Geng Budak Malas ^^

Showing posts with label jalan-jalan cari makan. Show all posts
Showing posts with label jalan-jalan cari makan. Show all posts

Wednesday, September 21, 2016

AMBIZ COFFEE HOUSE , KOK LANAS

AMBIZ COFFEE HOUSE



Alamat:

fb page - tekan sini


ASSALAMUALAIKUM....
This entry,  entry pendek je.  Cik Ezny nak review pasal Ambiz Coffee House . nothing much to say. For me just so so. Maybe masa tu my mood pun memang tengah penat. So tak ada perasaan sangat masa pergi sini. Pergi pun sebab my sis , Intan. Teringin nak makan dekat cafe baru dekat Kok Lanas. Masa dia habis belajar dekat Politeknik Kok Lanas tu kedai baru nak buka, jadi dia tak sempat pergi. So yeah, kitaorang makan dekat sana before kitaorang balik Temerloh semula.

Apa yang menarik, Cik Ezny nampak ada menu Rusa tak silap. Tapi masa kitaorang datang tu, stok daging rusa habis. Too Bad, kalau tak boleh tambah point. hehe.
Dari segi service okay kot, tak ingat sangat. Tapi orang ambil order tu ramah so Cik Ezny add 1 point. But yeah, coffee dia. Dah nama kedai coffee , so Cik Ezny mengharapkan Coffee yang memukau or yang boleh bagi thumb up. Tapi okaylah, dah nama kopi. Nak rasa macam mana lagikan . Mungkin harapan I terlalu tinggi coz I'm coffee lover.... hihi

Actually, not a bad comment. Tapi just so so. Makanan not bad. Roti bakar tu buat I excited sikit..... huhuhu.

Oraite, jom tengok GAMBOOO







Friday, January 1, 2016

Sidin Cafe Temerloh Review


SIDIN CAFE 


(Click alamat untuk Google Map link)



MENU 





Assalamualaikum.... Halop2 abry bady


Kepada yang mencari Western Food area Temerloh , mungkin korang boleh try makan dekat Sidin Cafe di Dynaton Bukit Angin. Cafe dia tingkat atas yer. Dulu Cik Ezny pernah buat review The Coffee Studio dekat Temerloh. Click sini untuk review The Coffee Studio Temerloh

Malam tu lepak sekejap je, tak sempat gak nak ambil pic area situ. Tempat pun okay, sesuai la nak lepak2 dengan kawan. Ala-ala rooftop gitu...boleh nak fefelling Rooftop Price. Lol. .huhu. Makanan pun okay sedap ... 

Ni kali kedua Cik Ezny pergi Sdin Cafe , yang first time pergi dah tengah malam. Memang time tu ingat nak makan sebab lapar . Kali ni sebab Puan Nuna mengadu lapar malam-malam. Cik Ezny layan lah Puan Nuna pergi makan. Kali ni pun tak ambil gambar banyak. Harap dapat bagi gambaran sikit sebanyak Sdin Cafe ni ya . Owh ya, dekat sebelah Sidin Cafe ni ada Butik, rasanya owner dorang sama je or sedara mara kot...huhuhu. So ladies kalau nak bershopping boleh la cuci mata deat situ. So sorry for my bad review, tak cakne bak kata orang Temerloh.

Nothing much to say, jom layan gambar ^^




Chickeb chop. (Kalaulah boleh tambahkan sikit lagi kuantiti dia, lagi terbaik....hehe. Tak puas makan sikit sangat. huhu)

La Ricca Latte - Sedap


Cheese Corn Nachos. (Cik Ezny rasa biasa-biasa je, tapi Cik Ezny bawa balik rumah my mom, my dad and yuyah kata sedap. So nachos ni memang sedap. Must try ...hehe)

Kami-kami Pulak
mata tak boleh bukak- mata tak boleh bukak

With Puan Nuna




*Adioss, harap membantu kepada yang memerlukan. Assalamualaikum ^^








Friday, October 16, 2015

The Coffee Studio Temerloh - My Review

THE COFFEE STUDIO

Address: No. 28,
Jalan Sudirman 7,
28000 Temerloh,
Pahang Darul Makmur.

Business Hours: 12:00pm to 12:00am (Daily)
(Close on Tuesday)



Assalamualaikum....

Hari ini Cik Ezny nak buat review cafe di Temerloh. Tinggal dekat Temerloh tapi ni first time Cik Ezny nak buat review kedai makan kat Temerloh. Seperti yang korang dah tahu Temerloh terkenal dengan ikan patin tempoyak. But sorry guys entry kali ini Cik Ezny tak cerita pasal ikan patin. Maybe next time Cik Ezny buat review pasal kedai-kedai ikan patin dekat Temerloh ni.

