Geng Budak Malas ^^

Saturday, February 18, 2012

Forever Alone


Perhhh, tajuk macam orang putus harapan je kan...huhu. Takdelah just want to share kat korang new video from my febret Vlogger Ryan nigahiga. Aku rasa very nice video because tak ramai orang belah sana terutama from Barat yang nak pegang word "forever alone" ni kan. Walaupon dia lain agama dan dia sampaikan dalam bentuk lawak but still ada moral dia selitkan, so tak salah kalau kita amekkan. Dalam Islam pon melarang kita bercintan cintun ni kan , so berkawan lebih baik kot. Hurmm, yang tengah bercinta tu aku doakan korang kekal hingga ke alam perkahwinan ok. Aminn ^^

Boring la cikit-cikit nak tegur kapel tu haram , bukan nak tegur tapi nak memperingatkan diri sendiri sebenarnya tapi apa salah nya yang baik kita ikut kan. Actually aku sedih sangat-sangat bila blogwalking terbaca entry-entry sahabat-sahabat kita yang putus cinta dan dipermainkan. Belum lagi asal gaduh je masukkan kat blog, asal gaduh je masukkan kat blog. Takpelah tu kan, janji korang bahagia. Try our best untuk jauhkan diri dari zina ok,

Oklah, daaa. Entry this time agak berat sikit, enjoyy ^^





Thursday, February 16, 2012

Sungai Tekala Wehhh!!!

Halop-halop...
Hayakkk, kelas cancel lagi, so dipagi hari yang tak berapa nak buta ni aku ada masa nak mengupdate blog sambil kunyah-kunyah my roti bakar sambil minum susu dutch lady low fat, hohoho rasa bahagia nya dunia. Tapi bila nak buat replacement kelas , baru kau tau erti penyesalan...huhu. Back to our cerita, sebenar nya aku lama dah tak berjalan-jalan dengan kawan-kawan reramai rasa nya . Semalam 15.2.2012 aku and our geng wataniah lepak sesama at Sungai Tekala!!!!! Nasib baik tempat dia cantik, best and awesome gak , so berbaloi la gak mendaki tangga yang hampir dengan ketinggian Batu Caves tu.....hurmmm!!! Baik , aku tipu je Batu Caves lagi tinggi, kikiki. Kat sana kitaorang buat BBQ sikit , mandi-mandi and part yang paling best kena serang di monyet-monyet kat sana nak berebut makanan kat kitaorang. Dengan jaya nya monyet-monyet tu dapat curi satu plastik penuh jajan yang kitaorang tak bukak lagi, dasar monyet maleh pergi sekolah!!! Pepon dah rezeki monyet-monyet hari tu kan, redho jeleee. Tapi macam time aku dulu, hujan gak semalam. Tapi nasib baik hujan time kitaorang dah nak kat balik. Kalo tak mesti kejap je mandi...fuhhh nasib baik. Oklah, nak banyak tulis pon den maleh, soooo.... jom tengok gambar...zaaasss

GAMBO

 Say hii 5 to Sungai Tekala ^^

 Dalam Usaha nak buat bara hoyeahh



 My cute twin sister :)

 Seronok korang yer...ehemm, hahaha




 Berlajar beranang dengan my kembar mr mimi


 Tunggu hujan berenti

p/s-hoyeahh, this year aku join kemahiran rendah Silat Cekak, semalam our first class. So far tak penat sangat but baru start kan next kelas akan lebih mencabar....hohoho =.=' , lama tak bersilat. Now back to silat world back, hoyeahh. daaa, have nice day

Monday, January 30, 2012

New Header !!!

hohayoo....
Just want to say, aku baru tukar header!!!!! Yeahhh !! Yeah!!!! YEAHHH!!!!  (jerit sambil lompat-lompat katak) heheehe.First time edit header pakai photoshop, aku tau tak cantik but for first time kira jadilah tu. Ni baru nak cuba-cuba ada masa lain nanti aku buat lain. Tu pon kalo rajin + ada masa .  Jom tengok header lama ....
Header Lama




Jeng-jeng-jeng...... Header Baru ^^


oklah, tu aje. tata titi tutu.... wa baru berambus dulu...daaa ^^

Sunday, January 29, 2012

Hari Keputeraan Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan

Hayoo, hayoo panjang nye title . Apa pulak kena mengena aku dengan hari keputeraan DiPertuan Besar ni kan. Haip-haip sabar lah dulu tak cerita lagi, ni baru nak cerita ape kena mengena nya gan aku. Sebenar nya ini cerita lama , Hari keputeraan DiPertuan Besar Negeri Sembilan kan 14 Januari dah lama dah lepas nya. Tapi sebab aku dulu busy je memanjang and takde masa nak update kat diari online aku ni. Memandangkan aku tak dapat tidor malam ni so aku update sebelom aku lupa kenangan-kenangan tu. Sebenar nya time ni aku kerja part time, but this time not at Pan Pacific but at Kelana Resort , Seremban. Majikan baru lah pulak...hehehe. Takde lah just nak try tempat lain nak kumpul pengalaman hidup...chewahh. Nak jadi orang atas kena tau macam mana orang bawah kerja gak kan...huhu.

