Geng Budak Malas ^^

Showing posts with label Kakieznymelangkah. Show all posts
Showing posts with label Kakieznymelangkah. Show all posts

Wednesday, September 21, 2016

AMBIZ COFFEE HOUSE , KOK LANAS

AMBIZ COFFEE HOUSE



Alamat:

fb page - tekan sini


ASSALAMUALAIKUM....
This entry,  entry pendek je.  Cik Ezny nak review pasal Ambiz Coffee House . nothing much to say. For me just so so. Maybe masa tu my mood pun memang tengah penat. So tak ada perasaan sangat masa pergi sini. Pergi pun sebab my sis , Intan. Teringin nak makan dekat cafe baru dekat Kok Lanas. Masa dia habis belajar dekat Politeknik Kok Lanas tu kedai baru nak buka, jadi dia tak sempat pergi. So yeah, kitaorang makan dekat sana before kitaorang balik Temerloh semula.

Apa yang menarik, Cik Ezny nampak ada menu Rusa tak silap. Tapi masa kitaorang datang tu, stok daging rusa habis. Too Bad, kalau tak boleh tambah point. hehe.
Dari segi service okay kot, tak ingat sangat. Tapi orang ambil order tu ramah so Cik Ezny add 1 point. But yeah, coffee dia. Dah nama kedai coffee , so Cik Ezny mengharapkan Coffee yang memukau or yang boleh bagi thumb up. Tapi okaylah, dah nama kopi. Nak rasa macam mana lagikan . Mungkin harapan I terlalu tinggi coz I'm coffee lover.... hihi

Actually, not a bad comment. Tapi just so so. Makanan not bad. Roti bakar tu buat I excited sikit..... huhuhu.

Oraite, jom tengok GAMBOOO







HOTEL & RESORT MURAH DI TOK BALI : PERMAI RESORT & REST HOUSE


BLOG- TEKAN SINI

KG TELONG JALAN TOK BALI 16310 BACHOK KELANTAN








Assalamualaikum. 
Untuk entry kali ni Cik Ezny nak Review Permai Resort & Rest House di Tok Bali , Kelantan.
Cik Ezny pergi sini dengan my sis, Intan . Sebab dia nak ambil result ke apa ntah dekat politeknik Kok Lanas. So Cik Ezny as a good sister kenalah teman dia pergi ke Kelantan dari Temerloh. Drive jauh-jauh takkan nak terus balikkan, so we decide nak tidur dekat hotel or resort dekat dengan pantai. Intan cadangkan pergi Tok Bali. I on jelah, manalah tau jalan Kelantan sangat.

Oleh sebab bulan September kami nak pergi Sabah pulak. So kitaorang cari hotel murah-murah jelah area Tok Bali tu. Cari punya cari punya cari. Kitaorang buat survey dekat 5 hotel and resort area Tok Bali . Maklumlah nak cari yang murah tapi selesa. Tak pernah-pernah aku survey hotel banyak gitu. Survey kitaorang bukan pakai internet tau. Kitaorang walkin je...... fuhhh semangat betul weolls. Yelah search hotel murah di Tok Bali tak banyak sangat list dia , so nak taknak kena jelah walkin. Sebenarnya, banyak je hotel and resort area2 situ. Tapi yelah kitaorang nak cari hotel murah dekat dengan pantai kan , tu yang gigih sikit.

Orait, macam panjang pulak intro dia. Layan gambar Jom ^^

Bilik kitaorang ambil ni RM80 lebih . Agak kecik sebenarnya, tapi okay je for that price kot. Orang dekat kaunter pun dah bagitau bilik tu kecik sikit, dia suggest ambil bilik besar sikit bagi selesa tapi area belakang sikit, tak belakang manapun sebenarnya....huhuhu. Tapi kitaorang taknak sebab bilik yang kitaorang duduk ni dekat bahagian depan. So rasa cam selamat sikit, kitaorang pergi berdua je perempuan. So keselamatan perlu diutamakan walaupun tempat tu memang selamat pun.

GAMBAR
 senarai harga bilik 


dekat kaunter

dewan makan


 bilik kitaorang B4



BILIK






PANTAI DI PERMAI RESORT & REST HOUSE







PANTAI BERHAMPIRAN (LUAR DARI KAWASAN RESORT)



Setakat ini sahaja perkongsian Cik Ezny kali ini. Harap entry ni memberi manfaat kepada yang memerlukan . ^^


Hotel murah di Tok Bali
Resort murah di Tok Bali
Menarik di Kelantan
Menarik di Tok Bali 



SELFIE AND WEFIE
(yang ni tak tengok pun takpe..... just kami2 shj)










Sunday, May 1, 2016

Pakej Murah ke Korea - Backpacker

Lurima Travel 
+60196139071 ( Bella)
+601133422711 (Fazlin)
Facebook page - Lurima Travel 
Instagram - Lurima Travel
Website - Lurima Travel


Assalamualaikum....

