Geng Budak Malas ^^

Friday, June 14, 2013

Banmal Song (Yongwha)

Assalamualaikum semua ^^

Just nak post video Banmal Song yang aku buat lama dulu, tiba-tiba terbuka balik video ni. Rindu pula dengan pasangan YongSeo.....this is one of my favorite song make by Yonghwa . Enjoyed !


Thursday, June 13, 2013

Kim Jong Kook di KLIA

Assalamualaikum semua!!!!
yeahhh!!!! nak jerit kuat-kuat, huhuhu
Siapa kenal Jong Kook?? Sila angkat tangan tinggi-tinggi okey....
Kepada yang tak kenal Jong Kook atau Kim Jong Kook, biar aku cerita sikit pasal dia ya. Dia adalah salah seorang ahli Running Man iaitu rancangan variety tv yang popular di Korea , kalau korang tak tahu pasal Running Man korang baca sini la yer... Bestnya kalau Running Man buat kat Malaysiakan



curi dari pak cik google

Yang paling bestnya pada 14 June 2013 , Kim Jong Kook akan mengadakan showcase di Malaysia. Bila tahu pasal Joong Kook nak datang Malaysia memang aku dah target nak pergi airport nak jumpa dia. So hari ni walaupun tak dapat autograph or tangkap gambar dengan dia tapi aku dapat jumpa dia depan-depan pun dah kira puas hati dah. huhuhu. Oklah jom layan gambar ......yeahhh





 banner dari peminat Malaysia

 antara peminat di KLIA


sempat lagi berposing =P


Video Kim Jong Kook di KLIA


sorry lah video goyang-goyang and tak nampak Joong Kook sangat, maklumlah bila time Joong Kook muncul tu mulalah dorang start main tolak-tolak, kesian I tau kena tolak. =P
 Hope you all enjoy ^^

Tuesday, June 11, 2013

Homestay di Ranau

Assalamualaikum semua....
macam biasa, ayat basi aku. "Lamanya tak update blog ni" .....huhuhu

Okey nak dipendekkan cerita bulan lepas 3 Mei - 6 Mei  aku pergi Sabah. Walaupun dah lama, tapi baru sekarang aku gedik-gedik nak update pasal ni. What to do kan, I kan busy.....poyosss!!!
Okey back to tajuk..... kalau ada yang tersesat-sesat terjumpa blog aku ini time nak survey homestay di Ranau. Aku nak promote sikit homestay ni.


Homestay ni dekat sangat dengan pekan Ranua dalam 3 minute je macam tu, jangan risau kalau korang tak jumpa sebab owner dia Puan Manisah akan ambil korang pergi homestay tu nanti. Kalau dari Kundasang ke Ranau ambil masa dalam setengah jam je.

Contact number: 0195280597 (Puan Manisah)
price: RM 90
room: 2
toilet: 1

Homestay ni agak besar sebenarnya , so boleh la masuk dalam 10 orang dalam tu kalau korang pergi dengan family besar cumanya toilet dia cuma ada satu so kena kongsi-kongsi la. Tapi kira selesa la kat sini , kebersihan pun dorang jaga. Tak silap aku tv pun ada astro rasanya, aku pun dah lupa. Cumanya dekat Ranau ni banyak sangat anjing , so korang jangan terkejut sangat la yer kalau nampak anjing jalan macam kat kampung sendiri kat pekan Ranau tu.

 ruang makan

 celah tu toilet yer

 bilik tidur (dua-dua bilik tidur macam ni, satu katil double daker n satu katil queen )

 ruang tamu (Sila abaikan manusia disitu yer)

bahagian hadapan homestay (tingkat bawah)

p/s: untuk peringatan kat korang, rumah ni rumah orang Islam. Tapi sekitarnya banyak ajing, mungkin buat kita sedikit tak selesa.

Saturday, April 6, 2013

Tutorial : Isi Gambar sebagai Header (newbie)

Assalamualaikum...
yeahhh, dah berkurun rasanya tak buat tutorial, hari ini tangan terlebih ringan pula nak buat tutorial khas untuk rakan-rakan blogger yang masih baru dalam dunia blog. ok lets start ^^

STEP 1

Mula-mula korang tekan DESIGN kat bahagian atas kat belah kanan


Then tekan LAYOUT macam gambar kat bawah ni

 

STEP 2

Ok, bila dah tekan layout tu, akan keluar macam gambar kat bawah ni, then korang tekan EDIT kat bahagian header


STEP 3

Lepas tu akan keluar box macam ni, then korang pilih la gambar apa yang korang nak pilih untuk header korang tu. Kalau nak okey, kalau boleh pilih gambar yang berukuran 800x 350 lebih kurang macam tulah


Dah siap pilih gambar tu, dia akan keluar macam ni , size gambar aku ni 1141x 386 .

                       
 STEP 4
Dah siap pilih gambar then tekan la SAVE.....
Taraaa dah siap ^^



p/s: harap tutorial ini membantu , kalau tak faham just tanya ok =)

Thursday, February 28, 2013

CNBLUE EAR FUN : Special Limited Edition



Assalamualaikum ....

Owh yeah , siapa suka CNBLUE sila angkat tangan okey. Satu, dua, tiga , e...mpat ....eh tak ramai peminat CNBlue rupanya ek??? Kenapa ek??? ( Tak payah nak ekkk sangat lah)  . Ahhh, ada aku kisah la pulak kan kalau uolls tak minat. Maklumlah uolls-uolls peminat Super Junior and Big Bang kan? Manalah nak layan  band macam CNBlue ni....hekk. Poyo je...

Okey, sila abaikan apa yang iolls mengarut kat atas tu ya....
Saje je nak heboh satu planet nak kata cik ezny beli album CNBLUE . Yeahh Yeahhh Yeahhhh!!!!
Tapi yang Ear Fun punya lah, RE: Blue album baru dorang tak sampai Malaysia lagi. Takpe takpe dah sampai Malaysia nanti iolls akan beli itu pun kalau ada duit la, kalau tak ada cik ezny download haram dekat tenet jelah jawabnya.....

Actually , nak kata aku minat sangat dorang tak adalah sangat maybe aku suka muzik dorang kot. Kena dengan telinga aku, boleh dikatakan semua lagu dorang aku suka. And plus dorang handsem jugak la terutama Lee Jong Hyun ( My Mr Burning  =P) hehehe.

Lagu :
01 Hey you
02 Still In Love
03 Dream Boy
04 Rock n' Roll
05 Run
06 In My Head

Okey la jom tengok gambar...hehe

Box Album yang awesome !!! 

2 n 1 ( Bersepah-sepah gambar dorang dalam album tebal tu....suke3) 



 1 CD and 1 DVD

 My Jong Hyun Oppa....hohoho =P



 Mr Burning 




Yang ni Album baru dorang Re: Blue , baru je release tahun ni time birthday iolls 9 January 2013...hehehe.
Hope cepatlah sampai Malaysia yer....

Maybe next time iolls akan buat entry pasal dorang ni kot...tu pon kalau ada masa...ok adiosss ^^