Geng Budak Malas ^^

Showing posts with label cuti-cuti malaysia. Show all posts
Showing posts with label cuti-cuti malaysia. Show all posts

Wednesday, September 21, 2016

HOTEL & RESORT MURAH DI TOK BALI : PERMAI RESORT & REST HOUSE


BLOG- TEKAN SINI

KG TELONG JALAN TOK BALI 16310 BACHOK KELANTAN








Assalamualaikum. 
Untuk entry kali ni Cik Ezny nak Review Permai Resort & Rest House di Tok Bali , Kelantan.
Cik Ezny pergi sini dengan my sis, Intan . Sebab dia nak ambil result ke apa ntah dekat politeknik Kok Lanas. So Cik Ezny as a good sister kenalah teman dia pergi ke Kelantan dari Temerloh. Drive jauh-jauh takkan nak terus balikkan, so we decide nak tidur dekat hotel or resort dekat dengan pantai. Intan cadangkan pergi Tok Bali. I on jelah, manalah tau jalan Kelantan sangat.

Oleh sebab bulan September kami nak pergi Sabah pulak. So kitaorang cari hotel murah-murah jelah area Tok Bali tu. Cari punya cari punya cari. Kitaorang buat survey dekat 5 hotel and resort area Tok Bali . Maklumlah nak cari yang murah tapi selesa. Tak pernah-pernah aku survey hotel banyak gitu. Survey kitaorang bukan pakai internet tau. Kitaorang walkin je...... fuhhh semangat betul weolls. Yelah search hotel murah di Tok Bali tak banyak sangat list dia , so nak taknak kena jelah walkin. Sebenarnya, banyak je hotel and resort area2 situ. Tapi yelah kitaorang nak cari hotel murah dekat dengan pantai kan , tu yang gigih sikit.

Orait, macam panjang pulak intro dia. Layan gambar Jom ^^

Bilik kitaorang ambil ni RM80 lebih . Agak kecik sebenarnya, tapi okay je for that price kot. Orang dekat kaunter pun dah bagitau bilik tu kecik sikit, dia suggest ambil bilik besar sikit bagi selesa tapi area belakang sikit, tak belakang manapun sebenarnya....huhuhu. Tapi kitaorang taknak sebab bilik yang kitaorang duduk ni dekat bahagian depan. So rasa cam selamat sikit, kitaorang pergi berdua je perempuan. So keselamatan perlu diutamakan walaupun tempat tu memang selamat pun.

GAMBAR
 senarai harga bilik 


dekat kaunter

dewan makan


 bilik kitaorang B4



BILIK






PANTAI DI PERMAI RESORT & REST HOUSE







PANTAI BERHAMPIRAN (LUAR DARI KAWASAN RESORT)



Setakat ini sahaja perkongsian Cik Ezny kali ini. Harap entry ni memberi manfaat kepada yang memerlukan . ^^


Hotel murah di Tok Bali
Resort murah di Tok Bali
Menarik di Kelantan
Menarik di Tok Bali 



SELFIE AND WEFIE
(yang ni tak tengok pun takpe..... just kami2 shj)










Tuesday, April 21, 2015

Pengalaman di Pulau Tioman (3 hari 2 malam)

Asslamualaikum semua...
And heyy again ^^

Alhamdulillah, 17/03- 20/03/2015 lepas my sis, my friend Mira and I berkesempatan pergi ke Pulau Tioman walaupun masing-masing sibuk dengan kerja yang pastinya tak pernah habis.
Kerja sebagai pembantu akauntan and buat online business pada waktu yang sama memang gila penat. Boleh dikatakan tak ada life. Seriously , bila nak cuti tu rasa nervous je sebab takut nanti kerja bertimbun-timbu. Takut customer marah kalau tak balas whatsapp.



Tapi bila Cik Ezny fikir , I'm not a robot , I still a human so Cik Ezny pejam mata ketat -ketat, persetan kan kerja-kerja tu semua. JOM PERGI BERCUTI.....hohoho.

