Geng Budak Malas ^^

Showing posts with label my febret. Show all posts
Showing posts with label my febret. Show all posts

Saturday, April 28, 2012

Avengers best ^^


halop-halop....
hayakkk, lama dah tak tengok wayang rasa nya akibat kekangan masa and ketiadaan mood +++ tak ada cerita yang menarik minat. Tadi lepas pergi latihan kemahiran cekak, dorang-dorang ajak tengok Avengers. Perhhhh, best kot. Cerita 2 jam setengah tu tak boring langsung, dorang lawan je dari mula sampai habis and dorang masukkan lawak-lawak sikit. Serious smartt  !!!!. Tadi hall penuh , so kitaorng kena dok second line, adehhh sakit tengkok den. Nasib baik cerita bestt. Kalau ada ceramah agama , puas nak penuhkan dewan macam tu. ish3. Pepon kalau korang boring tak tau nak tengok cerita apa kat wayang aku rasa korang tengok jela citer ni. Sekian terima kasih....

Kalau yang tak tahu cerita ni pasal apa, mehh aku cerita cikit. Dorang kate cerita ni diadaptasikan (cam ni ek eja dia???)  dari komik . Sebab konon nya bumi nak kena serang so , agen-agen sulit ni pergi kumpulkan super hero nak selamatkan bumi. Bila alien datang, apa lagi dorang pon lawan-lawan la, alaaa macam citer  omputih yang korang selalu tengok tulah. Lepas lawan-lawan pastu hero menang,kite pon gembira sambil nanges-nanges sebab bumi dah selamat . Sambil buat muka tak sangka, sambil cakap "WHAT DA FISHHH, BAPAK TERER DORANG!!!!!"

Pepon Hulk sangat comelll, rasa nak main set-set tom-tom je gan dia sebab dia banyak buat lawak sampai aku gelak dalam hall tu macam kat rumah sendiri sambil bersila atas kerusi dan ditemani oleh popcorn ditangan. Hohoho, puas hati aku. Cerita ni aku bagi 9 dari 10 , hoyeahhh susah nak dapat markah tinggi dari aku ni, tahniah-tahniah . 

Oklah itu jer kot aku nak kongsi, hari isnin depan aku ader exam. Doakan aku dapat jawab dengan mudah yer korang-korang.... amennn.

USAHA + DOA + TAWAKAL=
 INSYAALLAH AKAN BERJAYA


Sunday, April 15, 2012

My new Spek- Haroro Style

Hoyeahhh....
Semenjak dua menjak ni, tak ada apa sangat nak diupdate,buat benda sama je hari-hari. Tak ada benda menarik nak dikongsi.... Tapi hari ni aku nak bagitau, aku baru beli spek a.k.a cermin mata baru. kikiki. Ko hambek yang besar punya, konon nya berstyle sangat la kan. Tapi bila nak pakai malu, cettt gediksss !!!
Bila aku pakai spek tu, ada sorang abang ni tegor aku, "kenapa nini beli spek macam ni?? dah macam cikgu zaman dulu-dulu je" .
hahahaha (=_=") , hanya mampu buat muka poker face . Tapi ada aku kisah pulak ek , janji sama gan spek Haha (budak tua yang comel)  kan. Aku pakai pon time kat rumah je, pakai kat luar pon kalo mata dah penat pakai contact lens je. Tapi sebenar nya agak pelik la gak....hohoho

HARORO STYLE 


 with haha oppa...hehe ^^



Tuesday, March 27, 2012

Hapy Besday to My Sis

Hehehe, esok kena submit assignment so this week agak busy kot. Tapi hari ni den nak curi masa sikit buat entry to my beloved sis, Nor Arina Liyana. Sebenar nya semalam birthday dia, tapi semalam tak ketemu masa nak buat, SORY SIS ...hehe
So di sini nini nak ucapkan hapy besday kat kakak, sory wish lambat semalam. Tapi nini tak lupa tau. Nak adiah ek??? adiah nini mana?? besday orang tak dapat adiah pon.
Sebab minggu ni kitaorang tak balik rumah so tak dapat la bagi hadiah kat kakak lagi yer. Tatap la dulu adiah ni dapat nya minggu depan ek. Sory la adiah tak seberapa tapi kitaorang buat dengan penuh kasih sayang ni....hohoho. Poyo sikit. Enjoyyy =P. Nuna banyak buat nini tolong design je...huhu

Adiah Kakak


 23 dah kakak saya rupa nya.....