Alhamdulillah trip kami ke Korea 5 hari 4 malam berjalan dengan lancar.  Trip kali ini dirancang sepenuhnya oleh Kak Maryati aka Cik Amy. Puas pilih tarikh,  nak cari musim bunga katanya. Cik Amy nak tengok tulip..... hihi.  Plannya nak fully backpacker. Nak rancang sendiri,  nak cari Guesthouse sendiri. Nak murah kata Kan. Tapi tula cita-cita tinggi kena sesuai dengan kemampuan. Memandangkan kami pergi semua perempuan and semua bekerja and tak pernah pergi Korea. So we decide untuk ambil agent juga. Yelah tak tau jalan kat situ,  walaupun kita list tempat pergi tapi tak reti nak pergi tak boleh sampai juga kan 😒.  Actually boleh sebenarnya, masa kitaorng jalan2 dekat Myeongdong Market terjumpa couple suami isteri dari Malaysia.  Dorang pergi sendiri, tapi persediaan dia 6 bulan. 😱😱.So boleh je kalau nak mengkaji. Cik Ezny try gak kaji before ambil keputusan nak ambil agent. Hihihi, tapi tula cita-cita je tinggi. Siang busy buat kerja office,  malam tinggal nak rehat je. Tapi kalau rajin boleh je kaji sendiri, usaha tangga kejayaan 💪💪. Tapi kat Malaysia pun Cik Ezny sesat.  Pergi Kl tiap minggu dari Temerloh pun tengok GPS lagi sebab tak confident jalan. So langkah selamat baik cari agent tapi dengan harga yang berpatutan terutama kalau uolls pergi dengan girl2 sahaja.  Selamat pun Selamat. Then kalau sesat nak pergi Everland la contohnya. Kan dah susah kan 😁😁. Sepanjang kitaorang bergerak dari satu tempat ke satu tempat, kami fully naik bus tak merasa naik train. Tapi tak pe, janji dapat merasa kehidupan dorang dekat sana pun da okay. Lagipun sekejap je tunggu bus dia, bus pun selesa tak rebut dengan orang tu pun kadang2 je kena berdiri.  Tapi biasalah kena jalan sikit .For me not bad la,  okay je.  pay for Axia tak boleh nak harap dapat BMW kan.  Dah nama pakej paling murah  😉😉. Kitaorang ari tu bayar RM1650.  Mana korang nak pergi,  berapa hari korang pergi ,apa korang nak makan, apa korang nak beli korang bagitau je dorang. InsyaAllah dorang akan susun jadual untuk korang. And InsyaAllah dengan harga yang berpatutan dan servis yang memuaskan. Nak pergi ramai-ramai naik naik van pun boleh dorang usahakan. Yang penting korang try la tanya compare harga dorang.

Sebelum pergi Korea ada la juga baca blog orang kata kena panjat banyak tangga sebab nak naik train.  Kitaorang tak merasa tu.  Tapi bagus jugak,  naik bus boleh tengok suasana Seoul kan.

Alhamdulillah, cari punya cari punya cari.  Kami dapat contact number Lumira Travel. And harga dorang tawarkan boleh dikatakan murah dan berpatutan. Dalam kami cari-cari travel agent selama ni agak mahal untuk pakej persendirian. Memandangkan kami pergi 4 orang sahaja and kami pilih tarikh sendiri 22 April - 26 April 2016 . Kalau dalam group and tarikh memang dah ditetapkan harga lagi murah.  So terpulang kepada masing-masing. Sebab ada orang tak suka bercuti dengan orang tak kenal. Tapi kami ni bukan kisah sangat sebenarnya tapi masing-masing susah dapat cuti. Bila dapat cuti tu, kita pergi group kecik jela. Selesa pun selesa .

Sepanjang kami dekat Seoul selama 5 hari .Mirul dan zul jadi tour guide kitaorang. Tapi bukan la dua2 jaga kitaorang serentak. Gilir2 dorang jadi tour guide. Dua2 okay, jangan risau 👏👏. Zul dah tinggal Korea 5 tahun, mirul dah tinggal dekat Korea 7 tahun. So don't worry dorang memang dah biasa jalan kat Korea. Dan dorang boleh cakap bahasa Korea juga. So kerja kita ikut dorang, dan nikmati trip kita dengan senang hati. ^^






For me la, bagus ambil agent bukan apa. Dorang akan bagi tips nak beli souvenir  dekat mana, dekat mana kedai murah,  nak makan dekat mana, street food mana yang halal kita boleh makan.  So bila dorang kata situ murah so sila percaya cakap dorang yer jangan jadi macam Cik Ezny.  Bukan tak pecaya tapi ingat harga lebih kurang je.  So Baju korea cik ezny beli sehelai 10,000 won padahal boleh dapat baju yang sama 10,000 won dapat 3 helai.  Cik Ezny beli 6 helai,  so yeah boleh kira sendiri berape aku rugi.  Moral of the story,  sila dengar cakap travel guide anda. Walaupun masa tu tak tahan sangat nak shopping.

Entry akan datang saya akan cerita pasal activity kitaorang dekat Korea , tempat menarik kitaorang pergi and street food yang sedap yang patut rasa kalau pergi Korea.

Layan Gambar Random 











P/s- sorry sangat-sangat, saya update entry ni pakai phone. So memang terabur sikit entry ni.  InsyaAllah berkesempatan saya edit kasi kemas sikit.
Anyway,  semoga perkongsian kali ni memberi manfaat kepada yang memerlukan ^^