Percutian kali ni, fully di bawah tanggungjawab Mira aka pengetua Smart Reader Kids cawangan JB, muda-muda dah jadi pengetua yer kau Mira....huhu . Dia yang pilih Pulau Tioman. Actually kitaorang dalam dilema nak pilih Penang or Tioman. Tapi akhirnya kitaorang pilih Tioman sebab Tioman tak jauh sangat macam Penang. Kesian kat Mira kot kalau pergi Penang, dia orang JB , tak pusing satu Malaysia kalau pergi sana. So Tioman tengah -tengah dari Johor tak jauh dari Temerloh Pahang pun tak jauh. Siapa kata Johor Pahang tak boleh berbaik. Hak... kitaorang kamcing gila babas kot. Okay, cukup sejarah hubungan kami. Jom Cik Ezny cerita pasal Pulau Tioman pulak yee.

Kitaorang pergi Pulau Tioman 3 hari 2 malam. 2 malam tidur pulau , 1 malam tidur Mersing. So 4 hari tiga malam kami-kami bercuti

Aku and adik aku sampai Mersing pun dah malam, so kitaorang tidur Hotel Budget dekat Mersing , satu malam RM70 . Esok pagi nya pukul 7 pagi kitaorang siap-siap pergi Jeti. Tak jauh pun dari Hotel Budget kitaorang tu , parking kereta kena bayar RM15 untuk 3 hari. Masa ni parking yang ada gate tutup lagi, ada sorang pakcik ni datang jumpa kitaorang kata boleh parking dekat tempat dia. Mula-mula tu risau la gak kan, kita bukan biasa pun dekat situ. Tapi jangan risau kawan-kawan, ramai lagi orang lain parking dekat kawasan rumah pakcik tu. Tak berpagar tapi dalam kawasan rumah dia so masih selamat lagi la kan.

Dah siap parking kereta bagai, kitaorang pergi ambil tiket, sebab kitaorang dah book dengan agent. So sampai sana just ambil tiket and buat bayaran.

Perjalanan dari Jeti Mersing sampai ke Pulau Tioman dalam 2 jam ke 2 jam setengah. Bapak lama rasanya, tapi no worries kalau korang tak tahu nak buat apa, perkara paling berfaedah yang boleh korang buat adalah tidur. Yes tidur.... sebabnya kepada yang mabuk laut korang akan pening. So tidur jelah yer...huhuhu. Kalau rasa nak buat benda faedah lain, korang bolehlah melihat keindahan laut dari luar tingkap. Hak !

SEJARAH PULAU TIOMAN

To those yang tak tahu Pulau Tioman terletak di Rompin pentadbiran Pahang. Tapi Jeti Mersing ,adalah Jeti yang paling popular kalau nak pergi Pulau Tioman. So Cik Ezny membuat rumusan perjalanan feri dari Mersing lagi cepat berbanding jika naik dari Jeti Tanjung Gemok di Rompin kalau nak ke Pulau Tioman.

"Menurut kisah dongeng yang dipercayai penduduk tempatan, Tioman berasal dari sepasang naga. Pada zaman dahulu kala, sepasang naga suami isteri (naga jantan dan naga betina) meninggalkan Tasik Chini ke laut melalui Sungai Pahang. Dalam perjalanan, naga ini tertinggal kain cindai lalu berpatah balik. Malangnya, waktu itu ayam telah berkokok. Naga ini pantang mendengar ayam berkokok. Oleh sebab melanggar pantang, naga betina bertukar menjadi pulau. Sementara naga jantan bertukar mrenjadi Gunung Nenek Semukut iaitu sebuah gunung yang terdapat di Pulau Tioman." sumber Wikipedia

Dekat Pulau Tioman terdapat beberapa kampung
- Kampung Tekek
- Juara
- Air Batang
- Kampung Salang
- Kampung Mukut
- Kampung Genting

Kitaorang tidur dekat Kampung Salang, kampung Salang ni perhentian terakhir kalau naik Ferry kalau nak pergi kampung-kampung lain kena naik boat.

