Geng Budak Malas ^^

Sunday, August 28, 2011

Beza antara SUKA, , SAYANG dan CINTA

Saat kamu MENYUKAI seseorang , kamu ingin memilikinya untuk keegoanmu sendiri.
Saat kamu MENYAYANGI seseorang, kamu ingin sekali membuatnya bahagia dan bukan untuk dirimu sendiri.
Saat kamu MENCINTAI seseorang, kamu akan melakukan apapun untuk kebahagiaannya walaupun kamu harus mengorbankan jiwamu.

Saat kamu menyukai seseorang dan berada disisinya maka kau akan bertanya,"Bolehkah aku menciummu?"
Saat kau menyayangi seseorang dan berada disisinya maka kau akan bertanya,"Bolehkah aku memelukmu?"
Saat kamu mencintai seseorang dan berada disisinya maka kau akan menggenggam erat tangannya...

SUKA adalah saat ia menangis, kamu akan berkata "Sudahlah, jangan menangis."
SAYANG adalah saat ia menangis dan kamu akan menangis bersamanya.
CINTA adalah saat ia menangis dan kamu akan membiarkannya menangis di bahumu sambil berkata, "Mari kita selesaikan masalah ini bersama-sama. "

SUKA adalah saat kamu melihatnya kamu akan berkata,"Ia sangat cantik/tampan dan menawan."
SAYANG adalah saat kamu melihatnya kamu akan melihatnya dari hatimu dan bukan matamu.
CINTA adalah saat kamu melihatnya kamu akan berkata,"Buatku dia adalah anugerah terindah yang pernah Tuhan berikan padaku.."

Pada saat orang yang kamu SUKA menyakitimu,maka kamu akan marah dan tidak mahu lagi bicara dengannya.
Pada saat orang yang kamu SAYANG menyakiti hatimu, kamu akan menangis untuknya.
Pada saat orang yang kamu CINTAI menyakitimu, kamu akan berkata,"Tak mengapa dia hanya tidak tahu yang dia lakukan."

Pada saat kamu suka padanya, kamu akan MEMAKSANYA untuk menyukaimu.
Pada saat kamu sayang padanya, kamu akan MEMBIARKANNYA MEMILIH.
Pada saat kamu cinta padanya, kamu akan selalu MENANTINYA dengan setia dan tulus...

SUKA adalah kamu akan menemaninya bila itu menguntungkan.
SAYANG adalah kamu akan menemaninya di saat dia memerlukan.
CINTA adalah kamu akan menemaninya tidak peduli bagaimana pun keadaanmu.

SUKA adalah hal yang menuntut.
SAYANG adalah hal memberi dan menerima.
CINTA adalah hal yang memberi dengan rela.

p/s-suka, sayang atau cinta?? korang jela yg tahu apa yang korang rasa.... jangan tetipu dengan perasaan sendiri..


OR


p/s- so... korang rasa korang yang mana?? pikir-pikir-pikr....haha
thanks for read ....

Saturday, August 27, 2011

Cara Buat Doodle

Assalam korang-korang

Hari ni aku nak tunjuk cara-cara buat doodle menggunakan PhotoScape. Kepada yang tak de PhotoScape korang download sini ok.
Kalau korang ekot step-step ni insyaAllah jadilah doodle korang, korang pandailah ekot kreatif tangan korang ok ^^


2. Then tekan menu ok

3. Lepas korang dah tekan menu tu korang pilih new photo. Untuk saiz tu untuk width: 400 and height :500. Tak yah besar-besar sangat tak pe untuk buat doodle korang je pon ^^


4. Untuk buat doodle korang boleh pilih bentuk kat simbol or dekat tempat shape biase. Aku suka pakai simbol sebenar nya, lebih banyak pilihan. Tapi ekot kreatif korang la yer

5. Bentuk ni aku pilih kat simbol untuk jadikan sebagai bentuk muka. Korang boleh pilih bentuk bulat pon boleh untuk muka.

6. Taraaa, siap dah.... kalau korang perasan aku just guna bentuk bulat and bentuk2 lain kat tempat shape dan simbol. Dah jumpa bentuk-bentuk ni semua korang gabung-gabung kan bentuk tu semua, and pilih la warna-warna yang sesuai ok ^^

p/s- Gud Luck... Semoge berjaya ok ^^

Jom Belajar Bahasa Cina


Assalam korang-korang

Tiba-tiba pulak hari ni nak ajak korang-korang belajar bahasa cina la....jom-jom kita belajar sama-sama.
Tengah melancong kat alam maya tadi terjumpa pulak this website, web ni korang boleh download free bahasa apa korang nak belajar, macam-macam bahasa ada....tekan sini
Korang pilih la bahasa yang korang nak.... setakat ni oklah, sebab dia ader cara sebutan so korang boleh la ekot macam budak 2 tahun belajar bercakap....hohoho. Lidah tergeliat adalah perkara biasa... enjoy learning okeys korang-korang ^.^

Jom tengok sikit apa yang aku dah belajar....hoyeahh

  • Selamat Petang - wanshang hao
  • Selamat Pagi - zaoshang hao
  • Selamat tinggal/bye - zaijian
  • Awak apa khabar? - ni hao ma?
  • saya khabar baik, dan awak? - wo hen hao ,nin ne?

Banyak lagi sebenar nya, tapi maleh la nak isi semua... korang nak tahu banyak-banyak korang try download ok, kalo korang tak mau bahasa cina, korang pilih la bahasa korea ke, bahasa jepun ke, suka hati korang la .... Free Language Learning

p/s- tak salah nak tambah ilmu kan... ^^


Friday, August 26, 2011

My Doodle

Assalam korang-korang

Sehari dua ni aku semangat betol buat doodle, maklumlah baru belajar kan...huhu. Yang expert pakai photoshop dorang buat doodle pakai benda alah tu, tapi aku takda software tu so aku nak buat doodle ni just pakai photoScape je. Tapi boleh la, setakat ni puas hati...hehehe. Jom tengok hasil nye....Jeng3 !!!!
*
*
*
*
*
*
*
*
*

yang ni my first doodle... simple je

yang second comel la ckit...hohoho. maaf terpuji diri sendiri pulak. Tampar mau


doodle ni aku buat khas untuk kak uda and abang aziz the sweet couple.... request by abang aziz

p/s-nak memimprove kan lagi my skills.... hoyeah...jelez tengok doodle orang lain comel je, aku punya muka cam tak siap , tapi yang penting usaha sendiri ...kan kawan2 ^^

Tuesday, August 23, 2011

Kad Raya Tahun Ni

Assalam korang-korang

Yeeyeee.... dah nak raya!!!! hoyeahh. Hari ni puasa yang ke-23 makna nya lagi 6 hari lagi kita nak raya....
Rasa macam nak hantar kad raya la pulak...hehe

Yela2 tau awal lagi tapi dah tak sabar dah nak upload kat sini.
So... aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan batin kepada semua umat Islam terutama kepada keluarga dan kawan-kawan ^^