situ awal-awal pendakian agak curam dan licin so kena hati-hati sikit, tapi bila dah sampai atas cikit tu banyak jalan rata tapi jalan dia agak sempit tapi still tak susah sangat. Dari kaki gunung nak sampai ke puncak ambil masa dalam 2 jam hingga 2  jam setengah lebih kurang kalau banyak rehat ,tapi kalau jenis fitness mantap macam The Rock  tak sampai 2 jam dah sampai kot, huhu. 

Apa yang aku dapat bawa balik dari Gunung Angsi kali ni
1. Dapat penat
2. Dapat minum air bukit (serius freshh, derr)
3. Kaki cramp 
4. Dapat peluh yang mencurah-curah
5. Dapat bawak balik kenangan dan kepuasan untuk diingati (poyo ayat, yewww )

PICTURE TIME !!!!!
 otw ke Gunung Angsi

 Rehat jap

 ni air bukit tau bukan air longkang , dan ia selamat untuk diminum, hehe

 amek air bukit buat bekal, macam air baru keluar dari peti ^^

 pemandangan otw naik ke puncak


 choki-choki peneman perjalanan...hihihi

 makanan atas puncak 

 senyum sampai ke pipi, mencerminkan rasa gembira dihati...hohoho :P

with mereka-mereka ^^


tak tahu nak tinggalkan apa, so aku tinggalkan nama kat atas puncak tu,

Saturday, February 25, 2012

Kelas Senjata

Haloppp abry bady ^^
Hari ni, 25/2/2012 again and again and again aku pergi latihan tempatan wataniah at kem 508 . Macam 2 minggu lepas kitaorang buat latihan kawad je. But today, kitaorang belajar ilmu senjata (M16). Kitaorang diajar macam mana nak cuci senjata, selamatkan senjata , buka senjata, pasang senjata and banyak lagi lah. Boleh tepu lah gak kepala otak aku ni dengan benda-benda tu semua, dari pagi sampai ke petang belajar pasal senjata je. Yes aku pandai pasang senjata macam dalam tv tu....hohoho (hidung kembang kempis kembang kempis). Memang best bagi aku, maybe that why aku masih setia dengan wataniah kot walaupon aku tak minat bahagian tentera sangat ,tapi kadang-kadang aktiviti dia agak menarik. 
Esok kitaorang punya aktiviti mendaki gunung Angsi , mula-mula malas nak pergi untuk hari ahad tapi what to do , aku suka mendaki. Sayang pulak nak lepaskan peluang ni kan, bukan selalu boleh dapat. Pergi pon free, duit pon dapat, makan pon dapat, penat pon opcoz la dapat, tapi yang paling penting aku dapat pengalaman and memory for my dear diary. Selagi aku tinggal kat negeri orang ni kalau boleh semua tempat menarik kat sini aku nak pergi, baru berbaloi berlajar tempat orangkan, walaupon kat negeri sembilan je. hoyeahhh. oklah mahu tidur dulu esok mau bagun awal . Adioss

Just 1 Pic
tak sempat nak amek gambar banyak-banyak

nuna kalau amek gambar selalu kepala separuh, adehhh. hahaha

Sunday, January 29, 2012

Pembukaan Latihan Tempatan

Alohaa.....
1 minggu? 2 minggu ? 3 minggu? berapa lama dah aku tak update blog ek?? ntah loh dah berminggu-minggu dah sampai tak cukup jari tangan nak kira. Tetiba hari ni rindu nak menulis pulak. hehehe.Owh ya, tadi aku pergi pembukaan latihan tempatan , lama tak berkawad senjata and diri lama-lama, pancit gak rupanya, ini semua gara-gara helmet berat atas kepala tu perhh boleh patah tengkuk kalo pakai seminggu tak tanggal-tanggal ni., pepon. dengan ini dukacita nya dimaklumkan esok aku tak dapat pergi untuk perasmian latihan tempatan untuk tahun 2012, sob3 sidih-sidih. takpe-takpe next time ada lagi. Terima kasih to Naqi' and Hasry yang sanggup menghantar junior-junior seperti kami ni sampai ke kolej sebab takut bahaya kalo kitaorang balik sendiri. urhhh =.='
Bagus-bagus sikap senior yang patut dipuji walaupon terang-terang tau dorang nak tengok MU lawan kan. But still terharu hati ku ini...kui3. Pepon thanks yer korang and tahniah dengan pengiktirafan pangkat as a Koperal. Selut la kat korang :) .

satu gamba je sempat amek tu pon muka dah mcam orang bangun tidor la.....hayoo. janji gamba helmet berat tu ada,  tapi tak berapa nampak la pulok.

ok, cerita pasal latihan tempatan dah abes. Ni nak cerita pasal open table besday Adam walaupon terlambat 8 hari but still oklah tu terus open table besday aku la yer .Lama tak makan-makan gan korang, memang best makan cam gini sekali sekala. Ni rancangan mengejut , so kepada yang tidak dijemput kitaorang mintak maaf sesangat bukan niat tak nak jemput, so tak mau terasa-terasa k. 
 Gambar diaorang-diaorang

suka hati lepak cam kat umah sendiri, 


hapy besday also to mr pres


sebab xder kek, so kita main tiup lilin jela kan...huhu


Orait setakat ni ajalah, dah tak ada idea nak tulis pe, lama x update blog. tangan pon da kaku idea dah beku so ayat pon merapu-rapu...  Sebelom tu jom pekena ice blended kelapa melaka mari... layannn... korang kena try kalo pergi melaka tau