Geng Budak Malas ^^

Tuesday, June 11, 2013

Homestay di Ranau

Assalamualaikum semua....
macam biasa, ayat basi aku. "Lamanya tak update blog ni" .....huhuhu

Okey nak dipendekkan cerita bulan lepas 3 Mei - 6 Mei  aku pergi Sabah. Walaupun dah lama, tapi baru sekarang aku gedik-gedik nak update pasal ni. What to do kan, I kan busy.....poyosss!!!
Okey back to tajuk..... kalau ada yang tersesat-sesat terjumpa blog aku ini time nak survey homestay di Ranau. Aku nak promote sikit homestay ni.


Homestay ni dekat sangat dengan pekan Ranua dalam 3 minute je macam tu, jangan risau kalau korang tak jumpa sebab owner dia Puan Manisah akan ambil korang pergi homestay tu nanti. Kalau dari Kundasang ke Ranau ambil masa dalam setengah jam je.

Contact number: 0195280597 (Puan Manisah)
price: RM 90
room: 2
toilet: 1

Homestay ni agak besar sebenarnya , so boleh la masuk dalam 10 orang dalam tu kalau korang pergi dengan family besar cumanya toilet dia cuma ada satu so kena kongsi-kongsi la. Tapi kira selesa la kat sini , kebersihan pun dorang jaga. Tak silap aku tv pun ada astro rasanya, aku pun dah lupa. Cumanya dekat Ranau ni banyak sangat anjing , so korang jangan terkejut sangat la yer kalau nampak anjing jalan macam kat kampung sendiri kat pekan Ranau tu.

 ruang makan

 celah tu toilet yer

 bilik tidur (dua-dua bilik tidur macam ni, satu katil double daker n satu katil queen )

 ruang tamu (Sila abaikan manusia disitu yer)

bahagian hadapan homestay (tingkat bawah)

p/s: untuk peringatan kat korang, rumah ni rumah orang Islam. Tapi sekitarnya banyak ajing, mungkin buat kita sedikit tak selesa.

Saturday, April 6, 2013

Tutorial : Isi Gambar sebagai Header (newbie)

Assalamualaikum...
yeahhh, dah berkurun rasanya tak buat tutorial, hari ini tangan terlebih ringan pula nak buat tutorial khas untuk rakan-rakan blogger yang masih baru dalam dunia blog. ok lets start ^^

STEP 1

Mula-mula korang tekan DESIGN kat bahagian atas kat belah kanan


Then tekan LAYOUT macam gambar kat bawah ni

 

STEP 2

Ok, bila dah tekan layout tu, akan keluar macam gambar kat bawah ni, then korang tekan EDIT kat bahagian header


STEP 3

Lepas tu akan keluar box macam ni, then korang pilih la gambar apa yang korang nak pilih untuk header korang tu. Kalau nak okey, kalau boleh pilih gambar yang berukuran 800x 350 lebih kurang macam tulah


Dah siap pilih gambar tu, dia akan keluar macam ni , size gambar aku ni 1141x 386 .

                       
 STEP 4
Dah siap pilih gambar then tekan la SAVE.....
Taraaa dah siap ^^



p/s: harap tutorial ini membantu , kalau tak faham just tanya ok =)

Thursday, February 28, 2013

CNBLUE EAR FUN : Special Limited Edition



Assalamualaikum ....

Owh yeah , siapa suka CNBLUE sila angkat tangan okey. Satu, dua, tiga , e...mpat ....eh tak ramai peminat CNBlue rupanya ek??? Kenapa ek??? ( Tak payah nak ekkk sangat lah)  . Ahhh, ada aku kisah la pulak kan kalau uolls tak minat. Maklumlah uolls-uolls peminat Super Junior and Big Bang kan? Manalah nak layan  band macam CNBlue ni....hekk. Poyo je...

Okey, sila abaikan apa yang iolls mengarut kat atas tu ya....
Saje je nak heboh satu planet nak kata cik ezny beli album CNBLUE . Yeahh Yeahhh Yeahhhh!!!!
Tapi yang Ear Fun punya lah, RE: Blue album baru dorang tak sampai Malaysia lagi. Takpe takpe dah sampai Malaysia nanti iolls akan beli itu pun kalau ada duit la, kalau tak ada cik ezny download haram dekat tenet jelah jawabnya.....

Actually , nak kata aku minat sangat dorang tak adalah sangat maybe aku suka muzik dorang kot. Kena dengan telinga aku, boleh dikatakan semua lagu dorang aku suka. And plus dorang handsem jugak la terutama Lee Jong Hyun ( My Mr Burning  =P) hehehe.

Lagu :
01 Hey you
02 Still In Love
03 Dream Boy
04 Rock n' Roll
05 Run
06 In My Head

Okey la jom tengok gambar...hehe

Box Album yang awesome !!! 

