Geng Budak Malas ^^

Sunday, November 6, 2011

Ryan Higa: Daily Life of a Basketballer

Hohayoo...
Just want to shared to u alozz ryan's new video. Ryan ni kalo korang nak tau kira bf aku la sekarang ni...kikiki. Actually video tak la baru sangat dah 2 hari, tapi den baru pasan kot... semenjak dua menjak ni dia jarang upload video baru. So, aku pon jarang la menjengok abang youtube. Korang jangan lupe tengok video baru Kevjumba gak tau...
Owh ya.... Selamat Hari Raya Aidil Adha to allz muslim ^^
and hapy besday to Aderian Han... 



Tuesday, November 1, 2011

Real Steel

REAL STEEL BEST

 halop-halop yaa...


Korang dah tengok belom?? Semalam kami-kami secara tidak dirancang ke Terimal One tengok citer ni. Kekadang best gak wat keje gila ni. Kalo korang belom tengok pegi la tengok, best kot. Terutama ada sebudak comei Max (Dakota Goyo) tu.Alaaa, comeii nye dak ni, rasa nak cubit-cubit je...hehee. Seyes pandai gila budak ni berlakon. Cerita ni banyak main gan emosi + action . So kalo tanya aku citer ni dalam kategori best la gak, kira tak rugi tengok.

ini si budak Max yang comei itu ^^ 
AKU DAN MEREKA





p/s- jalan dah, tengok wayang dah , shopping pon dah. Sekarang time assignment and study for exam pulak. Say 'no' to main-main dah.... hayakkk

Saturday, October 29, 2011

Nice Journey To Mantin

Aloha, please read the tajuk again yer. Hoyeahh, 'Nice Journey To Mantin' , seyesly aku tak kan lupe perjalanan yang ke Mantin dari Midvalley this time. Memang Gempak wa kata sama lu, nak tau nape den cakap cam tu??? Emmm, ingat nak tulis panjang-panjang tapi takder mood la pulak , lagi pon dah lewat malam da ni, esok kena bangun awal nak pegi kem. So dipendekkan cerita tadi dalam perjalanan balik ke mantin dari Midvalley cam biaselah kena naik dengan pakcik KTM.

Tapi hari ni yang malang tak berbau-bau, pakcik KTM buat hal yang tidak terduga yang boleh buat den dengan tidak sengaja tercarut 100km/h . Dengan ini saya ingin meminta maaf kepada pakcik KTM atas tertelanjuran saya tercarut dalam hati , (ayat kena poyo cikit, kikiki :P )

Yela kan, kalo korang rase-rase boleh tahan ke, cube korang bayang kan yer , korang baru semangat berkobar-kobar nak balik ke kolej yang tercinta,  perhhh, gua sanggup redah lautan manusia tersepit dalam tren tu kot, biasalahkan waktu puncak. tertiba lampu terpadam (alahh biaselah tu dalam KTM lampu terpadam, romantik cikit kan) , lepas lampu terpadam aircond pulak dorang tutup (time ni bukan badan den je panas hati pon boleh tahan panas gak ni) , tapi gua tahan kot , gua tahan. Tup-tup tren pulak berhenti . Hoyeahhh saya dah marah cikit dicitu , tunggu punya tunggu punya tunggu , 2 jam kitaorng dok dalam kepanasan dan kegelapan tu. Sekejap terang sekejap gelap , yang pasti 2 jam kitaorang terkandas dalam tren cam sardin tu. Perghhh saboo jeleee, very nice journey kot.

Kata nya sebab takde letrik, so tren tak boleh jalan. Wa nak marah kat pakcik KTM pon tak boleh gak, bukan salah dia kalo takde letrikkan , nasib baik aku takder penyakit asma ke ape , memang berebut udara la time tu, nasib baik dorang cerdik gak bukak pintu bagi udara masuk tu pon sejam selepas berhenti, ader orang komen kot. Kalo tak aku rase ader gak orang yang mati lemas dalam tren tu tadi kot.... hurmm.

Walaubagaimanapon, pakcik KTM tetap aku sayang, nak buat cam mana kalo aku tak sayang aku nak naik ape lagi kalo nak pegi sana sini kan kalo bukan dengan pakcik KTM. Dengan ni saya berharap pakcik KTM mempertingkatkan lagi servis pakcik yer untuk keselesaan rakyat Malaysia, chewahh....