Hurmm, memandangkan aku dah janji dah kat my parents nak kurangkan aktiviti kelab and kerja part time. i'm try my best untuk mendengar kata , nak jadi anak baik la katekan...huhuhu. poyo da kau.So aku pilih event besar-besar jela kalo nak kerja tapi tengok gak kat jadual. Time Hari Keputeraan ni , aku kerja 2 hari 14 n 15/1 . Masa 14 hari bulan tu kitaorang kerja kat Istana Besar Seri Menanti, agak jakun la gak time tu , maklumlah first time masuk istana kan. Bila masuk pagar istana tu sengeh je memanjang, huhu. Tapi time tu masuk kat dewan makan dia je. Korang dah pernah masuk?? tak pernah kan?? so senyap , hihihi.

Masa 15 hari bulan tu pulak kerja kat Kelana Resort, but yang tak best sikit time ni dorang lepaskan kitaorang dalam kol 11 malam .Tapi nak tunggu dorang nak bagi gaji tu... fuhhhh. bukan main lama kitaorang tunggu. Pukul 6 pagi baru kitaorang bertolak balik kolej, nak dekat 7 jam tunggu. Perhhh dah macam apa dah kitaorang time tu, hahaha. kelakar pulak kalo ingat balik. Apa yang aku belajar time tu , nak habiskan duit memang senang tapi nak dapat duit tu bukan nye senang. So, i will try my best habiskan my degree , get good result and find good job. Aminn, semoga Allah mempermudahkan.

Ayoyo, terpanjang pulak cerita nya. Oklah jom tengok gambar, aku tak pasti boleh ke tak amek gambar dalam  istana. Amek pon curi-curi.... ishhh rahsia kita-kita je tau. heheehe

Gambar-gambar


 vote 4 me

 antara kawan dak legenda yang kerja

 melayan perasaan lepas abes kerja...huhu

 hoyee, my kembar mimi. sama tak muka kitaorng? sama kan...hehe

Pembukaan Latihan Tempatan

Alohaa.....
1 minggu? 2 minggu ? 3 minggu? berapa lama dah aku tak update blog ek?? ntah loh dah berminggu-minggu dah sampai tak cukup jari tangan nak kira. Tetiba hari ni rindu nak menulis pulak. hehehe.Owh ya, tadi aku pergi pembukaan latihan tempatan , lama tak berkawad senjata and diri lama-lama, pancit gak rupanya, ini semua gara-gara helmet berat atas kepala tu perhh boleh patah tengkuk kalo pakai seminggu tak tanggal-tanggal ni., pepon. dengan ini dukacita nya dimaklumkan esok aku tak dapat pergi untuk perasmian latihan tempatan untuk tahun 2012, sob3 sidih-sidih. takpe-takpe next time ada lagi. Terima kasih to Naqi' and Hasry yang sanggup menghantar junior-junior seperti kami ni sampai ke kolej sebab takut bahaya kalo kitaorang balik sendiri. urhhh =.='
Bagus-bagus sikap senior yang patut dipuji walaupon terang-terang tau dorang nak tengok MU lawan kan. But still terharu hati ku ini...kui3. Pepon thanks yer korang and tahniah dengan pengiktirafan pangkat as a Koperal. Selut la kat korang :) .

satu gamba je sempat amek tu pon muka dah mcam orang bangun tidor la.....hayoo. janji gamba helmet berat tu ada,  tapi tak berapa nampak la pulok.

ok, cerita pasal latihan tempatan dah abes. Ni nak cerita pasal open table besday Adam walaupon terlambat 8 hari but still oklah tu terus open table besday aku la yer .Lama tak makan-makan gan korang, memang best makan cam gini sekali sekala. Ni rancangan mengejut , so kepada yang tidak dijemput kitaorang mintak maaf sesangat bukan niat tak nak jemput, so tak mau terasa-terasa k. 
 Gambar diaorang-diaorang

suka hati lepak cam kat umah sendiri, 


hapy besday also to mr pres


sebab xder kek, so kita main tiup lilin jela kan...huhu


Orait setakat ni ajalah, dah tak ada idea nak tulis pe, lama x update blog. tangan pon da kaku idea dah beku so ayat pon merapu-rapu...  Sebelom tu jom pekena ice blended kelapa melaka mari... layannn... korang kena try kalo pergi melaka tau