2 n 1 ( Bersepah-sepah gambar dorang dalam album tebal tu....suke3) 



 1 CD and 1 DVD

 My Jong Hyun Oppa....hohoho =P



 Mr Burning 




Yang ni Album baru dorang Re: Blue , baru je release tahun ni time birthday iolls 9 January 2013...hehehe.
Hope cepatlah sampai Malaysia yer....

Maybe next time iolls akan buat entry pasal dorang ni kot...tu pon kalau ada masa...ok adiosss ^^

Tuesday, January 22, 2013

Singapore Part 2 : Universal Studio Singapore (USS)

Assalamualaikum uolls...
Wah pergi S'pore satu hari tapi entry sampai berpart-part kan.... over kau jah!!!
Entry kali ini aku nak cerita macam mana nak pergi USS....

Tips yang selalu orang cakap kalau nak pergi USS macam biasa uolls PERLU dan MESTI beli tiket siap-siap online atau uolls ambil pakej yang dah siap-siap dengan tiket USS sekali terutama kalau uolls pergi hujung minggu, uolls janganlah ambil risiko nak beli tiket kat sana, sebab takut tiket habis. Tapi kalau boleh pergi uolls bukan time peak la. So rajin-rajinlah check dulu tarikh kat website USS dulu sebelum uolls pergi ok .

Aku pergi pakai pakej murah je tu pun bersusah payah cari dekat Mudah . Akhirnya jumpa jugak pakej murah, pakej dia RM 210 je kot .Kalau uolls berminat try call 072323092  ODDSY / Encik Khai. 
Pakej tu dah termasuk transport + tiket USS, dorang suruh sampai dekat TuneHotel Danga Bay dalam pukul 7.30 pagi camgitu, bila sampai sana dorang suruh weolls isi borang segala bagai and bagi tiket USS sekali.  

Time aku pergi USS ni time hari biasa , memang sengaja pergi hari biasa sebabnya Cik Ezny tak suka bersesak . Dari blog-blog aku baca sebelum weolls pergi sana ada yang sanggup tunggu sampai 1 ke 2 jam untuk main satu Ride. Owh , aku sangat kagum dengan kesabaran dorang tapi apa boleh buatkan dah bayar kenalah try juga . Time aku pergi hari tu paling lama tunggu pun maybe dalam 15 minit kot , tu pun tunggu nak tengok movie Shrek 4D. Tu pun bontot   dah panas menunggu. Walaupun penantian adalah satu peyeksaan tetapi sangat berbaloi. Kalau uolls pergi USS pastikan uolls tengok Shrek ok, memang terbaik...hehehe. And jangan lupa ambil map bila uolls sampai sana okey ^^ . Jangan risau map tu free je .

tiket USS


Gambar Sekitar USS



teksi kuning 









persembahan Sesame ... comeii ^^

Okeys mesti uolls tertanya-tanya apa yang best kat sana kan, kalau tanya aku. Aku recommend uolls pergi kat sini. Top 5 tempat yang aku paling suka....
1. Transformers The Ride

sila abaikan cik Ezny tsenyum lebar disitu...hakhak =P

Aku rasa banyak-banyak Roller Coster yang ada kat USS , Transformers The Ride rasanya yang paling best kot. Penat kaki aku tekan break , siot je benda alah tu tak benti gak. Yang pasti aku suka gilalah naik benda alah ni, sebab ada rasa macam hero bumi pun ada gak...hokhokhok =P

2. Revenge of the Mummy


Perhhh kalau naik benda alah ni dah rasa macam roh kena amek pun ada, sesuai la dengan nama dia Revende of The Mummy. Kurang ajar punya Mummy curi roh aku , ngeri kot. Tapi memang terbaik .

3. Battlestar Galactica Blue or Red




Hakk, tengok benda ni pon aku dah pening. Serius extreme gile, so kepada yang rasa jantung tak kuat tu fikir lah sebelum nak naik benda alah ni yer. Tapi memang best sampai tak cukup suara la jugak aku jerit, aku selut betul dak yang duduk sebelah aku time tu. Dari mula sampai habis dia jerit , kagum kagum. Hahaha.

4. Shrek 4-D Adventure





Yang ni macam uolls tengok movie shrek tapi rasa macam real punya, dah nama 4D kan. Kiranya kalau ada air terperecik tu uolls dapat rasa la. Nak cerita banyak-banyak nanti tak best la pula, nak tahu best ke tak rasa sendiri baru tahu. ^^

5. Jurassic Park Rapids Adventure
alamak badan terlebih bengkok la pulak....

Bila cakap pasal Jurassic mestilah pasal dinosaur kn? Sini best la gak, kalau uolls tak nak baju basah siap-siap beli baju hujan dari M'sia okey. Kat sana dorang jual mahal. 

