+60196139071 ( Bella)
+601133422711 (Fazlin)
Facebook page - Lurima Travel
Instagram - Lurima Travel
Website - Lurima Travel
Assalamualaikum....
Alhamdulillah trip kami ke Korea 5 hari 4 malam berjalan dengan lancar. Trip kali ini dirancang sepenuhnya oleh Kak Maryati aka Cik Amy. Puas pilih tarikh, nak cari musim bunga katanya. Cik Amy nak tengok tulip..... hihi. Plannya nak fully backpacker. Nak rancang sendiri, nak cari Guesthouse sendiri. Nak murah kata Kan. Tapi tula cita-cita tinggi kena sesuai dengan kemampuan. Memandangkan kami pergi semua perempuan and semua bekerja and tak pernah pergi Korea. So we decide untuk ambil agent juga. Yelah tak tau jalan kat situ, walaupun kita list tempat pergi tapi tak reti nak pergi tak boleh sampai juga kan π. Actually boleh sebenarnya, masa kitaorng jalan2 dekat Myeongdong Market terjumpa couple suami isteri dari Malaysia. Dorang pergi sendiri, tapi persediaan dia 6 bulan. π±π±.So boleh je kalau nak mengkaji. Cik Ezny try gak kaji before ambil keputusan nak ambil agent. Hihihi, tapi tula cita-cita je tinggi. Siang busy buat kerja office, malam tinggal nak rehat je. Tapi kalau rajin boleh je kaji sendiri, usaha tangga kejayaan πͺπͺ. Tapi kat Malaysia pun Cik Ezny sesat. Pergi Kl tiap minggu dari Temerloh pun tengok GPS lagi sebab tak confident jalan. So langkah selamat baik cari agent tapi dengan harga yang berpatutan terutama kalau uolls pergi dengan girl2 sahaja. Selamat pun Selamat. Then kalau sesat nak pergi Everland la contohnya. Kan dah susah kan ππ. Sepanjang kitaorang bergerak dari satu tempat ke satu tempat, kami fully naik bus tak merasa naik train. Tapi tak pe, janji dapat merasa kehidupan dorang dekat sana pun da okay. Lagipun sekejap je tunggu bus dia, bus pun selesa tak rebut dengan orang tu pun kadang2 je kena berdiri. Tapi biasalah kena jalan sikit .For me not bad la, okay je. pay for Axia tak boleh nak harap dapat BMW kan. Dah nama pakej paling murah ππ. Kitaorang ari tu bayar RM1650. Mana korang nak pergi, berapa hari korang pergi ,apa korang nak makan, apa korang nak beli korang bagitau je dorang. InsyaAllah dorang akan susun jadual untuk korang. And InsyaAllah dengan harga yang berpatutan dan servis yang memuaskan. Nak pergi ramai-ramai naik naik van pun boleh dorang usahakan. Yang penting korang try la tanya compare harga dorang.
Sebelum pergi Korea ada la juga baca blog orang kata kena panjat banyak tangga sebab nak naik train. Kitaorang tak merasa tu. Tapi bagus jugak, naik bus boleh tengok suasana Seoul kan.
Alhamdulillah, cari punya cari punya cari. Kami dapat contact number Lumira Travel. And harga dorang tawarkan boleh dikatakan murah dan berpatutan. Dalam kami cari-cari travel agent selama ni agak mahal untuk pakej persendirian. Memandangkan kami pergi 4 orang sahaja and kami pilih tarikh sendiri 22 April - 26 April 2016 . Kalau dalam group and tarikh memang dah ditetapkan harga lagi murah. So terpulang kepada masing-masing. Sebab ada orang tak suka bercuti dengan orang tak kenal. Tapi kami ni bukan kisah sangat sebenarnya tapi masing-masing susah dapat cuti. Bila dapat cuti tu, kita pergi group kecik jela. Selesa pun selesa .
Sepanjang kami dekat Seoul selama 5 hari .Mirul dan zul jadi tour guide kitaorang. Tapi bukan la dua2 jaga kitaorang serentak. Gilir2 dorang jadi tour guide. Dua2 okay, jangan risau ππ. Zul dah tinggal Korea 5 tahun, mirul dah tinggal dekat Korea 7 tahun. So don't worry dorang memang dah biasa jalan kat Korea. Dan dorang boleh cakap bahasa Korea juga. So kerja kita ikut dorang, dan nikmati trip kita dengan senang hati. ^^
For me la, bagus ambil agent bukan apa. Dorang akan bagi tips nak beli souvenir dekat mana, dekat mana kedai murah, nak makan dekat mana, street food mana yang halal kita boleh makan. So bila dorang kata situ murah so sila percaya cakap dorang yer jangan jadi macam Cik Ezny. Bukan tak pecaya tapi ingat harga lebih kurang je. So Baju korea cik ezny beli sehelai 10,000 won padahal boleh dapat baju yang sama 10,000 won dapat 3 helai. Cik Ezny beli 6 helai, so yeah boleh kira sendiri berape aku rugi. Moral of the story, sila dengar cakap travel guide anda. Walaupun masa tu tak tahan sangat nak shopping.
Entry akan datang saya akan cerita pasal activity kitaorang dekat Korea , tempat menarik kitaorang pergi and street food yang sedap yang patut rasa kalau pergi Korea.
Layan Gambar Random
Anyway, semoga perkongsian kali ni memberi manfaat kepada yang memerlukan ^^
No comments:
Post a Comment