Geng Budak Malas ^^

Thursday, October 13, 2011

Saya nak gemok ..... Terima kasih harap maklum

Arrggghhhh!!!!
Tingg..ting...ting.....
Assignment sudah mari.... assignment sudah mari. Time to dating with mr google and loving-loving with abang library, tak sabar nak copy paste .....huhuhu. Gurau-gurau jela, student yang berdedikasi macam den ni tak main la copy-copy ni. Cikit-cikit jela...

Tapi bukan masalah assignment yang menganggu hidop aku ni sekarang, masalah nye.... masalah nye.... masalah nye..... kikiki, alaaa... malu pulak nak cakap (tutup muke sambil sengeh kambing tengah malu).

-bagi korang bayangkan dulu, take ur time- 1minit... 2 minit.... 3 minit.... 4 minit (dah-dah la tu, sambung baca)

Macam nak mintak penampor jepon je budak ezny ni kan, jumpe dia nanti korang tampor je kalo tak puas ati. Kalo nak kasi kiss pakai kasut pon layak gak dak ni... gedik sangat gaye nye

Sebenar nya kan korang-korang, aku nak jadi berisi loh. Tapi tak lepas-lepas lagi ni. Memandangkan ramai sangat rakyat-rakyat beta mengatakan beta ni terlalu kurus, aku nak amek keputusan untuk memgepam badan supaya menjadi lebih besarrrr...... hoyeahhh. Tinggi nya cita-cita ko jahhh ....

Korang ada idea tak macam mana lagi nak 'membesar' kan badan tak?? Silalah share-share dengan aku, nenek aku kate dosa kalo kedekot ilmu ni.... ntah bila beliau cakap pon aku tak tau...huhu

alololo, comei nya kalo bulat macam tu, saya mau, saya mau

p/s- ok, tu je..... baru abes makan burger,  ni nak sambung makan mee goreng ditengah pagi ...... nampak tak semangat aku disitu, thanks 4 read ^^

Monday, October 10, 2011

Cekak + Bowling = MERIAHH!!!!

Yeahhh....
Sila tengok tajuk pleazzz, yup3.... memang meriah bila budak-budak silat cekak buat tournament Bowling = superb meriah...Tahniah kepada AJK-AJK program kejohanan Bowling 2011 yang memberi komitmen untuk menjayakan program. Seperti biasa den nak ucapkan, korang memang terbaekkkk!!!

Memandangkan kejohanan ini akan menjadi aktiviti tahunan, diharap pada tahun-tahun yang akan datang kemeriahan ini akan terus kekal dengan penyertaan dari ahli-ahli silat cekak dari Legenda dan dari rumah cawangan lain. Tahun depan buat lagi meletop okeys =)

Dengan bangga nya saya mau membuat pengemuman title balingan pin terendah bukan lagi milik ku , kikiki (hidung kembang kempis kembang kempis). Yeahhhh, bagus-bagus ada peningkatan .wink-wink, kalau tak malu kot, dua tahun berturut-turut. Tak sabar nak tengok siapa tahun depan yang dapat...huhuhu. Kepada Farhana and Fakry ,kak ezny nak ucapkan tahniah ok, hehehe. gurau-gurau je.



 antara pingat dan hadiah yang disediakan


 king of drain

queen of drain

Sunday, October 9, 2011

Annual Dinner Harimau Malaya

Hoyeahhh ada masa gak last nye nak post entri....fuhhh

Hari rabu minggu lepas kelab Harimau Malaya Legenda ada buat Annual Dinner untuk menyambut ahli-ahli baru and majlis perpisahan senior-senior yang akan abes belajo. Alhamdulillah majlis berjalan dengan jaya nya walaupon sedikit lewat. Tahniah kepada semua ahli yang membantu menjayakan majlis and terima kasih kepada ahli-ahli yang join untuk memeriahkan majlis.... thnx pada korang-korang, ^^. Walaupon tak dapat buat didewan seperti yang dirancang kerana sebab-sebab yang tak dapat dielakkan, surau pon jadi la kan.

Terima kasih jugak kepada sponser-sponser yang sanggup mengeluarkan wang poket sendiri untuk mnjayakan majlis, kalau tak jamuan ni tak meriah dengan hadiah-hadiah and makanan. Harap RM 6 korang berbaloi ok ^^

  
antara yang hadir meriahkan majlis

antara AJK baru dan yang lama 

 mr presiden baru dan lame



mr n mrs glemer

Tuesday, October 4, 2011

Ferrari Race 2/10/11


Korang oh korang..... wa nak citer ni

Hoyeahh... korang nampak tak model kat atas tu, korang kenal tak dia..... yup-yup betol2 aku lah tu. korang memang pandai...kikiki. Kringgg!!!! part time on call lagi, this time at Sepang Circuit and macam biasa lah under Pan Pacific Hotel, majikan sementara yang tak perlu dikenalkan lagi. sayang dia, muahhh.huhuhu.Part time this time best sikit coz dapat tengok race Ferrrari kot. Aku tengok rase macam nak calar-calar kan je kereta Ferrari tu sebab geram sangat tengok bende alang tu berkilat macam bontot kuali, hahaha. Seyesly best aku cakap sama korang walaupon agak penat berdiri .Yang penting happening sebab nya yang keje this time pon semua budak kepale gila-gila so time keje pon taklah rasa penat.

