Geng Budak Malas ^^

Tuesday, November 13, 2012

Bukit Keluang Beach Resort

Assalamualaikum semua...
Alhamdulillah selesai sudah Accounting Students Conference 2012,  Accountants : Not Just Number Crunchers 
Owh yes, hari jumaat sampai hari ahad lepas aku and kawan2 School Of Accounting dijemput ke Accounting Students Conference 2012 di Kuala Besut, Terengganu .  Aku mula-mula ingatkan Kuala Besut ni dekat dengan Kuala Terengganu je, tapi agak jauh jugak rupanya. Perjalanan dari my college to Kuala Besut mengambil masa hampir 10 jam!!!. So, maybe dari KL dalam 8 jam kot.  Handoi mak , lama tak duduk dalam bas lelama sakit pinggang jadinya. Anyway dah sampai je kat Pantai Bukit Keluang, kitaorang ditempatkan di Bukit Keluang Beach Resort. Nice resort , makanan sedap , tempat cantik but unfortunately diaorang tak jaga kebersihan kolam renang dorang so sad and bilik pon lampu malap sangat sampai tak jumpa nak cari contact lens aku yang jatuh time nak tanggal =( . Sampai ke sudah tak jumpa, nasib-nasib. Terpaksalah pakai lens sebelah je, huhuhu.

Tahniah diucapkan kepada committee dari UNIZA and UMT yang menguruskan conference untuk tahun 2012 ni, walaupun aktiviti agak terkejar-kejar sikit, tapi okeylah . Kitaorang enjoy kat sana dapat pengalaman baru and kawan baru. Oklah jom tengok gambar , adios  ^^

Bukit Keluang Beach Resort

 candidates from Linton University College =)

 hamper yang dimenangi oleh my group, Group T. Yeahhh !!!!


 with committee 


Pantai Bukit Keluang

 cantik kan ^^








RIALITY LOL =P
gambar jambatan di pantai bukit keluang curi dari pak cik google . nampak cantik je

gambar sebenar jambatan di pantai bukit keluang. Sangat bahaya sebab dah rongak, huhuhu

Thursday, October 18, 2012

Pengorbanan Sang Kekasih ^^

Assalamualaikum,
wah, dah lama rasanya tak update blog, blog ini pun dah lama senyap sunyi sebab tuan rumah aka budak ezny tak reti-reti nak melawat blog sendiri. Tapi  hari ni tangan den teringin nak menari-nari atas keyboard nak tulis entry. So, silalah baca tajuk diatas yer kawan-kawan.

Dah siap baca? Bagus!

Untuk pengetahuan kawan-kawan terutama kekawan, junior-junior dan adek-adek di Legenda sekalian, PMI (Persatuan Mahasiswa Islam ) akan mengadakan ceramah yang bertajuk Pengorbanan Sang Kekasih pada 18/10/2012 a.k.a hari khamis a.k.a hari ini yer . Nak tahu pasal apa, korang datang la dulu barulah kita tahu . Jom kita ramai-ramai meringankan kaki ke majlis ilmu daripada duduk tak buat apa-apa kan .

Butiran tentang ceramah korang refer pada banner kat bawah ni ok =)



oklah, jumpa korang kat sana. Jangan lupa ajak kawan korang sekali ,benda baik biar dihebahkan barulah bestkan. Barulah korang boleh jadi kawan yang Awesome !!
Tema untuk ceramah kali ni kaler biru tau, tapi korang jangan pulak tak datang sebab tak ada baju kaler biru , pakai je baju apa-apa janji sopan dan menutup aurat . Ok Adios =)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda (yang maksaudnya):
“Barangsiapa yang menempuh suatu jalan untuk mencari ilmu pengetahuan, maka Allah akan mempermudahkan baginya jalan menuju ke syurga.”
(Muslim, Abu Daud, Turmizi dll)