Actually ramai yang recommend pergi  Water World , tapi sebab weolls tak berkesempatan nak tengok aksi stunts dorang =(

Pasal makan dekat sana, uolls jangan risau. Kat sana ada jual makanan Halal , kalau ada logo Halal S'pore tu uolls boleh la makan kat situ k. Makanan kat sana agak mahal juga, terutama kalau kita convert dengan Ringgit. Tapi daripada kelaparan kat sana, buat-buat pejam mata jelakan dengan harga dia . Hurmmm


 set ni SGD 12

Kalau uolls rasa-rasa sesat tu ringan-ringan la mulut tanya guest services dorang okey. Time ni weolls tak jumpa surau. Aku dengar cerita surau ada dekat depan pintu masuk tapi sebab tak jumpa weolls terpaksa la juga tanya kaunter pertayaan kan. Uolls jangan risau surau ada dekat Local Area , dekat-dekat dengan roller coster ngeri yang aku cerita tadi. Untuk muslimah diingatkan bawa telekung sendiri ok, surau kat situ tak sediakan telekung. So kalau uolls pergi ramai-ramai bawa satu pun cukup boleh share-share .


Okeylah, macam dah terpanjang pulak iolls ni mengarut. Sebenarnya banyak juga yang aku tak sempat naik and tengok sebab tenpat dia besar. Lagipun, kitaorang nak jalan-jalan S'pore time ni. Sepatutnya bas ambil dalm pukul 7 , so weolls keluar daripada USS dalam pukul 4 petang and amek teksi pergi round-round. Next entry maybe iolls nak cerita tempat menarik yang iolls sempat pergi kat S'pore k. Adiosss ^^

Friday, January 18, 2013

Singapore Part 1 : Persiapan Ke Singapura

Assalamualaikum uollss ...

yeahh, setelah lama merancang untuk melancong ke Singapore akhirnya lepas jugak aku kat sana. Walaupun tak adalah jauh mana...huhu

Actually  , plan nak pergi sana pun sebenarnya tiba-tiba. Kisahnya bila my sis mengodek website Aisasia bulan April tahun lepas. Tup tup ada tiket murah pergi Johor Bharu uollss, harga dia memang unbelievable bak kata orang kampung I ni . RM 28 KoT !!! , nak miskin apa Tony Fernandes tu. Aku pulak yang risau dengan business diatau . Ok! Aku tipu....

So bila dah tengok tiket murah tu apa lagi, dengan perasaan excited tak hingat tu, terus ajak K. Maryati pergi sekali and terus plan nak pergi Singapore...hukhuk. Yang tak boleh bla sekali book tiket bulan April 2012 tapi tarikh kitaorang pergi January 2013. Bapak la lamanya nak tunggu der, tapi sebab tiket murah ku gagahkan juga menunggu. So dapatlah celebrate my bufday kat Singapore kan .... kelas kau jahh.

So, this entry aku nak cerita sikit persiapan aku time nak pergi sana ....

Di ingatkan kepada uolls yang nak pergi S'pore sila buat passport dulu okey, jangan jadi macam aku ni puas tanya pakcik google kot-kot nak pergi S'pore boleh pakai pass pelawat ke tak gara-gara malas nak buat passport. So jawapannya TAK ADA pass pelawat nak pergi S'pore okey. Sekiannn

Passport dah ada, janganlah pulak uolls tak tukar duit Dolar S'pore pula yer. Aku tak tukar banyak sangat , memandangkan aku pergi tiga beradik so kalau beli souvenir untuk family tu boleh share-share je tu yang jimat duit sikit kat sana. Weolls tukar dalam RM 700 je macam tu , tu pon tak pakai habis. Tips untuk convert duit Ringgit ke Dolar Singapore , uolls kena pastikan bila uolls nak beli Dolar pastikan beli kat money changer yang paling murah sekali then bila nak jual balik Dolar pastikan jual dekat tempat yang paling mahal sekali okey. Untuk orang-orang kedekut macam aku ni, sila-sila lah tengok dulu sebelum membeli
okey ^^


Weolls pergi S'pore 10 January , so 9 January aka my besday yer uolls , weolls berlepas daripada LCCT ke JB dalam pukul 9 malam. Kalau uolls amek flight it will take just around 50 minutes cam gitu , tapi kalau korang naik bas maybe 6 jam kot. Nasib juga beli tiket terus dah check in, so senanglah untuk newbie macam I ni yang tak pernah naik flight kan. Tiket dia lepas uolls print jadi macam kat bawah ni...




Memandangkan ini adalah bajet tour , kitaorang tido kat Johor je. Tak macam Najwa Latiff tido kat Shangri La , tak mampu mak tau , auwww. So bila sampai kat Senai Airport , ex lecture K.Mar bawa kitaorang tidur kat rumah dia. Terima kasih Cik "Lecture" errrr... aku lupa nak tanya nama dia siapa... mesti uolls kutuk aku kan dah tumpang rumah orang tapi tak tahu nama dia. Nak buat macam mana I ni kan pemalu orangnya so, I just panggil dia Cik jela .

Next entry iolls akan cerita macam mana nak pergi Universal Studio pulak okey....adioss ^^