Geng Budak Malas ^^

Showing posts with label pmi. Show all posts
Showing posts with label pmi. Show all posts

Saturday, September 28, 2013

Bukit Broga,Semenyih 2013

Assalamualaikum ...

Alhamdulillah program Mendaki Bukit Broga di Semenyih anjuran PMI (Persatuan Mahasiswa Islam) College Universty Linton berjalan dengan jayanya . Esok pergi Melaka pulak untuk program Rehlah kat Pantai Puteri. Belum habis gegar kaki turun bukit Broga esok nak berlepas ke Melaka pula. Fuhh, berpeluh. Tapi yang penting semua program memberi manfaat.... terutama program Rehlah. To those yang tak tahu apa itu Rehlah, Rehlah ni macam Rehat sambil Berkelah senang cerita picnic la tapi yang Islamic punya. Kalau berkelapangan masa aku masukkan aktiviti-aktiviti kitaoarang kat sana esok.

Okay, back to Broga. Bukit Broga juga dikenali sebagai Broga Hill terletak di Semenyih Selangor. Dah dua kali dah aku datang sini, masa first time aku pergi hari tu masa 2011 , untuk baca entry aku pergi Broga dulu baca sini. Kat situ aku bagi sikit tip-tip nak mendaki la kononnya. Pada yang tak tahu kat mana Bukit Broga ni tapi korang nak pergi, jangan segan silu tanya aunty Google Maps okay. Malu bertanya sesat jalan.....

Oraite jom layan gambar....

BROGA HILL












Makanan Rohani

Pengajaran hari ini , aku rasa awesome quote untuk aplikasikan dalam hidup kita. "Masa itu Tarbiyyah" , betul sangatkan... masa yang mendisiplinkan kita dan masa juga mencerminkan diri kita dan masa juga boleh menjadi guru kita. Sebab itu dalam Islam sangat menekankan kepentingan masa. Always remember guys Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara.

Wasalam.....

Thursday, April 19, 2012

Inginku Mendekati Mu


Assalamualaikum.
Kehadapan sahabat-sahabat Legenda sekalian yang terbaca blog saya. Saya ingin menjemput sahabat-sahabat sekalian men'join'kan diri sahabat-sahabat ke ceramah anjuran PMI yang bertajuk "Inginku Mendekati Mu". Butiran-butiran nya seperti dibawah
Tajuk : InginKu Menghampiri Mu
Masa: 8.00 pm (ketibaan tetamu), 8.30 pm - 10.30 pm
Tempat : DKA2/1
Speaker : Ust Mohd Fauzan Mazlan
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
CUTTTT!!!!!!
cettttt, yang kat atas tu konon-konon bagi korang surat jemputan la konon nya, huhuhu.
Hari ni ada ceramah dekat DKA2/1 pukul 8.30 pm, korang semua dijemput hadir memeriahkan suasana, men'support' program PMI and yang paling penting korang dapat tambah ilmu kekorang. Wahhhh dah macam 3 in 1 dah kalau korang datang , korang patot berbangga mehhh. Ok seriously , kalau tak datang sebab orang lain pon at least datang la untuk diri sendiri . Kita dok kat Legenda ni dah la jarang buat pahala, ada peluang ni apakah salahnya kita rebutkan. Tak ambil banyak pon ambil la sikit pengajaran tu kan. ...... PERHHHH , ayat macam orang good-good je kan, huhuhu. So , silahlah vote saya untuk "Wakil Pelajar" untuk tahun hadapan yer =.=" .


Kelebihan Menuntut Ilmu 

Sabda Rasulullah SAW , "Barang siapa yang mengambil satu jalan dan jalan itu niat mencari ilmu. maka Allah taala permudah baginya untuk ke syurga"

Nabi bersabda lagi " Dan sesungguhnya (lafaz taukid) para malaikat sesungguhnya mereka melebarkan sayap mereka kepada penuntut ilmu kerana redha dengan perbuatan nya"

Telah berkata Al-Fakih Abu Laits As-Samarqandi di dalam kitab Tanbihul Ghafilin: "Barang siapa datang kepada orang alim lalu hadir dalam majlisnya serta tidak mampu mengiganti atau menghafal peljaran tersebut maka baginya 7 macam kemuliaan"

* peringatan untuk diri sendiri sebenarnya ^^

Pepon, Jom pergi reramai ok =)