Geng Budak Malas ^^

Thursday, August 18, 2011

Sahur.... Sahur....Sahur



Assalam korang2.... Salam Ramadhan ^^
Sedar tak sedar pejam celik, pejam celik dah seminggu dah umat Islam menunaikan fardu Ramadhan, kalo korang2 pejam celik .... pejam celik lagi kot2 nak raya dah uper nye....huhuhu. okeyss, kidding tak de kaitan gan tajok. back to our topic..... emmmm, sahur yer. Setakat seminggu Ramadhan ni dah 2 kali den tak bangun sahur... nak tau sebab nya, huhuhu. opcozla sebab tak boleh bangun.... nasib baik dah baca niat sebelom tido kalo tak satu hal pulak kn.....
emmmm.... we learn from mistake, so cara penyelesaian nya kena jugak mintak jasa baik my mom kejut sahur.... thank you very much kepada pencipta2 telefon,huhuhu....poyo da kau

Kat sini aku nak share somethings gan korang2 baca la yer... tau la memang pon panjang... tapi baca jela okeys :

Sabda Rasulullah s.a.w.: Pemisah (yang membezakan) antara puasa kita dan puasa ahli kitab ialah makan sahur. (Riwayat al-Tirmizi dalam Sunan al-Tirmizi, Kitab al-Shaum, hadis no. 643):
'Ibadat sahur adalah ibadat yang begitu agung sehinggakan Allah melimpahkan rahmat dan malaikat-Nya memohon keampunan bagi orang- orang yang makan sahur.'
-korang nampak tak?? perhh sampai cam tu sekali kan, sebab tulah Nabi s.a.w amat menitikberatkan umatnya bersahur walaupun dengan hanya meminum seteguk air.

Waktu yang terbaik untuk makan sahur adalah lebih kurang sama dengan kadar waktu seseorang
membaca 50 ayat al-Quran iaitu kira-kira 10 hingga 20 minit sebelum azan solat Subuh dikumandangkan.

Sebenarnya, kita dibenarkan bersahur sehingga fajar terbit, iaitu sehingga azan solat Subuh dilaungkan.
Sabda Rasulullah s.a.w.: kamu semua boleh makan dan minum sehingga Ibn Ummi Maktum melaungkan azan kerana
sesungguhnya dia tidak akan melaungkan azan (melainkan) hingga fajar sodiq benar-benar telahterbit. (Riwayat Bukhari dalam Sahih al-Bukhari,Kitab al-Shaum, hadis no. 1919)
-Hadis ini secara tidak langsung membantah pendapat sesetengah pihak yang tidak membenarkan makan dan minum apabila telah masuk waktu imsak. Apatah lagi Allah menegaskan bahawa dibenarkan makan dan minum sehingga terbit fajar, iaitu sehingga azan Subuh sedang dilaungkan. So, lepas imsak tu korang nak minum seteguk dua air lagi tu kira boleh la. Imsakkan lebih kurang cam berjaga-jaga....

Sebenar nya banyak lagi hadis citer pasal sahur ni... tapi aku isi ckit jela untuk share gan korang and for my own information. Karang aku isi banyak2 krang, aku pulak yang tak paham .... so, korang dah nampakkan penting nya bersahur. Moral of da story, bangun la sahur, tak mau malas-malas... tak mau...tak mau

Assalamualaikum.... peace on earth ^^

No comments:

Post a Comment