Sunday, September 16, 2012

Kereta Api Tanah Melayu

kereta api tanah melayu , ehsan pakcik goggle

Hohaaayooo...
wahhh lama dah tak update blog....rindu sama kamu wahai cik blog ^^
Owh ya, please tengok tajuk yer kawan-kawan....yes, yes and yes. Kereta Api Tanah Melayu!!!. Siapa pernah naik sila angkat tangan. Siapa yang pernah naik KTM Komuter jangan gatal-gatal nak angkat tangan yer, Den titik tangan tu nanti, hehehe. Dengan ini budak ezny dengan bangganya angkat tangan tinggi sambil jerit sekuat hati "Saya!Saya!Saya". hehehe. Maaf tergedik la pulak.

Saje nak cerita kat korang, semalam aku balik Pahang naik kereta api. Hoyeahh. First time tu naik kereta api, so silalah faham kalau budak ezny jakun sesangat yer.
For me, kalau nak 'try' naik kereta api boleh la, tapi kalau nak selalu balik Pahang naik train bukan pilihan la kot because nya, train datang and bertolak tak tepat masa. Dan train ke Mentakab ada malam je so tak nak la susahkan my parents jemput kitaorang pukul 4 pagi kan padahal kat tiket kata dijangka sampai pukul 2.10 pagi. Agak jauh masa itu tersasar yer. Hurmm.

Anyways , it is a nice experience and  I enjoyed it. Next time kalau aku nak try naik kereta api lagi, aku nak try tempat duduk yang ada katil punya. Hoyeahh. Tapi agak mahal la, tapi ok la kot untuk pengalaman. Ok da... adios.
Assalamualaikum... ^^



 lepak dulu sementara tunggu train...hayakk

kat kantin train pukul 2 pagi. Ya Allah, mataku...lol 

Saturday, July 21, 2012

Yeee, Ramadhan kembali ^^

Assalamualaikum....

hehehe, korang-korang dah bulan Ramadhan dah kita ni rupanya yer. Alhamdulillah , setelah setahun kita tunggu ,Allah bagi lagi kesempatan pada kita merasa Ramadhan tahun ni kan ^^ . So, apa kata Ramadhan  tahun ni kita buat azam untuk jadi a better Muslim nak??? Siapa kata tahun baru je kita boleh buat azam, time Ramadhan pon boleh gak tau. hehehe.

MY AZAM
1) Memperbanyakkan beribadat

-jangan tinggalkan yang wajib, perbanyakkan amalan sunat dan perbanyakkan membaca al-quran-

2) Jauhkan diri daripada maksiat

 -Sebelum ni kita berkawan bebas antara lelaki dan perempuan, apa kata kita try jaga pergaulan kita untuk menjauhkan diri kita daripada maksiat-

3) Jaga Mata , Telinga dan Mulut



4) Jaga Aurat

-aurat kita, maruah kita-

p/s- ni azam saya puasa ni... korang pulak macam mana??? Jommm, join saya ^^

Friday, July 13, 2012

My Sis akan berkahwin ^^

Assalamualaikum....
hehehe, sudah lama tidak mengupdate blog. Tangan pon sudah keras. Otak pon sudah blur macam mana nak menulis. Tapi hari ni budak ezny nak mengatalkan tangan jugak menulis entry....hohoho.

Yup-yup, my sis dah nak khawin. Means dah nak khawin itu esok la tu maknanya. Wahh, tidak ku sangka , sudah besar rupanya my sis. Walaupon bagi aku dia khawin agak awal dalam umur 23 tahun. But, I know this married will make you to be a 'matang' women. So, I wish Good Luck and congratulation  to both of you for this married. Bertambah satu lah ahli keluarga kami selepas ini, hohoho  =)

Oklah, nak start mengemas rumah balik, adiosss ....

To Mira


Uik mira, benda ni saya nak bagi kat awak . Awak datang hari sabtu ni awak dapat la. Kalau tak saya yang amek....hehe.