Hayoo, terpanjang pulak citer nye. Okla den mau tido dulu.

gamba senget menunjukkan emosi tak stabil waktu ni...hoho (nampak tak dalam kegelapan tu)


Monday, October 24, 2011

Motor GP di Sepang

 

Alohaa...
Akhirnya ada gak masa update.....fuhhh
Orang dah sampai bulan aku baru merangkak-merangkak nak buat cerita pasal ni, terima kasih pada tenet kolej saya yang sangat 'laju ni'. Ok, lupakan pasal tenet kolej ni, kita start cite okeys...

Emmm, sabtu and ahad lepas macam biasa lah aku dengan gigih nya menjadi pekerja Pan Pacific , (majikan yang tersayang) dengan jaya nya. Niat dihati nak join kerja kat Motor GP tahun ni nak tengok Rossi menang lagi. Nak beli tiket sendiri , emmm macam biasa lah tunggu den kayo dululah jawab nye, kalo nak tunggu orang bagi tiket free sampai kucing bertanduk belom tentu dapatkan. Yelah der, kalo nak tengok aku nak tengok tempat VIP je, sebab tu tak lepas-lepas tengok pakai duit sendiri....kikiki. Over ko jahhh =P

Dalam gigih kerja sabtu and ahad nak tengok dorang-dorang race Live, emmm apa boleh buat baru 1 lap kot accident yang agak teruk berlaku, time tu aku tengah tengok ekot tv kat paddock tu, fuhhh nasib baik aku tak tengok Live, kalo tak boleh trauma aku kot. Aku dah tak boleh tengok langgar-langgar ni, malumlah lemah semangat la kate kan. Apa boleh buat ajal penunggang Honda, Marco Simoncelli kat Litar Sepang ,selepas dia terjatuh, kepala dia pulak kena langgar dua pelumba lain. Tahziah pada keluarga si mati.

Lepas accident tu, game dorang stopkan sekejap. Aku pon pegi la solat dulu time-time ada masa terluang tukan. Aku balik solat, tengok-tengok game tak sambung balik, pelik la gak kan takkan sebab accident dorang tak sambung-sambung. Tunggu punya tunggu , penonton pon dah terjerik-jerit panggil nama Rossi segala bagai. Tup-tup dorang kate cancel, memang mengamuk la penonton kan. Yela bayar mahal-mahal , tunggu dari pagi sampai ke pukul 4 nak tengok kategori GP, cancel pulak. Tapi yang aku tak berkenan nye bila dorang start baling-baling sampah kat litar nak tunjuk protes. Aku yang tengok dari peddock (tempat makan untuk orang-orang yang bayar ribu-raban) dah macam hujan sampah pulak. Malu pulak kat orang luar tengok 'sifat-sifat' orang Malaysia ni. Penganjur pon salah kot, patot bagi lah tau accident tu menyebabkan kematian. So, dorang faham la kalo cancel mengejut cam gitukan. Takder la dorang balik marah-marah kan.

Kuasa Allah kita tak tau kan, ni masa dia, time kita ntah bila and macam mana. Bila fikir pasal mati ni, takot pulak. Tak cukup lagi rasa nya bekalan nak bawak pegi sane...ermmmm

Kali ni tak banyak sangat amek gambar, tak der mood. 

lain kali jangan hias meja pakai bunga ros putih, dah macam majlis berkabung dah

thanks for read ^^

Sunday, October 16, 2011

3 bulan dah rupanya....

wassap-wassap


Wah apa yang 3 bulan ni?? Korang nak tau tak, hari ni cukup 3 bulan blog ni dah rupanya. Walaupon tak meletop macam blog-blog yang lain , follower pon tak beribu raban dan entry pon ntah orang baca ke tak but still aku happy jugak. Macam-macam dah aku kongsi gembira, pahit dan manis, tawar ,masin. Kalo campurkan rasa-rasa tu semua aku rasa just tambah ikan siakap ni sedap dari  3 rasa ni...huhuhu. Ok baik saya mengarut.....

bila semua jadi satu..... baru nama nya kenangan terindah ^^