Geng Budak Malas ^^

Showing posts with label Tension. Show all posts
Showing posts with label Tension. Show all posts

Sunday, March 11, 2012

Yupss, I'm busy now....ERGGG

halop-halop
Wahhh almost 3 weeks aku tak update and melawat my dear diary ni, mesti dia rindu banget kat aku ni...huhu.Nak tengah bulan 3 dah uper nyakan, rasa nya baru je sambut tahun baru. Hurmmm, cepat nya masa berlalu. Means i'm getting old, hoyeahhh =.='. Back to our tajuk, yup...yUp..Yup...YUPP. Aku agak busy sekarang, assignment sudah dapat mehh, idop wa sudah tak senang lohhh. Hari-hari risau pasal assignment  , stress datang bertubi-tubi dari situ sana sini. Time ni la baru nak cari balik kad library , start balik bukak buku tebal-tebal , terhegeh-hegeh mintak simpati pakcik google and yang paling penting facebook musuh yang perlu dibasmi. Tapi, apa boleh buat budak ezny still ada masa tengok running man lagi. Lagi curi masa main Sims at facebook lagi. Tak tahu bila la budak ezny ni nak sedar, hurmmm. 
Hari ini ada latihan tempatan. Minggu ni aku tak dapat pegi, semalam sebab ada kelas ganti , hari ni pulak konon nye nak buat assignment. Takpelah sekurang-kurang nya ada la gak progress nya kan. Nak membebel banyak-banyak takde idea. 
Hoyaa, this Tuesdays aku join demo silat, first time join demo. Semalam our first practice tinggal hari ni and esok lagi practice nya. Huhh, practice dia agak keras . Badan lebam-lebam latihan sijil rendah pon tak abes lagi ni tambah dengan lebam demo pulak. Pepon bestTTT, nama tak bersilat and sekarang bersilat balik terubat sikit rindu. Oklahh itu je
p/s- Busy macam mana pon dengan persatuan and kawan-kawan, belajar still no 1 yang perlu diutamakan . 

I LOVE MYSELF , saranghae 

Wednesday, November 16, 2011

Tension Menguasai diri...uhhh

Mak , abah , !!!!!
Assingment punya duedate sudah nak dekat....
dengan ini aku dengan rasmi nya menjadi penduduk tetap library yang tersayang....
Stress...stresss...STRESSS!!!!
Ok tu je... bye ^^'

Saturday, October 29, 2011

Nice Journey To Mantin

Aloha, please read the tajuk again yer. Hoyeahh, 'Nice Journey To Mantin' , seyesly aku tak kan lupe perjalanan yang ke Mantin dari Midvalley this time. Memang Gempak wa kata sama lu, nak tau nape den cakap cam tu??? Emmm, ingat nak tulis panjang-panjang tapi takder mood la pulak , lagi pon dah lewat malam da ni, esok kena bangun awal nak pegi kem. So dipendekkan cerita tadi dalam perjalanan balik ke mantin dari Midvalley cam biaselah kena naik dengan pakcik KTM.

Tapi hari ni yang malang tak berbau-bau, pakcik KTM buat hal yang tidak terduga yang boleh buat den dengan tidak sengaja tercarut 100km/h . Dengan ini saya ingin meminta maaf kepada pakcik KTM atas tertelanjuran saya tercarut dalam hati , (ayat kena poyo cikit, kikiki :P )

Yela kan, kalo korang rase-rase boleh tahan ke, cube korang bayang kan yer , korang baru semangat berkobar-kobar nak balik ke kolej yang tercinta,  perhhh, gua sanggup redah lautan manusia tersepit dalam tren tu kot, biasalahkan waktu puncak. tertiba lampu terpadam (alahh biaselah tu dalam KTM lampu terpadam, romantik cikit kan) , lepas lampu terpadam aircond pulak dorang tutup (time ni bukan badan den je panas hati pon boleh tahan panas gak ni) , tapi gua tahan kot , gua tahan. Tup-tup tren pulak berhenti . Hoyeahhh saya dah marah cikit dicitu , tunggu punya tunggu punya tunggu , 2 jam kitaorng dok dalam kepanasan dan kegelapan tu. Sekejap terang sekejap gelap , yang pasti 2 jam kitaorang terkandas dalam tren cam sardin tu. Perghhh saboo jeleee, very nice journey kot.

Kata nya sebab takde letrik, so tren tak boleh jalan. Wa nak marah kat pakcik KTM pon tak boleh gak, bukan salah dia kalo takde letrikkan , nasib baik aku takder penyakit asma ke ape , memang berebut udara la time tu, nasib baik dorang cerdik gak bukak pintu bagi udara masuk tu pon sejam selepas berhenti, ader orang komen kot. Kalo tak aku rase ader gak orang yang mati lemas dalam tren tu tadi kot.... hurmm.

Walaubagaimanapon, pakcik KTM tetap aku sayang, nak buat cam mana kalo aku tak sayang aku nak naik ape lagi kalo nak pegi sana sini kan kalo bukan dengan pakcik KTM. Dengan ni saya berharap pakcik KTM mempertingkatkan lagi servis pakcik yer untuk keselesaan rakyat Malaysia, chewahh....

Hayoo, terpanjang pulak citer nye. Okla den mau tido dulu.

gamba senget menunjukkan emosi tak stabil waktu ni...hoho (nampak tak dalam kegelapan tu)