Kampung Salang ni , kata Miralah sini ramai orang datang nak Diving , tapi sebab baju Diving kitaorang takde and macam mahal je so kitaorang join Snorkeling jela . Tu pun dah okay, dapat tengok ikan-ikan yang comel-comel pengubat rindu dan ubat ketenangan.

Pakej kitaorang Snorkeling RM70 seorang , bilik Hotel RM140 semalam kitaorang tidur dua malam. So cost penginapan RM280. Oleh sebab kitaorang just guna agent untuk uruskan penginapan dan pakej Snorkeling , makanan tak termasuk sekali. So bila nak cari makan kitaorang jalan cari makan area kampung Salang tu. Kampung ni tak besar , nasib juga tak ambil pakej makan sekali kalau tak bosan jugak makan tempat sama je. Tapi tempat yang kitaorang suka lepak dekat sini lah. Sarapan, makan tengah hari and makan malam memang kat sini je. Tempat lain makanan best je, tapi sini suasana dia best lagi....hehe.



dekat sinilah restaurant kitaorang selalu makan. Makanan boleh tahan sedap and harga pun tak mahal sangat.

 Tempat kami-kami melepak


Okaylah jom tengok gambar masa dekat Pulau Tioman ^^


UNDER WATER








 


hasil tangkapan dengan camera under water yang kitaorang sewa RM60.

Aku ni bila dalam air mula la emotional , excited je jumpa ikan. Banyak kali Snorkeling pun setakat ni tak bosan lagi. Argghh rindunyee.... 
KAMI-KAMI

(Gambar serius bersepah, malas nak susun...hehe)





Cik Ezny  pakai baggy shirt size kecil dari Desyacollection

t-shirt plain size kecil also dari desyacollection





Hey awak, saya dekat sini. Thanks datang ikut saya ( abaikan aku yang sedang mengarut)




SALANG PUSAKA RESORT
Satu bilik RM140 satu malam. Kitaorang tidur dua malam so RM280


 
luar bilik serius cantik macam rumah ala-ala kampung gitu, dalam...ermmm. But not too bad, masih selesa walaupun Mira agak stress sebab bilik tak macam expectation dia. Chill Mira, next time kita tidur Shangri La pulak... hehe


Kampung Tekek 
Dekat Pulau Tioman ni tax free , tapi rasanya tak ada la murahnya. Tapi murah la jugak kot. Kalau nak murah sikit boleh la beli coklat dekat Kampung Tekek. Tapi pergi kedai duty free tau, jangan pergi kedai biasa. Kedai biasa mahal sikit. Kononnya pergi Kampung Tekek nak keluar duit, sebab cash dah habis. Confident keluar RM200 je, kat situ ada BSN je. Dan dan beli coklat habis RM150. Sengal... Nasib tinggal sehari je. Cukup la RM50 tu nak buat makan malam. Kalau nak pergi kedai tax free ni korang kena jalan sikit, kena lalu sekolah dulu baru jumpa. Bukan dekat kedai banyak-banyak depan Jetty tu yer.


Budget untuk percutian kali ni tak sampai RM300 seorang termasuk makan .
Oraitee , setakat ini sahaja cerita Cik Ezny. Harap membantu dan memberi manfaat kepada yang memerlukan. Adiosss . 
Assalamualaikum ^^

*Gila happy dapat bercuti dengan korang berdua , baring atas pasir malam-malam. Borak-borak pasal zaman-zaman kolej. Gila lama aku tak berborak dengan orang lama-lama selain nuna. Aku harap bersahabatan kita akan terus kekal sampai bila-bila. Ada masalah or nak pergi jalan, bagitahu aku. Pandai-pandailah kitaorang korek tabung pergi jalan-jalan sama-sama...hehehe. Love both of you . XOXO