Geng Budak Malas ^^

Friday, November 18, 2011

Jakun Pulak Aku Tengok benda ni... hehe


hehehe....
Tadi kan, aku nak balik Pahang, macam biasalah kalo nak pergi Titiwangsa kena naik tren LRT dulu kan. Beli-beli tiket dorang bagi benda alah ni, sila tengok gamba kat atas yer. Tercengang la jugak, adehh nak tergelak pon ade. Ape den nak buat dengan benda alah ni...hahaha.
Rupa-rupa nya token ni ganti tiket , just scan je token tu macam card touch n go tu. Senangkan...Baru lagi ek?? 2 minggu lepas aku balik, rase nya pakai tiket biase lagi. Tapi bagus la gak dorang tukar sistem cam ni , cepat cikit kot.... yeker?? yela kot...hehe. Ok lah, tu je for today, tata titu i love u ^^


ole3 dari korea , rabbit hidung B***. Comei... tapi, hahaha....adehhh. Buang sama itu idong. Pepon thanks sis, leb u muah3

Wednesday, November 16, 2011

Tension Menguasai diri...uhhh

Mak , abah , !!!!!
Assingment punya duedate sudah nak dekat....
dengan ini aku dengan rasmi nya menjadi penduduk tetap library yang tersayang....
Stress...stresss...STRESSS!!!!
Ok tu je... bye ^^'

Wednesday, November 9, 2011

Bukit Broga

Halop-halop

Pada yang suka pemandangan yang cantik dan sejuk mata memandang , kalau korang belum pernah pergi Bukit Broga. Aku sarankan korang try pergi , pemandangan dia cantik lagipun nak daki pon tak tinggi mana pon tapi tipu la pulak kalau aku kata tak penatkan. Pendakian makan masa 30 minit hingga 1 jam, bergantung kepada tahap stamina masing-masing. Tapi berbaloi kalau dah sampai atas tu. memang cantik. wink,wink.^^

Atas ehsan makcik wikipedia aku share kat korang pasal Broga sikit yer untuk memudahkan korang nak pergi sini. Broga terletak 12 km ke Barat bandar Semenyih dan 50 km dari Kuala Lumpur. Simpang ke Broga di hadapan stesen minyak Petronas Semenyih. Jalan ini boleh menuju ke Ladang Balau, Taman Tasik Semenyih, Universiti Nottingham cawangan Semenyih, Pusat latihan dan ujian memandu kereta.  kalau susah-susah, lagi senang korang pakai GPS jela, Papago kan ada ....hehe

Kalau korang nak pergi, aku rasa better kalo korang pergi sebelum subuh or selepas subuh. Tupon kalo korang nak tengok sunrise la. Yang pergi sebelum subuh tu, korang boleh simpan wuduk siap-siap. Dah sampai atas korang solat subuh la kat atas tu. Kat atas tu nanti ada tempat lapang , korang solat la kat situ.memang terbaik.

Barang2 keperluan :-
1. Torch Light (wajib)
2. Pakaian mengikut kesesuaian. Jeans not recommended terutama yang mahal-mahal. Kalau nak pakai shorts boleh,tapi kena fikir dua tiga kali sebab sana banyak lalang, takut calar balar kaki tu dan gatal2..hehe
3. Pakai kasut yg ada grip dan tak licin. Certain running shoes memang licin. Tegok tapak masing2.
4. Makanan : bawak roti/sandwich..chocolates..biskut..
5. Air yg secukupnya. 1.5litre pun dah cukup.

Tips & Info :-

1. Kalau korang nak pergi ramai-ramai, terus pecahkan dalam kumpulan siap-siap
2. Korang take a slow hike. No rush. Pastikan kawan korang takde yang tertinggal
3. Jangan makan berat2 sebelum mendaki. Bawak air secukupnya mengikut kadar penggunaan air badan anda..hehe..
4. Kalau badan rasa mcm lemah masa mendaki, korang stop dulu..rehat 5 minit sambil makan apa yang korang. Lepas dah ada tenaga balik, boleh mendaki semula. Coklat penting semasa mendaki utk menggantikan kandungan gula dalam badan yang hilang semasa pendakian.




Sunday, November 6, 2011

Ryan Higa: Daily Life of a Basketballer

Hohayoo...
Just want to shared to u alozz ryan's new video. Ryan ni kalo korang nak tau kira bf aku la sekarang ni...kikiki. Actually video tak la baru sangat dah 2 hari, tapi den baru pasan kot... semenjak dua menjak ni dia jarang upload video baru. So, aku pon jarang la menjengok abang youtube. Korang jangan lupe tengok video baru Kevjumba gak tau...
Owh ya.... Selamat Hari Raya Aidil Adha to allz muslim ^^
and hapy besday to Aderian Han... 



Tuesday, November 1, 2011

Real Steel

REAL STEEL BEST

 halop-halop yaa...


Korang dah tengok belom?? Semalam kami-kami secara tidak dirancang ke Terimal One tengok citer ni. Kekadang best gak wat keje gila ni. Kalo korang belom tengok pegi la tengok, best kot. Terutama ada sebudak comei Max (Dakota Goyo) tu.Alaaa, comeii nye dak ni, rasa nak cubit-cubit je...hehee. Seyes pandai gila budak ni berlakon. Cerita ni banyak main gan emosi + action . So kalo tanya aku citer ni dalam kategori best la gak, kira tak rugi tengok.

ini si budak Max yang comei itu ^^ 
AKU DAN MEREKA





p/s- jalan dah, tengok wayang dah , shopping pon dah. Sekarang time assignment and study for exam pulak. Say 'no' to main-main dah.... hayakkk