 Your nama kan??? hoho

 this is jiejie "older sister" 

 your car ^^

HAPY BESDAY AGAIN , MAY ALLAH BLESS U

Saturday, March 24, 2012

Baju Running Man !!!!!

Wahhhh, rasa lama nya tak update my dear diary ni, last week and this week agak busy with assignment . Now   boleh senyum sikit sebab assignment dah siap 80%. Alhamdulillah. Tinggal satu lagi assignment yang perlu ditatang, heahhh fighting .Tapi agak sedih sebab tak dapat join Apprentice Camp anjuran PMI.Tertinggal bas masa jumpa lecture. =(  Mintak maaf sahabat-sahabat pimpinan saya ucapkan kerana tak dapat beri komitmen untuk program ni.
Back to our tajuk, yup..yup...yup!!!! Yeahhh, pagi tadi baru dapat baju running man yang aku beli online, suka, suka, suka. Kain dia pon ok, selesa dipakai. Sampai je terus amek gambar . Siapa fans running man??? Silalah jeles terima kasih ^^

Kalau korang nak tempah email kat  hi@wootmedia.com.my ok ^^
harga : RM 27 sehelai
postage : RM 5
tapi korang try tanya balik la yer pasal bayaran semua tu kat wootmedia
Baju Running Man



Sunday, November 20, 2011

Survey ke Gunung Senyum... ^^



Alop-alop,
Saje nak cerita, semalam aku and family aku pergi Gunung Senyum . Tak jauh dari rumah aku rupanya 40 minit dah sampai, paling last pergi pon masa darjah berapa ntah, aku pon dah lupa. Mula-mula niat nya nak survey tempat je , nak tengok aktiviti and tempat tinggal kat situ. Tup-tup 'ter' masuk gua pulak. Handoi ai, boleh pulok termasuk yer...kikiki. Masuk tu ingat nak jenguk-jenguk tapi segala jenis tangga kitaorang panjat ,ko hambek dengan mak and abah join sekali , perhhh berpeloh. Dengan pakai seluar jeans dengan seliper  nya, abes baju and seluar... haizz. Baru masuk 3 gua, peluh satu badan. Kalo tau nak terus masuk gua baik terus pakai trek suit je. Boleh terus redah semua gua , rugi-rugi.

Tempat cantik, tapi sayang tak berjaga. Hutan pon dah ada yang kena tebang kemudahan pon tak berjaga. Suka tengok tasik dia, cantik-cantik.Tapi nak rasa masuk gua , kira best la gak. Kat sini ada hampir 20 buah gua, setiap gua ada cerita and mitos  dia sendiri.

JOM SKODENG  :)

gambar tak ekot susunan


suka tasik dia ^^



time to masuk gua, fuhh... penat panjat tangge... ^^'

 jambatan dah lubang-lubang... menakotkan

 mak and abah



 bersungguh-sungguh tu...haha


proses panjat-memanjat.... berpeloh...uhhh



p/s- owh ya, tahniah Malaysia menang lagi... Good Job , Malaysia Boleh :)
jom esok tengok bola reramai....

Sunday, November 6, 2011

Ryan Higa: Daily Life of a Basketballer

Hohayoo...
Just want to shared to u alozz ryan's new video. Ryan ni kalo korang nak tau kira bf aku la sekarang ni...kikiki. Actually video tak la baru sangat dah 2 hari, tapi den baru pasan kot... semenjak dua menjak ni dia jarang upload video baru. So, aku pon jarang la menjengok abang youtube. Korang jangan lupe tengok video baru Kevjumba gak tau...
Owh ya.... Selamat Hari Raya Aidil Adha to allz muslim ^^
and hapy besday to Aderian Han... 