Akhir bulan ni ada job kat litar sepang gak event Motor GP, tahun lepas aku pernah pergi seriously kalau korang ada duit lebih dan tak tau nak campak kat mana apa kata korang try tengok race macam Motor GP or F1 memang berbaloi , aku tak de la minat sangat race-race ni tapi bila korang dah tengok live korang mesti terasa ke'excited'tan nye bila tengok Honda, Yamaha and Ducati main kejar-kejar. Chewahhhh, cakap nak gud2 je kan...hehe. so, tolonglah percaya ,aku merayu kat korang....akhss . Nak beli tiket pakai duit sendiri aku rasa baik aku beli baju 3 or 4 helai or beli kasut sebarang dua, baru dapat satu tiket. adesss.Nampak nya aku kenalah mintak surat pelepasan daripada cikgu disiplin a.k.a my mom untuk kerja time Motor GP nanti, yelah dia dah berbunyi "kalau tak cukup duit mintak je.... keja penat dapat duit tak berbaloi".... hoyeahhh aku suka ayat tu. But-but and but aku kerja bukan nak duit sangat pon, aku kerja nak pengalaman . mak jangan risau duit mak bagi terlebih cukup dah. Nak berjaya kena start dari bawah kan.... betol tak??  ^^


bontot dia je bleh buat aku terpikat...kui99 =))

my future car.....hoyeahhh ^^
budak-budak from Legenda

p/s- Sekarang aku datang kat situ as a worker but next time i will come back here as a guest.... and makan dengan Vip-Vip yang bertenggek kat situ. insyaAllah ^^. Tak salah ada impian kan, kejayaan datang kerana adanya impian .

Saturday, October 1, 2011

Seronok Mencarut wehhh

hellopp korang-korang
cube tengok tajuk...cube tengok tajuk.... apa jadah nak mencarut budak ni ,nak kena carut kot.... 'ok sila lah mencarut banyak-banyak @$##%'

Wehhh korang....

Korang perasan tak semenjak dua menjak ni mencarut tu benda biasa kalo dengar budak-budak ni bercakap. Maybe aku dibesarkan oleh mak aku yang pantang dengar anak-anak dia mencarut sesame sendiri, so perkataan bodoh tu aku ketegorikan sebagai mencarut dah... Cuba lah mencarut depan cikgu disiplin tu, nak rasa kena cili mulut kot.... huiii tak berani aku. U know my mother kan?? 'jangan la buat muke kompius sangat cam tu der.... buruk rupe nye'

Tapi bila masuk kolej ni dah jauh dengan keluarga pastu kawan pulak dengan member-member sengal yang memang mintak kena carut hari-hari..... aku dengan senang hati bagi jela kat dorang, yelaaa, karang tak kena carut ketar pulak karang.... almaklumlah addict ....hihihi =P

Jom tengok ayat budak-budak sekarang..... terjaHHHH !!!!
"Wehh bongok ko dengar tak aku cakap ni der??"
"Macam bangang je line tenet ni... babis betol"
"Dia main langgar je aku?? WTF.... mak ko tak ajar ke"
"Barua , anak haram tol dak ni memang nak kena gampang gan aku ni...heyyyy!!!"
"Ko ingat ko bagus sangat.... pegi MAMP...... la wehhh"

itu maybe antara perkataan carut yang digunakan, banyak lagi kan?? Jangan korang kate tak tau....  aku pon tak berapa pakai bende-bende alah ni, tapi pernah dengar la... tapi kalo aku bengang aku sebut je.... Tapi sangat-sangat tak elok untuk masa depan negara kot. Tak sedap orang tua dengar yekan??

so.... kat sini aku nak bagi tips nak mencarut..... korang practice ok ^^
kalau korang marah sangat kat orang tu then korang nak mencarut.... apa kate korang tarik nafas panjang-panjang dulu.... buat muke semanis yang boleh then cakap "bodohhh laa awak ni " dengan nada sesopan yang boleh. kan sedap bunyi nye. Owhh yeaa..... cube tengok korang kena sepak laju-laju tak.... sure tak punye ^^

Oklah... penat dah mengarut.... wa berambos dulu der... adioss