To those yang mencari western food dekat Temerloh and nak suasana lain sikit not typical kedai makan, Cik Ezny recommend this cafe. Hiasan dalaman cantik , tempat pun tak sesak , harga makanan pun tak mahal sangat (harga standard cafe), yang penting makanan sedap and coffee dia pun rasa coffee (hahaha, just kidding. Coffee pun sedap and cantik) . So overall Cik Ezny puas hati ... ^^




 bahagian depan


MENU
Menu dia tak banyak pilihan , tapi masa first time Cik Ezny datang menu dia lagi sikit rasanya. Ke sama je, aku pun tak ingat. So i hope they can add some menu , so banyak sikit pilihan kan. But dont worry , spaghetti dorang sedap. For me lah...




 



RANDOM



 hiasan dalaman pun cantik

 green tea and muffin

 hot latte hazelnut

 Carbonara dia sedap.... 

 dan aku tak faham kenapa aku senyum lebar sangat ... LOL

bil for two person, still reasonable price right. Kadang -kadang je pun.


P/S- Yang ni bukan bad comment , but just a review . Muffin for RM9 ....agak mahal for me. Hakhak. Kalau ku tahu aku beli Spaghetti or makanan lain. Sebab harga lebih kurang. But i'm not regret ,  their muffin memang sedap . 

So kepada warga Temerloh yang nak cuba sesuatu yang lain, korang boleh try cafe ni. Next time nak buat review Sidin Cafe pulak. Dulu pergi dah tengah malam, memang dah tak ada mood nak ambil gambar untuk review. Sidin Cafe pun nampak macam menarik. Next time punya entry la yer...

Oraite... hopefully my entry berguna kepada yang memerlukan. Kepada yang tersesat jumpa my blog , hello hey . Welcome to my blog ^^ . Entry pendek je, tapi harap dapat membantu


Tuesday, March 17, 2015

Sweet Tree Ampang (Makanan Korea Halal di Malaysia)

Assalamualaikum ....
Rasa lama sangat Cik Ezny tak update blog pasal jalan-jalan and makan-makan. Sebenarnya lama dah Cik Ezny pergi Sweet Tree ni, sebulan lepas. Memory pun macam nak terpadam je. Sebelum terpadam betul baik Cik Ezny abadikan dalam blog bersepah Cik Ezny ni.

Ceritanya my sister, teringin sangat makan makanan korea. So kitaorang pun gigih mencari dekat pakcik Google. And terjumpalah restoran makanan korea di Ampang namanya Sweet Tree. Nak cari makanan Korea yang Halal susah juga kan. Jangan risau dekat sini makanan dia Halal. Dengar cerita owner dia Islam.

Sweetree Restaurant - The Halal Korean Food In Malaysia

No13 ,L-1.2, Jalan Ampang Putra
Taman Putra Sulaiman
68000 Ampang, Selangor


Banyak-banyak cakap pun tak guna, jom kita melawat sekitar Sweet Tree ni. Hiasan dia memang cantik okay. Tenang je bila masuk dalam. Masa kitaorang datang tu dah malam, orang memang ramai sampai tak ada tempat duduk Cik Ezny rasa kalau nak datang better datang masa orang tak ramai kot, siang ke. Baru dapat menikmati suasana sikit....hehe

Dekat sini ada surau dekat tingkat tiga, kalau yang nak solat tu boleh la tumpang surau dorang. Kat sana dorang ada letak pakaian tradisonal dorang dengan hiasan-hiasan tradisional. Kalau nak tangkap-tangkap gambar fefelling perempuan korea boleh la try pakai Hambok .

Overall , Cik Ezny puas hati dengan layanan dorang. Pelayan pun okay , ramah je. Tapi mungkin masa kitaorang datang tu masa orang ramai, lama sangat tunggu makanan. Orang sebelah dah dapat makanan kitaorang ada makanan tak sampai lagi. Mungkin tertinggal order. Tak pelah. Yang penting makanan dia sedap, kena dengan selera Cik Ezny. Untuk tanda minta maaf , pihak restoran bagi secawan Coffea kat kitaorang. Okaylah kan .



















 


 dapat juga Cik Ezny rasa Topoki.... kena dengan selera







yeahh....coffea free ^^



Bila nak balik tu, owner dia orang Korea tegur kitaorang. Ramah jugak dia, dia tanya dah jalan-jalan dalam restoran dia ke. Dia nak bawak kitaorang pusing-pusing, tapi dah lewat sangat dah pukul 12 malam dah masa tu. Dah mengantuk. Next time yer En Owner ... Tapi yang tak boleh blah boleh pulak dia tanya aku pernah dah ke datang restoran dia. Aku katalah first time. Boleh pulak dia tak percaya , dia kata macam pernah nampak sebelum ni. "Adoiii, siapa pulak muka macam aku nehh!!".

Okay.... setakat ni jelah my entry. Harap bagi manfaat kepada yang memerlukan. Kepada teragak-agak nak datang, datang jelah, tak rugi pun.... hehehe

Adios ^^