Tuesday, November 1, 2011

Real Steel

REAL STEEL BEST

 halop-halop yaa...


Korang dah tengok belom?? Semalam kami-kami secara tidak dirancang ke Terimal One tengok citer ni. Kekadang best gak wat keje gila ni. Kalo korang belom tengok pegi la tengok, best kot. Terutama ada sebudak comei Max (Dakota Goyo) tu.Alaaa, comeii nye dak ni, rasa nak cubit-cubit je...hehee. Seyes pandai gila budak ni berlakon. Cerita ni banyak main gan emosi + action . So kalo tanya aku citer ni dalam kategori best la gak, kira tak rugi tengok.

ini si budak Max yang comei itu ^^ 
AKU DAN MEREKA





p/s- jalan dah, tengok wayang dah , shopping pon dah. Sekarang time assignment and study for exam pulak. Say 'no' to main-main dah.... hayakkk

Sunday, October 16, 2011

3 bulan dah rupanya....

wassap-wassap


Wah apa yang 3 bulan ni?? Korang nak tau tak, hari ni cukup 3 bulan blog ni dah rupanya. Walaupon tak meletop macam blog-blog yang lain , follower pon tak beribu raban dan entry pon ntah orang baca ke tak but still aku happy jugak. Macam-macam dah aku kongsi gembira, pahit dan manis, tawar ,masin. Kalo campurkan rasa-rasa tu semua aku rasa just tambah ikan siakap ni sedap dari  3 rasa ni...huhuhu. Ok baik saya mengarut.....

bila semua jadi satu..... baru nama nya kenangan terindah ^^

Monday, October 10, 2011

Cekak + Bowling = MERIAHH!!!!

Yeahhh....
Sila tengok tajuk pleazzz, yup3.... memang meriah bila budak-budak silat cekak buat tournament Bowling = superb meriah...Tahniah kepada AJK-AJK program kejohanan Bowling 2011 yang memberi komitmen untuk menjayakan program. Seperti biasa den nak ucapkan, korang memang terbaekkkk!!!

Memandangkan kejohanan ini akan menjadi aktiviti tahunan, diharap pada tahun-tahun yang akan datang kemeriahan ini akan terus kekal dengan penyertaan dari ahli-ahli silat cekak dari Legenda dan dari rumah cawangan lain. Tahun depan buat lagi meletop okeys =)

Dengan bangga nya saya mau membuat pengemuman title balingan pin terendah bukan lagi milik ku , kikiki (hidung kembang kempis kembang kempis). Yeahhhh, bagus-bagus ada peningkatan .wink-wink, kalau tak malu kot, dua tahun berturut-turut. Tak sabar nak tengok siapa tahun depan yang dapat...huhuhu. Kepada Farhana and Fakry ,kak ezny nak ucapkan tahniah ok, hehehe. gurau-gurau je.



 antara pingat dan hadiah yang disediakan


 king of drain

queen of drain

Sunday, October 9, 2011

Annual Dinner Harimau Malaya

Hoyeahhh ada masa gak last nye nak post entri....fuhhh

Hari rabu minggu lepas kelab Harimau Malaya Legenda ada buat Annual Dinner untuk menyambut ahli-ahli baru and majlis perpisahan senior-senior yang akan abes belajo. Alhamdulillah majlis berjalan dengan jaya nya walaupon sedikit lewat. Tahniah kepada semua ahli yang membantu menjayakan majlis and terima kasih kepada ahli-ahli yang join untuk memeriahkan majlis.... thnx pada korang-korang, ^^. Walaupon tak dapat buat didewan seperti yang dirancang kerana sebab-sebab yang tak dapat dielakkan, surau pon jadi la kan.

Terima kasih jugak kepada sponser-sponser yang sanggup mengeluarkan wang poket sendiri untuk mnjayakan majlis, kalau tak jamuan ni tak meriah dengan hadiah-hadiah and makanan. Harap RM 6 korang berbaloi ok ^^

  
antara yang hadir meriahkan majlis

antara AJK baru dan yang lama 

 mr presiden baru dan lame



mr n mrs glemer

Tuesday, October 4, 2011

Ferrari Race 2/10/11


Korang oh korang..... wa nak citer ni

Hoyeahh... korang nampak tak model kat atas tu, korang kenal tak dia..... yup-yup betol2 aku lah tu. korang memang pandai...kikiki. Kringgg!!!! part time on call lagi, this time at Sepang Circuit and macam biasa lah under Pan Pacific Hotel, majikan sementara yang tak perlu dikenalkan lagi. sayang dia, muahhh.huhuhu.Part time this time best sikit coz dapat tengok race Ferrrari kot. Aku tengok rase macam nak calar-calar kan je kereta Ferrari tu sebab geram sangat tengok bende alang tu berkilat macam bontot kuali, hahaha. Seyesly best aku cakap sama korang walaupon agak penat berdiri .Yang penting happening sebab nya yang keje this time pon semua budak kepale gila-gila so time keje pon taklah rasa penat.

Akhir bulan ni ada job kat litar sepang gak event Motor GP, tahun lepas aku pernah pergi seriously kalau korang ada duit lebih dan tak tau nak campak kat mana apa kata korang try tengok race macam Motor GP or F1 memang berbaloi , aku tak de la minat sangat race-race ni tapi bila korang dah tengok live korang mesti terasa ke'excited'tan nye bila tengok Honda, Yamaha and Ducati main kejar-kejar. Chewahhhh, cakap nak gud2 je kan...hehe. so, tolonglah percaya ,aku merayu kat korang....akhss . Nak beli tiket pakai duit sendiri aku rasa baik aku beli baju 3 or 4 helai or beli kasut sebarang dua, baru dapat satu tiket. adesss.Nampak nya aku kenalah mintak surat pelepasan daripada cikgu disiplin a.k.a my mom untuk kerja time Motor GP nanti, yelah dia dah berbunyi "kalau tak cukup duit mintak je.... keja penat dapat duit tak berbaloi".... hoyeahhh aku suka ayat tu. But-but and but aku kerja bukan nak duit sangat pon, aku kerja nak pengalaman . mak jangan risau duit mak bagi terlebih cukup dah. Nak berjaya kena start dari bawah kan.... betol tak??  ^^


bontot dia je bleh buat aku terpikat...kui99 =))

my future car.....hoyeahhh ^^
budak-budak from Legenda

p/s- Sekarang aku datang kat situ as a worker but next time i will come back here as a guest.... and makan dengan Vip-Vip yang bertenggek kat situ. insyaAllah ^^. Tak salah ada impian kan, kejayaan datang kerana adanya impian .

Saturday, September 24, 2011

KEVJUMBA


KEVJUMBA
Hoyeahhh....
korang boring?? and tengah cari apa nak layan apa?? jom2 aku ajak korang tengok Kevjumba at Youtube. Maybe ramai yang dah kenal tapi yang tak kenal dia lagi, apa kata korang try. Korang mesti tergelak tengok video dia terutama kalau bapak dia ada sekali. Memang cooll , bapak dia lawak kot. Lagi pon muka dia agak cute and he is asian, proud to be asian... hoyeahh.Korang dah tengok jangan lupa subscrid ok. Tekan sini kevjumba's channel



 RYAN HIGA

But aku still suka Ryan Higa , my most febret vlogger. Walaupon dorang ni kawan, but aku lagi suka Ryan maybe style dia lagi pelbagai walaupon agak mengarut but layannn sebab lawak. Maybe korang pon mesti  ada korang punya febret vlogger sendiri kan., kalau tak kisah kongsi la sama-sama yer.


KELVIN AND RYAN
MATLUTHFI90
Dalam korang excited melayan vlogger luar jalan lupa vlogger tempatan ok... Matluthfi90 baru post video baru... tak de lah baru sangat sebenar nya nak dekat seminggu dah. Jangan lupa tengok ok, adioss ^^